Anda Kenal Dan Tahu Diri Anda

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Anda tahu anda bagaimana. Sumber : Pak Google

Selalu sangat manusia menilai manusia yang lain dengan nilai yang begini dan begitu. Dan begitu juga dengan manusia yang lain, akan menilai anda begini dan begini.

Pandangan mata selalu mendahului pandangan hati dan akal.

Ada masanya, diri sendiri akan tertipu akan nilaian manusia. Syukur kalau dianggap nilaian baik manusia itu sebagai doa. Sebaliknya, jika nilaian baik itu diambil sebagai alat untuk membanggakan diri, sangatlah menyedihkan.

Anda kenal siapa diri anda..

Sangkaan Orang Boleh Menjadi Doa

Sering kali kerana faktor pemakaian seseorang itu, dirinya dipandang sebagai orang yang patut dipandang tinggi. Mungkin saja orang yang memandang anda sebagai contoh yang berpakaian agak ‘islamik’ orang akan pandang tinggi dan meletakkan ekspektasi yang sangat baik kepada anda.

Sebetulnya, jangan terlalu menilai seseorang melalui pemakaiannya walaupun memang sebenarnya pemakaian seseorang itu menunjukkan sedikit keperibadian yang tersembunyi oleh si pemakainya.

Bila berhadapan dengan ekspektasi orang lain terhadap anda, sebenarnya terpulang kepada diri anda mahu mengambilnya sebagai alasan untuk berbangga diri atau pun mahu mengambil ekspektasi daripada orang lain sebagai dorongan untuk anda menjadi lebih baik dan berusaha.

Orang puji anda, orang pandang tinggi anda, atau semua orang mahu mendekat kepada anda, memang membuatkan hati terasa berbunga. Namun, boleh menjadi bahaya kepada diri individu.

Saya kira, lebih baik seseorang tidak terbelai dengan segala pujian dan prasangka.

Perkara utama yang perlu diutamakan adalah, bagaimana sebenarnya anda?

Bagaimana Sebenarnya Anda

Anda kenal sebenarnya diri anda sendiri seperti mana. Adakah betul sangkaan orang lain terhadap anda; luar dan dalam? Atau adakah hanya luaran semata?

Orang lain mungkin boleh menilai anda dengan baik berdasarkan pandangan mata mereka tanpa menilai dalaman anda, tapi sebenarnya, anda sendiri patut tahu apakah nilaian itu layak atau memang nilaian itu adalah diri anda sendiri?

Kalau mahu mengambil ekspektasi orang lain untuk dibanggakan, lebih baik jangan. Tapi jika ingin mengambilnya sebagai dorongan dan menganggapnya sebagai doa dengan penuh kerendahan hati, maka moga ALLAh membantu setiap manusia yang sebenarnya-benarnya mahi dibantu.

Sebenarnya, setiap dari kita sangat kenal akan tabiat baik dan buruk diri sendiri.

Renungan untuk diri sendiri supaya lebih berusaha menjadi insan yang baik walaupun diri sendiri tidak dapat meletakkan label ‘baik’ itu sebagai sandaran. Hidup di dunia, berjuanglah habis-habisan dengan diri untuk segalanya kerana Tuan Punya Dunia.

Semoga ALLAh merahmati.

3 thoughts on “Anda Kenal Dan Tahu Diri Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *