Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

Jejari Ini Masih Menulis

Assalamu’alaikum w.b.t

keep_calm_and_write

Baru berkesempatan mengemas kini blog. Perasaannya seperti baru balik rumah sendiri.

Selalu rindu, blog ini akan dikunjungi. Membuang perasaan ‘pemilik’ kepada blog ini dan menyelami perasaan seorang silent reader. Saya sendiri tertanya-tanya, apa yang terjadi kepada penulis blog ini? Sudah beberapa minggu tidak pernah menerbitkan walau satu artikel pun di dalam blog beliau. Apa yang sudah terjadi? Adakah beliau sudah tidak menulis?

Canggung. Seperti itu keadaan saya sekarang, mungkin.

Pada saya, seorang penulis yang benar-benar PENULIS itu adalah mereka yang menulis dengan ilmu, dengan pengetahuan, dan tidak pernah berhenti menulis walau sehari!

Saya teringat ketika mula-mula saya menulis di weblog ini. Boleh dikatakan sangat aktif berbanding sekarang. Seingat saya pada tahun 2010 – 2013 saya boleh menulis artikel sekurang-kurangnya 7 artikel seminggu. Mencari-cari juga saya semangat seperti itu. Mungkin kerana masih tidak terlalu pandai menguruskan masa atau membiarkan kemalasan untuk menulis singgah di jiwa. Tapi saya sedar, tiada alasan sebenarnya untuk sesuatu yang kita benar-benar mahu dan benar-benar minat. Selebihnya, hanyalah alasan semata-mata.

Tetapi saya dapati bahawa, seseorang itu akan kurang menulis apabila dia kurang membaca. Setuju? Entahlah. Tapi apa yang saya alami, begitulah. Kurang membaca atau tidak membaca langsung seakan-akan melumpuhkan otak. Kita akan merasai kehilangan sesuatu dalam hidup. Sebegini terukkah? Yap! Malah mungkin boleh jadi lebih teruk. Siapa tahu?

Dan oh! Alasan seperti “Ughh! Writer’s blocklah! Tak boleh nak tulis apa-apa langsung!” Atau, “Takda ilham nak tulis apa. Fikiran sedang tumpul. Takda idea!” Hanya akan dapat diubati apabila kita paksa diri menulis dan paksa diri untuk memikirkan ilham.

Alah sebenarnya kita hanya beralasan lebih selama ini.

Dan saya, masih ada beberapa pekerjaan berkaitan penulisan yang perlu saya bereskan sekarang ini. Yang saya masih belum lunaskan, yang WAJIB untuk saya lunaskan.

Terima kasih untuk yang menyedari ketidakhadiran saya di blog ini. Dan terima kasih untuk setiap sokongan moral dan doa-doa yang indah. Moga saya Allah SWT memberikan kepada kalian untuk perkara-perkara yang seindah doa-doa kalian kepada orang lain. Allahumma aameen.

Tidak dilupakan, untuk sahabat-sahabat penulis. Semoga makin rajin menulis. Makin mencurah-curah ilham untuk dicurahkan menjadi sebuah naskah yang bermanfaat kepada ummah. Hanya seorang penulis sahaja akan tahu bagaimana rasanya mahu menulis dan perlu menulis tetapi tidak bergerak-gerak jua (HAHA). Rajin-rajinkan diri kita semua dan stay humble!

Semoga ALLAh merahmati.

One Comment

  1. Fyda Noh says:

    Ni pun lama dah tak update blog. Hihi
    Betul tu, kalau lama tak baca buku macam tak tau nak update apa, terus bila dah lama tak update malas pla nak start balik 🙁

    [Balas Komen]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *