Cerpen : Yang Pahit Itu Manis

Tidak semua yang manis itu baik. Dan tidak semua yang pahit itu buruk.

Maria sedang duduk menghadap pantai. Sementara menunggu Nur Ain tadi, dia sempat berjalan-jalan di tepian pantai. Melayani sendiri perasaan. Betullah dunia ini sangat memberatkan. Teringat perbualan semasa Maria dan Nur Ain masih di bangku sekolah beberapa tahun yang lepas. Kata Maria, kalaulah bukan dunia ini tempat untuk mencari bekalan, maka dia tidak mahu tinggal di sini. Dicantas pula oleh Nur Ain, katany selamba sudah, namanya juga dunia?

Terngiang-ngiang kata-kata Nur Ain, “Ambillah yang manis-manis, tapi jangan lupa yang pahit. Tak best kot kalau hidup di dunia ni manis je. Maka, apa guna syurga nanti?”

Nur Ain : Assalamu’alaikum! Oit, menung jauh nampak?

Maria : Wa’alaikumussalam. Hahaha, bila sampai? Sorry tak perasan.

Nur Ain : Lebih dari 5 minit jugaklah. Aku duk perhati kau daripada tadi.

Nur Ain duduk sebelah Maria. Suasana sepi seketika.

Nur Ain : Iman sihat? Kau sihat? How’s life?

Serentak tangan Nur Ain memaut bahu Maria. Maria tersenyum sahaja.

Maria : Iman, macam inilah. Masih memperbaiki. Zahir aku sihat-sihat aja. Cerita hidup aku, nothing interesting I guess. Oh ya, but now I’m reading the books of Harun Yahya. Quite interesting and worth to be read!

Nur Ain : Wow. Baguslah macam tu. Setidaknya, sambil tunggu panggilan kerja, kau takdalah jadi si Garfield kat rumah tu. Kekeke

Nur Ain gelak. Laju sahaja tangan Maria mencuit lengannya.

Maria : Kau apa cerita lepas konvo? Jadi tak nak sambung master lagi pergi UK tu?

Nur Ain : Jadi, inshaAllah. Less than 3 months from now.

Maria : Takdalah kawan aku nanti kat sini. Kau mesti jarang balik dah. Jauh kot. Dah, kat sana nanti jangan lupakan aku pula bila jumpa kawan-kawan baru.

Nur Ain : Sekarang kan zaman teknologi, senang je nak berhubung nanti. Yang penting kita jaga hati, jaga diri, jaga iman dan amal. Doa-doakan aku, bila aku dah kat sana nanti deh.

Maria : Tapi kan.. Hidup ini memang tak senang. Know what? Dulu aku nakal dan jahat, orang tak suka aku. Cakap aku takda masa depan bagai. Anak yang menyusahkan mak bapanya. Yang tak bermoral..

Ain diam sahaja. Membiarkan Maria melakukan sesi meluah.

Maria : Dan sekarang walaupun aku dah berubah, orang masih canang-canang kenakalan aku dulu, sebut dosa-dosa aku. Cakap yang aku bermuka-muka, berubah pura-pura sahaja. Dan kau tahu apa yang menyakitkan lagi? Diorang kata semua ni hanya hipokrit!

Nur Ain : Hipokrit demi akhirat, apa salahnya? I feel you, Maria. Aku kenal kau sejak dulu lagi, zaman-zaman kenakalan kau pun, watak aku ada terselit sama. Hahaha. Tapi, anggap sajalah semua tu cara Allah mahu bersihkan jiwa-jiwa kita dari dosa-dosa lampau.

Maria : Aku tak sekuat kau, Ain..

Sayu pula Nur Ain mendengar kata Maria itu.

Nur Ain : Sebenarnya, bukan persoalannya aku lebih kuat dari kau. Atau kau lebih lemah dari aku. Tapi.. Entahlah. Aku cuma percaya yang Allah tak hadirkan dugaan yang kita terasa bertubi-tubi lepas perubahan kita, sebab Allah sayang kita, dan nak bagi kita pahala. That’s it!

Maria : Tapi, sampai bila?

Nur Ain : Sampai kita betul-betul rasa yang Allah itu sentiasa dekat dengan kita. Sampai kita rasa bahawa Allah tidak pernah jauh. Sampai kita tak hairan dengan cacian orang.

Tak sedar, Maria di sebelah sudah berjujuran airmata.

Maria : Thanks, Ain.. I will miss you so much, buddy. I will miss your words.

Nur Ain angguk.
Matanya juga sudah berair.

(mungkin akan bersambung)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *