Cinta Ilahi dot Com Rotating Header Image

[GiveAway] Buku Percuma Untuk Dimiliki

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Blog CintaIlahi.Com kini berusia 2 tahun dan 17 hari. Hamdan lillah.

Tanpa berbunga-bunga, seperti tajuk entri; Buku Percuma Untuk Dimiliki. Untuk kali ini, ada 3 buah buku sahaja. Tujuan ‘give-away’ ini? Untuk berkongsi buku ilmu yang bermanfaat kepada sahabat-sahabat pembaca.

Syarat-syarat Untuk Memiliki

1 – Tinggalkan komen anda di ruangan komen dengan menyatakan kenapa anda mahu memiliki buku tersebut.
2 – Setiap seorang hanya akan mendapat sebuah buku sahaja
3 – Semasa mengisi maklumat emel di ruangan komen, sila isikan dengan alamat emel yang masih ‘valid’ agar mudah untuk saya menghubungi anda.
4 – Mempunyai azam yang tinggi untuk membaca dan memanfaatkannya dengan mengamalkan apa-apa sahaja yang baik yang didapati di dalam buku tersebut.

ALLAh Ta’ala sentiasa Melihat dan Mendengar. *senyum

Buku-buku Untuk Dimiliki

i) Formula Solat Sempurna – Zaharuddin Abd. Rahman

ii ) Bahagiakan Hatimu – Ibnu Qayyim al-Jauziyah

iii) Putera Lembah Bakkah 1 & 2


Saya akan menghubungi anda atau anda akan menghubungi saya untuk memberikan alamat rumah anda. Dan saya akan poskan buku kepada anda.

Buku-buku di atas inilah tidaklah mahal dan harganya-mampu-milik, tetapi isi di dalamnya sangat-sangat bermanfaat. Sekiranya anda berminat untuk memiliki antara buku di atas ini, jangan malu jangan segan untuk meninggalkan komen. Semoga bermanfaat untuk kamu dan orang lain! *kenyitmatakekamu

Semoga ALLAh merahmati.

 

24 Comments

  1. Aslym Faiz says:

    Saya ingin memiliki salah satu dari buku ini kerana saya merupakan salah seorang pencinta Buku–buku dan kitab2 agama..Hal ini kerana masih banyak lagi ilmu2 agama yg belum saya ketahui..alangkah indahnya jika dapat memiliki salah sebuah dari buku2 diatas..

    [Balas Komen]

    Ya Habibi Reply:

    Tahniah.

    Memandangkan anda tidak memberitahu buku apa yang anda mahukan, saya tolong pilih untuk anda boleh? Buku Putera Lembah Bakkah, bahagian 1 & 2.

    Saya akan menghubungi anda melalui emel untuk alamat.

    Tolong doakan saya dan keluarga, serta seluruh umat Islam agar sentiasa berada di jalan Allah Ta’ala dan mendapat berkat serta rahmat-Nya di dunia dan akhirat.

    Terima kasih.

    [Balas Komen]

  2. irfan says:

    Saya nak buku bahagiakan hatimu tu. Sebab saya suka barang free. haha. sebab nak bahagiakan hati lebih sikit dari biasa kot

    [Balas Komen]

    Ya Habibi Reply:

    Tahniah, Paan (nama baru ni. haha). Anda dapat buku itu.

    Akan menghubungi kamu melalui emel dan menyatakan sedikit kesulitan untuk poskan buku itu ke seberang sana. Semoga bermanfaat buku itu pada kamu.

    Tolong doakan saya dan keluarga, serta seluruh umat Islam agar sentiasa berada di jalan Allah Ta’ala dan mendapat berkat serta rahmat-Nya di dunia dan akhirat.

    Terima kasih.

    [Balas Komen]

  3. Shila says:

    Saya nak buku bahagiakan hatimu sebab takda orang nak bahagiakan hati ni, semua annoying. Mohon approve permintaan ni. Alamat rasanya empunya masih simpan, kot?

    Terima kasih.

    [Balas Komen]

  4. Shila says:

    Saya nak buku bahagiakan hatimu sebab takda orang nak bahagiakan hati ni, semua annoying. Mohon approve permintaan ni. Alamat rasanya empunya blog masih simpan, kot?

    Terima kasih.

    [Balas Komen]

    Ya Habibi Reply:

    Tahniah. Kamu dapat buku itu.
    Yup, masih simpan alamat.

    Moga bermanfaat.

    Kalau takda orang nak bahagiakan hati kita, mungkin kita kena berbalik pada diri sendiri; mencari penyelesaian untuk membahagiakan hati kita tanpa mengharap orang lain untuk berbuat sedemikian. Barakallahufik.

    Bacalah buku tu. Moga lepas ni hati akan lebih bahagia.

    Tolong doakan saya dan keluarga, serta seluruh umat Islam agar sentiasa berada di jalan Allah Ta’ala dan mendapat berkat serta rahmat-Nya di dunia dan akhirat.

    Terima kasih.

    [Balas Komen]

  5. irfan says:

    ceh, shila semangat sampai 2 komen.

    [Balas Komen]

  6. irfan says:

    saya nak buku tu dulu. tak kira. nak buku bahagiakan hati tu. >:P

    [Balas Komen]

    Ya Habibi Reply:

    Memandangkan kamu berdua mahu buku yang sama, kira okeylah kali ni,
    dua-dua dapat.

    =’)

    [Balas Komen]

  7. Assalamualaikum..

    Saya berminat untuk memiliki salah satu buku kat atas.. sebab semakin banyak kita membaca.. semakin banyak ilmu yang akan kita dapat…
    dengan membaca buku pertama kita akan dapat mengetahui cara2 solat dengan sempurna dan seterusnya kita akan dapat memperbaiki solat kita..
    dengan membaca buku kedua..ianya lebih kepada hati kita.. jikan bersih hati kita..bersihlah luarannya..
    dengan buku ketiga..kita akn dapat mengetahui perjuangan Rasulullah dengan lebih dekat lagi..

    apa pun buku yang kita baca.. semuanya adalah ilmu..ilmu yg sangat bermanfaat.. ^^

    [Balas Komen]

    Ya Habibi Reply:

    Wa’alaikumussalam wbt.

    Terima kasih.
    Saya suka baca ‘sebab-kenapa-anda-mahukan-buku-tersebut’, lengkap sih!

    Tahniah. Anda berjaya memiliki buku Formula Solat Sempurna. Akan menghubungi anda untuk alamat. Semoga buku ini bermanfaat kepada anda.

    Tolong doakan saya dan keluarga, serta seluruh umat Islam agar sentiasa berada di jalan Allah Ta’ala dan mendapat berkat serta rahmat-Nya di dunia dan akhirat.

    Terima kasih.

    [Balas Komen]

  8. fida says:

    assalammualaikum. sy tertarik utk mndptkn buku bahagiakan hatimu krn sy mahu merenung ke dlm diri n menilai di mana letaknya hati. insyaallah. hee.ade lg ke.

    [Balas Komen]

  9. AmiliaNajiha says:

    Assalammualaikum, saya berminat dgn buku Bahagiakan Hatimu.. masih ada peluang ke? Sy tertarik sbb sy rasa sgt sesuai dgn sy sbg seorg remaja, kdg2 hati rasa kosong dan perlukan tips untuk pengisian hati yg bermanfaat.. majoriti dlm kalangan remaja fikir cara utk bahagiakn hati tu dgn bercouple tp bg sy bercouple hanya menyusahkan, jd sy masih tercari-cari tips yg sebenarnya utk gembirakn hati selain mendapat redhaNya, boleh juga jd bimbingan utk sy dan kongsian dengan adik-adik usrah di sekolah.

    [Balas Komen]

  10. irfan says:

    saya minta buku bahagiakan hatimu di yg direserve untuk saya diberikan kepada Amilianajiha. sebab sy amat tertarik dengan sebab kenapa dia mahu memiliki buku tersebut.

    [Balas Komen]

  11. mohd hafizan says:

    saya nak buku Putera Lembah Bakkah!
    1 & 2 boleh tak? hehe
    Saya nak sebab pengetahuan saya pasal sirah Muhammad ni masih lemah.
    Cuma event2 penting sahaja yang saya tahu seperti dakwah secara sembunyi selama 3 tahun dan kemudian disambung secara terang- terangan selama 10 tahun.
    Ada fakta2 lain yg saya tahu, tetapi sedikit confuse dengan timeline.
    Saya boleh janji saya akan habiskan buku ni sebab mmg hobi saya membaca dan mengkaji, dan inshaAllah untuk dikongsi ilmu dan buku ini dengan usrahmate yang lain.

    [Balas Komen]

  12. Linda says:

    Salam,
    Berminat dengan buku Formula solat sempurna ^_^ susah mau cari sini (sabah) :) sgt terhad.

    [Balas Komen]

  13. Nur Nadia says:

    Salam..saya ingin memiliki buku Formula Solat Sempurna kerana saya masih tak yakin solat saya sempurna atau tidak. Saya ingin mengetahui rahsia formula solat daripada buku supaya solat saya lebih terpelihara dan diterima oleh ALLAH.

    [Balas Komen]

  14. Fadzil Johari says:

    assalamualaikum wbt
    terima kasih kerana mewujudkan ruang dan peluang kepada umum terutamanya saya untuk memiliki naskah yang amat bermanfaat dan pastinya bisa menjadikan sedikit bekal di kemudian hari. insyallah..
    saya ingin amat memiliki kebanyakan naskah yang di atas. saya bekerja sebagai pembimbing / pemberi khidmat nasihat / rujukan dan advokasi di sebuah jabatan kerajaan. jadi dengan peluang yang diberikan kepada saya, saya akan menghebahkan kebaikan dan kemaslahatan yang diperolehi dari buku2 tersebut. terima kasih..
    wassalam

    [Balas Komen]

  15. Ya Habibi says:

    Assalamu’alaikum wbt.

    Maaf terlebih dahulu. GiveAway kali ni dah ditutup. InshaAllah kalau ada rezeki dan kesempatan, akan dibuat pada lain kali pula.

    Kepada yang tidak berkesempatan mendapatkan buku percuma kali ni, inshaAllah boleh mencuba nasib pada masa akan datang. Minta maaf sangat.

    Dan kepada mereka yang berkenaan, saya sudah menghantar emel kepada anda untuk bertanyakan alamat. Sila periksa kotak inbox anda/kotak spam.

    Terima kasih.

    [Balas Komen]

  16. Ummu Faris says:

    Salam, di manakah boleh saya perolehi buku-buku tersebut untuk saya hadiahkan kepada anak-anak saya. Kalau dapat kongsikan publisher dan kedai buku tersebut.
    Terima kasih.

    [Balas Komen]

    Ya Habibi Reply:

    Wa’alaikissalam, Puan.

    Kalau mahu beli secara online, boleh beli di http://pustakaiman.blogspot.com.

    [Balas Komen]

  17. waya says:

    as-salam..kalau boleh, saya nak semua buku tu.. =) tapi, saya paling teringin sangat nak buku formula solat sempurna..sebab saya berazam nak perbaiki solat saya setiap hari =)

    [Balas Komen]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>