Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

Jika Benar Kamu Sahabatnya..

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Jika benar kamu sahabatnya, maka.. Sumber : Pak Google

Sahabat itu, adalah satu keperluan hidup. Setuju tak? Sepertimana kita perlukan keluarga sealiran darah, begitu juga kita perlukan sahabat yang baik dalam hidup.

Dan sahabat yang baik, ialah yang sentiasa inginkan kebaikan untuk diri anda.

Ditegur, menegur sudah menjadi satu kemestian dalam hidup manusia. Kenapa? Sebab hidup ini tidak sempurna, banyak cacat celanya. Maka, jika perkara itu salah atau tidak kena, pasti ada orang yang akan membetulkannya. Mungkin juga orang itu anda.

Adakalanya, takut teguran itu membawa kepada bermasamnya muka.

Teguran Dari Sahabat Untuk Sahabat

“Macam mana nak tegur sahabat. Dan teguran itu tidak melukakan hatinya. Takut pula selepas ditegur nanti bermasam muka. Jadi bermusuh pula..”

Pernah tidak anda bertanya soalan seperti di atas? Saya pernah. Dan saya pernah juga ditanya orang lain. Dari situ saya belajar sesuatu mengenai pertanyaan ini.

Kenapa ya kita ada perasaan sedemikian hatta menegur sahabat sendiri?

Sebab, kita takut sahabat yang ditegur itu akan tersinggung, dan hubungan kalian akan renggang. Sebab apa kita takut kejadian seperti itu berlaku walaupun sebenarnya kita menegur hal yang betul dan cara yang sudah lemah lembut dan berhikmah?

Mungkin kita boleh sama-sama kena periksa niat dan iman kita. Senyum.

Jika Benar Anda Seorang Sahabat

Sahabat yang baik ialah sahabat yang tidak boleh duduk diam apabila melihat anda melakukan hal yang salah. Dan sahabat yang baik ialah sahabat yang akan lebih gembira daripada diri anda sendiri apabila anda berjaya dalam apa yang anda lakukan.

Dan sahabat yang terbaik ialah sahabat yang anda, ada dalam doanya selalu.

Jika suatu hari anda menegur sahabat anda demi kebaikannya dan dengan cara yang berhikmah, tetapi selepas anda memberi teguran itu, anda malahan ditengking. Mungkin juga lantaran ego dan sahabat itu malu pada anda, maka dia menjauhi anda.

Maka, apa yang anda akan buat? Berkecil hati?

Berbalik pada niat anda menegur. Sebab apa anda tegur? Jika teguran anda itu semata-mata kerana ALLAh dan kerana sayang pada sahabat anda, maka anda tidak akan berkecil hati walaupun ditengking. Dan anda juga tidak akan turut menjauhkan diri walaupun anda dijauhi.

Senang cakap, anda akan berkelakuan seperti biasa. Seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Seorang guru saya pernah berkata,

“Sekali kamu bersahabat, biar kamu pegang persahabatan itu sampai mati. Persahabatan itu bukan selalu indah, ada masa suram, bergelora. Kalau kamu mengharapkan persahabatan yang sentiasa tenang, janganlah kamu bermimpi disiang hari yang malamnya tidak pernah menjelma..”

Dan saya akui kata-kata guru saya itu. Moga beliau disayang ALLAh SWT!

Dalam kitab Ihya ‘Ulumuddin, mengenai persahabatan, Imam Al-Ghazali mengatakan bahawa tingkat yang tertinggi ialah melebihkan sahabat itu dari diri sendiri. Saya bagi contoh mudah dan biasa.

Anda belum makan. Lalu anda pergi beli makanan untuk dijamah. Tiba-tiba anda teringat sahabat anda yang seperti anda, juga belum makan. Duit yang anda bawa cukup-cukup untuk membeli sebungkus nasi yang hanya cukup untuk seorang. Sahabat anda itu pula, juga tiada duit. Tetapi, kerana teringat sahabat, maka anda bawa makanan itu dan bagi pada sahabat anda. Lalu anda berkata, anda sudah makan.

MashaAllah. Mungkin contoh diatas tak sedahsyat mana pun. Senyum.

Mampu tak anda berbuat demikian? Mementingkan sahabat berbanding diri sendiri. Itu tingkat yang paling tinggi dalam persahabat. Manakala tingkat yang paling rendah dalam persahabatan adalah bersangka baik terhadap sahabat sendiri.

Malah, sampai satu tahap, apabila anda dimaki oleh sahabat sendiri lantaran emosinya tidak stabil, anda juga tidak berkecil hati. Dan anda cuba untuk memahami. Bahawa sahabat anda itu sedang ada masalah. Maka anda bersangka baik.

Nampak seperti orang bodoh? Naaa. Tidak bagi saya.
Saya cukup hormat pada sahabat yang seperti ini. Kata orang, 1 dalam 1000!

Sahabat Itu Juga Manusia

Dalam persahabatan itu, harus bertolak ansur. Saya nak cakap, bersahabat sama seperti sebuah perkahwinan. Anda mesti pandai memilih sahabat yang baik. Kerana sekali bersahabat, anda nak selamanya bersahabat. InshaALLAh!

Antara sahabat, saling melengkapi. Jika si A seorang yang selalu emosi, maka si B tolong bertolak ansur menenangkan si A. Tapi itu bukanlah menjadi tiket si A untuk tidak pandai mengawal emosinya.

Hei sahabat, hargailah sahabat yang anda ada sekarang! Senyum.

Saya sebetulnya, masih berusaha menjadi seorang sahabat yang bukan hanya sahabat setakat di bibir sahaja. Atau pada tulisan sahaja. Tetapi pada hati dan perwatakan. Masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki. Moga saya mampu.

Pssst! Kita jadi sahabat, boleh? *rangkulbahudia*

Sayangi sesiapa sahaja, dan jangan membenci sesiapa.
Hanya perkongsian untuk diri sendiri terutamanya. Perkongsian dari seseorang yang berusaha menjadi sahabat yang baik.

Sahabat yang baik menjadi penyeri hati!

Semoga ALLah merahmati.

6 Comments

  1. tetamu setia says:

    Assalamualaikum..sy sangat suke dengn artikel dlm blog ini..menyentuh naluri dan mnjadi sumber kekuatan buat sy..izinkn sy berkongsi cerita sy..dan mohon pndangan semua..terime kasih..

    sy ad seorang sahabat y sudah lme persahabatan ini trjalin.dulu kmi saling brhubung..ari2 berkongsi ap y kmi lakukn seharian.berkongsi mslah,suka dan sumenye..tapi oleh kerna masing2 bru memasuki alam pekerjaan.die seakan sibuk sehingga tiada masa untuk bertanya khabar dan berkongsi cerita dengan saya..saban hari sy menunggu sms dan col drinya dengan harapan untuk berborak2 berkongsi kisah keje..tapi die hanya menjawab saya penat..ngantuk..saya paham akn kejenye y banyak..tapi masakan die tidak sedikitpon ingin mengambil tau akn perihal sy..

    sy hanya mampu bersabar dan berdoa moga Allah berikan die kesihatan y baek..tapi kadang2 sy terikut2 perasaan sy y sedih dan terase ati kerna dengan tindakan kawan sy ini..

    kadang2 sy kuatkn ati utk tidak mghantar msg dan col utk bertny khabar..tp sy tidak kuat..sy sntiasa memikirknnye..sy naik geram dengan diri sendiri kerna tidak dapat lari dari memikirkannya..

    ape y perlu sy lakukan..sy takut kesabaran sy smpi ke limitnye..sy sayang akn persahabatan sy ini..cume..sy xthn dengan sikapnye y endah x endah dengan sy..kerna die pernh suarakan pd sy,sy xtkt kalu awk ngajuk,sbb awk ngajuk xlme..awk xkn tinggalkn sy..sy tau itu..

    em..sy sgt buntu sekarang ini..

    [Balas Komen]

    Ya Habibi Reply:

    Wa’alaikumussalam wbt.

    Awak, berilah ruang pada sahabat awak tu. Saya harap, kamu berdua baik-baik sahaja sekarang ini. Hargai dan peganglah sedayanya persahabatan yang telah terbina.

    Untuk memulai persahabatan memakan masa. Tapi untuk meruntuhkan sebuah persahabatan, boleh berlaku dalam sekelip mata. Bersabarlah.

    Buat saja macam biasa. Biar dia dengan kehidupannya. Kalau benar dia itu masih menganggap awak sahabat, dia akan datang kepada awak. Mungkin saja dia sibuk dengan kehidupannya.

    Bersangka baiklah. Moga Allah permudahkan.

    [Balas Komen]

  2. hamba Allah says:

    assalam, saya nak tanya.. saya ada seorang sahabat yang suka melibatkan diri dalam aktiviti2 keagamaan dan sering meluangkan masa dgn senior2.. soalan saya, macam mana kalau saya nak tegur tentang kekurangannya? dia akan bermasam muka dengan saya setiap kali saya cuba menegur dia tentang penglibatannya bersama kakak2 senior itu.. apabila dia buat begitu,saya rasa kecil hati.. so, saya tak tahu macam mana nak tegur sebab saya sedar saya tidaklah sebaik dia, dia lagi banyak pengetahuan dalam ilmu agama..

    [Balas Komen]

    Ya Habibi Reply:

    Wa’alaikissalam wbt.

    Sebaiknya, tegurlah ketika hari-harinya ceria dan dia gembira. Ambil satu waktu ketika anda dan sahabat itu sedang gembira. Dan intro teguran anda, biarlah secara lembut.

    Lepas tu, tegurlah. Kalau dia bermasam muka dengan anda, biarkan saja dulu. Tapi pastikan teguran itu berasas.

    Kekurangan dia dari segi apa? Dan apa masalah yang dia ada selama penglibatannya dalam program bersama-sama senior-seniornya? Nanti, awak kena terangkan pada dia bila nak tegur. Jadi takdalah dia akan tertanya-tanya kenapa tiba-tiba awak cakap macam ni dan macam tu.

    Awak, ‘dia lagi banyak pengetahuan dalam ilmu agama’ tidak harus menjadi pemisah atau menjadi tembok dalam sesebuah persahabatan untuk memberi dan menerima nasihat. Kalau betul dia memang alim dalam hal agama, dia takkan kecil hati dengan teguran awak.

    Fahami sahabat awak. Cakap awak sayang dia kerana Allah.

    [Balas Komen]

  3. manisah says:

    persahabatan saya sedang di uji sekarang nie..sahabat yang saya sayang,saya hormat..dingin terhadap saya. jika dulu kami akrab. kini dia menjauh kan diri dr saya.
    apabila ditanya, jawapan yang diberi, dia letih,
    Namun saya akan selalu tggu dia,dia sentiasa ada dalam setiap doa saya.
    semoga allah pulih kan persahabatan kami..

    [Balas Komen]

  4. isztisyadz says:

    Sy ad 10 org kawn dan salh seorgnya ialah insan y pling sy sayangi…sbb dia lain dpd y lain dan sy anggap dia sebagai sahabt bukannya kawan seperti yg lain..tp, sy x pernah bgthu dia y sy sygkn dia..dan setiap kli lps solat, sy x prnh lupa utk doakan utk dia, mgkin tu sbbnya sy smkin sygkn dia…sy pon xbthu knp sy boleh begitu sygkn dia..yg pasti hnya dia y boleh buat sy sygkn dia lebih dpd y lain…pastu suatu hri dia ad tnya, dlm ramai2 kwn kita, siapa y kau pling sayang dan sebab ap??

    Pastu sy jwb la, “kau la y aq pling syg dlm rmai2 kwn kita..sebb kau lain dpd y lain dan hnya kau y boleh buat aq sygkn kau lbih dpd y lain…”

    Tapi dia x fhm dan asyik tnya ap y lain tu..huhuhu…aq pon x thu nk ckp cmna…akak rsa ap y ptut sy buat?

    [Balas Komen]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *