Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

Jika Antara Kekuatan Telah Hilang

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Andai antara kekuatan itu hilang, tidak bermakna hilang semua kekuatan.

‘Antara kekuatanku’.

Sebagai manusia dalam menempuhi perjalanan hidup, mungkin ada sebahagian orang akan menyandarkan bahawa itu dan ini adalah sebahagian kekuatan hidupnya. Iya, saya juga begitu. Dan saya pasti, mungkin anda juga seperti itu.

Selain kedua ibu bapa dan adik-beradik yang ada, mungkin ada yang memilih untuk menjadi antara kekuatan diri adalah sahabat yang disayangi. Sahabat itu, tidak perlulah saya jelaskan panjang-panjang sahabat itu siapa. Kerana anda mempunyai definisi tersendiri yang lebih mendalam maksudnya, mungkin. Mungkin juga ada yang memilih kejayaan orang lain, atau pun kehidupan dan peribadi orang lain dijadikan sebagai inspirasi seterusnya menjadi antara kekuatan dirinya untuk terus bertahan melangkah dalam kehidupan. Itu pilihannya untuk dia jadikan sebagai kekuatan.

Macam-macam sebenarnya yang boleh menjadi antara kekuatan dalam hidup ini. Dan biasanya yang menjadi antara kekuatannya dalam kehidupan itu ialah seorang/sebuah yang sangat bermakna pada diri sendiri. Ibarat, kalau tiada ia, maka tempanglah dan hilang keseimbangan badan atau hilang separuh badan (ihiks).

Tapi, bagaimana jika kekuatan itu hilang?
Atau, bagaimana jika yang kita kekuatan itu menyakiti dan melemahkan kita?

Jika ditanya soalan itu kepada diri saya, saya sudah siap siaga dengan jawapan saya. Dan untuk itu, saya takkan pernah sekali-kali berpaling. Kerana yang hilang itu adalah ‘antara kekuatan’, bukanlah ‘sumber kekuatan’ pada kehidupan!

I have Allah Ta’ala as well.
I have my God who never leave me, and never give up on me.

Besar bezanya antara ‘sumber kekuatan’ dengan ‘antara kekuatan’.
Jangan samar dalam kekelabuan.

Semoga ALLAh merahmati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *