Aku Tahu Kau Coba Mengerti

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Can you feel it, buddy?
Can you feel it, buddy?

saya pernah terdetik terfikir soalan seperti ini;

bagaimana nanti jika datang seorang kawan yang kita sangat kenal, yang kita sangat percayai tsiqah, yang berada dalam perjuangannya —

atau seseorang yang asing dalam hidup kita;
tapi datang dengan penuh harapan dan penyesalan —

datang mengakui bahawa dirinya;
melakukan pelbagai dosa yang ada
melakukan pelbagai maksiat yang sama
melakukan pelbagai zina yang telah dirasa.

dan dosa yang dibuatnya itu yang kita tidak pernah sangka-sangka?

bagaimana agaknya penerimaan kita pada saat itu?
apakah kita akan terus di situ? atau kita akan berpaling laju?

ataukah kita akan menjadi kawan yang akan menepuk-nepuk bahunya–
yang akan mahu duduk lalu memimpin tangannya
dan yang mungkin akan berkata;

“bangunlah. kita semua pendosa. aku kau dan semuanya. marilah, biar aku genggam tangan kau. jom kita membersihkan diri bersama-sama. Tuhan tidak zalim jika kau datang kepada Dia. kawan, jangan kau putus asa!”

mungkin saya berfikir terkedepan —
kerana saya tahu saya bakal berdepan dengan ramai lagi manusia
manusia yang mempunyai pelbagai ragam dan karenah
yang mungkin kita tidak boleh membaca isi hati dan tingkah mereka.

perjuangan ini —
bakal bertemu perkara-perkara yang tidak disangka-sangka.

saya tidak akan berani membenci pendosa yang terjatuh dalam dosa —
kerana saya tahu saya juga seorang pendosa
kerana saya tahu saya pernah berdosa
kerana saya tahu saya bakal melakukan dosa.

saya, inshaAllah akan menghulurkan tangan kepadanya;
membantu seadanya.

tahniah jika kamu masih membaca sehingga perkataan ini —
kerana ini satu muhasabah diri
kerana ini satu muhasabah yang mungkin bakal terjadi.

biar kita sedar, yang kita berada di akhir zaman;
dan bukan masanya untuk kita menghukum memberi beban
tapi menghulur tangan memberi ringan
ke arah bersama redha Tuhan.

mari fikirkan persoalan yang saya terfikir tadi —
bukan dikongsi kerana menunjuk dengki
dan jangan dikongsi secara nafsi-nafsi.

tapi ini satu muhasabah diri.

kerana kita ini juga, tidak tahu keadaan diri —
apakah kita akan kekal dalam keadaan kebaikan yang sedikit ini
atau kita bakal berada dalam keburukan yang menghinakan diri.

Semoga ALLAh merahmati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *