Adakah Aku Seorang Yang Gagal?

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Kegagalan itu bukan suatu pengakhiran.. Sumber : Pak Google

Adakah aku seorang yang gagal?

Kegagalan.

Ramai yang boleh mendefinisikan kegagalan itu sebagai natijah yang baik, cuma ia menjadi penangguhan kejayaan. Ramai juga yang menganggap natijah itu adalah suatu lorong kegelapan buat hidup. Gagal. Gagal. Gagal. Gagal adalah suatu yang memalukan!

Semua manusia pernah merasai kegagalan. Agak normal apabila terasa dunia sendiri pada waktu itu gelap kerana kegagalan yang baru dihadapi. Kadang, terasa seperti hendak ke dunia lain lantaran malu pada manusia, lebih-lebih lagi ibu bapa. Terasa seperti telah menghampakan dunia dan terasa diri sudah tidak berguna lagi.

Apa makna kegagalan sebenarnya?

Disapa Kegagalan Yang Memeritkan

Terbaca dalam forum, Topic Starter @ TS membuka topik dan meluahkan perasaannya lantaran kegagalannya dalam peperiksaan STPM. Orangnya sangat rajin. Malah menjadi pelajar yang satu-satunya mengambil aliran sains di sekolahnya. Namun, apabila keluar keputusan peperiksaan, natijahnya tidak seperti yang diharapkan.

Selepas ini, keputusan SPM pula yang akan keluar.

Saya kira, memang kita kena lebih berusaha mendidik diri untuk ‘Serahkan Kepada ALLAh Setelah Berusaha’, aite?

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Saya tahu itu. Membaca post TS tadi, malah berjaya membuatkan hati saya sayu. Sayu sebab, dia sedih kerana telah menghampakan kedua orang tuanya. Keselamatan dan kebahagiaan ke atas dia, InshaALLAh.

ALLAh SWT, tidak pernah tidak adil. Kegagalan? Semua manusia pernah menghadapi kegagalan tetapi dengan jalan yang berbeza. ALLAh berikan dugaan yang lain-lain pada setiap orang.

Kesedihan anda? ALLAh tahu. ALLAh nampak.

Namun apa yang menjadi perhatian ALLAh SWT adalah, bagaimana anda berusaha memujuk diri sendiri untuk berhadapan dengan kegagalan tersebut. Sahabat, gagal berkali-kali tidak bermakna akan gagal sampai masanya akhirat. Ada yang berhadapan dengan kegagalan dan sedih, tapi tetap meneruskan langkah. Sebab dirinya tahu, ALLAh itu ada rancangan yang terbaik buat dirinya. Ada yang berhadapan dengan kegagalan, tetapi sengaja menggagalkan lagi diri sendiri; tidak mahu berusaha kerana telah berputus asa. Mungkin merasa dirinya langsung sudah tidak berguna lagi.

Menghadapi kegagalan lalu berputus asa, anda sebenarnya zalim terhadap diri sendiri!

Bila disapa kegagalan, anda sebenarnya tidak gagal. Malah sebenarnya anda mendapat perhatian lebih daripada ALLAh SWT. Masa inilah, mungkin ALLAh SWT mahu melihat bagaimana anda sebagai seorang hamba menjalankan peranan.

Adakah kegagalan itu menjauhkan anda dari DIA? Atau mendekatkan pada-Nya?

Bangkit dan Tetap Berusaha

Saya jadi teringat, saya sendiri pernah mengalami kegagalan. Airmata? Jangan cakap, memang tumpah juga akhirnya. Masa tu, biarkan sahaja airmata mengalir. Tanda kelemahan seorang hamba dihadapan Sang Khaliq.

Ah. Sekadar mengimbas memori. Dan memori itu memang indah.

Gagal. Agaknya, ramai manusia yang takut pada perkataan gagal ini. Anda bagaimana? Adakah selepas kegagalan sudah tidak ada lagi jalan lain? Adakah jalan yang ada hanyalah jalan untuk berputus asa? Naaa, sudah pasti tidak!

Hei sahabat, apa kamu lupa pada janji ALLAh dalam kitabullah?

“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain). dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.” asy Syarh : 5-8

Kegagalan anda itu sebenarnya, ALLAh sudah sediakan jalan keluar. Jalan kejayaan. Yang penting adalah anda berusaha dan berusaha lagi sehingga berjaya. Kegagalan tidak selamanya, kejayaan pasti ada!

Hidup ini sebenarnya bertunjangkan keyakinan kepada ALLAh SWT. Jika anda tidak yakin terhadap ALLAh, jadi bagaimana kiranya ALLAh akan yakin terhadap anda? MashaALLAh.

Sama seperti kita berdoa, ALLAh memakbulkan doa. Subhanallah! Namun, apa yang ALLAh makbulkan adalah apa yang manusia perlukan dan baik untuk kehidupannya. Bukan apa yang dihajatinya, dan mungkin doanya itu adalah sesuatu yang tidak baik untuknya. Makanya, ALLAh berikan apa yang sepatutnya manusia perlukan.

“..Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. ALLAh mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” – al Baqarah : 216

Sebenarnya, kemuliaan anda adalah bilamana anda gagal, tetapi anda tetap meneruskan langkah disamping menjadi seorang hamba yang baik kepada Tuhannya. Sekiranya airmata ingin merembes keluar, maka alirkannya dihadapan Sang Khaliq.

Mengadulah hai sahabat dihadapan ALLAh. ALLAh mendengar pengaduanmu. ALLAh rindu pengaduan. ALLAh tahu deritamu. ALLAh tahu manik jernih dari matamu itu gugur lantaran mengakui kekerdilan diri seorang hamba.

Anda Bukan Seorang Manusia Yang Gagal

Saya sangat menghormati orang yang diberikan ALLAh dengan ujian kegagalan, tapi menerima dengan tabah dan terus berusaha. Malah, saya sebenarnya segan dengan orang yang begini. Hamba yang terpilih.. MashaALLAh.

Apa yang penting, sekiranya diberi ujian kegagalan, anda seharusnya berfikiran positif terhadap diri anda terlebih dahulu, barulah makhluk lain akan berfikiran positif terhadap anda.

Pandangan manusia sekeliling? Jangan hiraukan pandangan itu sekiranya pandangan itu boleh membuat kamu jauh daripada ALLAh SWT. Yakin, yang ALLAh sentiasa ada dan memandang anda. Bi iznillah~

Sahabat, anda bukan seorang yang gagal. Tetapi anda seorang pendaki yang ALLAh berikan keizinan untuk rehat memastika bekalan cukup dan membetulkan keadaan sebelum berjaya ke puncak kejayaan.

Hei! Anda orang yang berjaya. Orang yang dikasihi ALLAh SWT!

Sekiranya ada orang menyisihkan anda, maka tersenyumlah. Kerana ALLAh dan para malaikatnya sentiasa berada disamping anda. Ini bukan rekaan. ALLAh suka pada hamba-Nya yang sentiasa bersyukur.

Anda bukan seorang yang gagal. Set!
Kegagalan adalah lumrah hidup manusia. Dan semua manusia akan melaluinya. Noted!

Pssst! Sahabat, mari sini.. *rangkulbahukamu*
ALLAh ada untuk kamu. InshaALLAh, Rasulullah bangga melihat kamu. Kamu jangan pernah sedih berlebihan ya? Kiranya memerlukan seorang teman, saya boleh menjadi teman itu. InshaALLAh.

Saya peluk boleh? Senyum.

Kamu hamba yang terpilih dan bertuah!

Semoga ALLAh merahmati.

Suhana Amiril
Sedang menuntut dalam jurusan Syariah dan Undang-Undang. Aktif dalam penulisan di blog peribadi beliau (http://cintailahi.com). Merupakan seorang penulis buku amateur, dan telah mempunyai buku yang telah terbit. Antara matlamat beliau dalam hidup adalah berjihad melalui pena.

18 Comments

  1. sya telah gagal dlm stpm 2010 nie… saya down sesgt… saya rasa saya lah manusia yang paling x bergune… sya telah menghampakn mak saya… sampai saya segan ar nk keluar rumah… saya tak tahu nk buat pe lagi… buntu sangat… saya nk berjaya seprti orang lain… tapi…. enta la… sampai sekarang perasn sedih 2 de lagi… nk2 tegok kwn2 sebuk apply ipta…

    [Balas Komen]

  2. Saya pernah gagal di dalam spm disebabkan terlalu leka dgn kemewahan…Saya tidak menduduki spm krn terlalu sibuk dgn business pd ketika itu…Kala rakan2 menyambung pelajaran, saya terus mengusahakan perniagaan saya sehingga berjaya…Sekarang hidup saya haru biru…segala yg berlaku di luar logik pemikiran…
    Perniagaan saya lingkup sekelip mata disebabkan khianat dr seorang sahabat…kereta saya pulak total lost disebabkan kemalangan…program tv x bayar hutang2 saya dan menyebabkan saya terpaksa habiskan simpanan utk bayar pekerja..x cukup dgn itu, teman wanita yg saya cintai selama 7tahun curang dgn ramai lelaki…Sekarang saya tinggalkan Kuala Lumpur dan balik ke Terengganu… Family saya pulak berpindah ke pahang…Tinggallah saya keseorangan di Terengganu..Sekarang saya susah, seorang kawan pun xde yg hampiri..semua hilang mcm 2 jer…Saya tertekan, orang lain mencipta kejayaan dan saya kehilangan segala2nya…Saya x buat jahat pada orang tp knp orang harus berlaku jahat pd saya? saya setia tp knp saya diperlakukan curang? saya x lupa orang sewaktu senang tp knp orang melupakan saya diwaktu saya mengalami kesusahan? saya bingung dan buntu sekarang…sekarang, makanan saya adalah penghinaan dan fitnah dari orang…saya malu nak menzahirkan diri di dunia… semakin saya dekat pd allah, semakin saya hilang dunia…tp saya perlukan juga dunia supaya saya x dihina lagi…saya bkn bodoh…knp mereka x boleh terima bahawa saya sedang diuji oleh pencipta saya? penghinaan dan fitnah mereka membuatkan saya semakin putus asa….seorang sahabat pon x de sbg tmpt utk saya berkongsi masalah…apa yg harus saya buat???

    [Balas Komen]

  3. penghinaan yg anda terima itu x sia-sia.. dalam diam, peristiwa ini mungkin mengajar anda agar lebih berhati-hati di masa depan. hati anda akan terdidik.. sy mungkin x layak untuk menasihati anda krn sy x pernh mengalami peristiwa sperti anda. jd sy x merasai betapa susahnya hidup anda, betapa sakitnya hati and, betapa marahnya anda pada kwn2x yg tlh mninggalkan anda… tp sy tahu semua tu x sia-sia. sy juga prnah mngalami peristiwa yg membuatkan sy hilang keyakinan terhadap dunia ini, menangis siang dan malm tnpa hnti… stlah ALLAH lpaskn sy dri msalah tu, sy mnjdi bih kuat.lbih brdikari orangnya… jgn prnah brhnti brharap, sbb harapan tu x prnah pudar..hnya prlu ditunggu dgn kesabaran…

    [Balas Komen]

  4. saya rasa saya seorang yang gagal.saya ada masalah gemuruh yang terlampau,sehinggakan saya terfikir yang saya ni tak normal macam kawan-kawan yang lain.Apa yang saya lakukan banyak menimbulkan masalah dari mendapat kejayaan.sekarang ini susah untuk saya mendapat kerja dengan perasaan gemuruh terlampau saya itu.tambah2 lagi saya jadi semakin sensitif terhadap orang ramai.Sampai satu hari tu,saya terlalu down memikirkan tentang diri saya sehingga sanggup terfikir nak bunuh diri…adakah ada sinar kejayaan buat orang macam saya…

    [Balas Komen]

    Ya Habibi Reply:

    Assalamu’alaikum, Nina.

    Mungkin awak boleh ambil pendapat saya, dan awak juga boleh tidak bersetuju. Sejujurnya, jalan untuk mengatasi masalah awak ialah awak kena berhadapan dengan situasi yang awak takutkan, yang awak gemuruh.

    Kalau terasa ‘down’, awak kena cari sesuatu untuk memotivasikan diri awak sendiri. Cuba cari dan pandang sesuatu yang boleh buat awak yakin dengan diri awak. Awak sungguh berharga sebenarnya, Nina.

    Bergaullah dengan ramai orang. Cari kawan yang baik-baik.
    Jangan selalu menyendiri dan selalu bersama keluarga sahaja.

    Go out, and see the world!
    You can do it, Sis 🙂

    Sinar harapan kejayaan ada buat semua orang.

    [Balas Komen]

    anna Reply:

    nina. awk org mana?? boleh kita jd kwn??

    [Balas Komen]

  5. Assalamualaikum…saya ad seorang teman,dulu dia seorang y pndai,start pmr sehingga spm..dan y tbaru..stpm..dy gagal…sy pelik tengok dia..padahal dia sgt tinggi ushanya berbanding saya..dia sgt2 sedih..kerna terlalu byk mengecewakan hati jbu ayhnya,lalu mreka mlu dgn saudara mara org skeliling krna dia gagal,spm dia gagal…maka,dia bngkit u stpm..sgt2 gigih ushanya..tpi,akhirnya..dia x snggup u mbritahuibu ayahnya dia gagal..dia snggup mmbohongi kdu2 org tuanya dmi mnjaga prasaan mreka y slama ni trlalu malu dgn kegagalan dia krna ibu ayahnya sudh byk hbskn duit,lgpn dia org susah…sya trut sedih akan nsibnya,sbagai kwan..sya mnasihatinya..dia xsnggup mmbritahu ibubapanya akan kgagalannya sbb parents dy mnaruh hrapan y tinggi sgt,tpi adakah diharuskan kwan sya u mmbohongi kdua ibu bapanya dmi mnjaga hati?

    [Balas Komen]

  6. assalamualaikum….

    saya membaca blog saudari ketika saya mgalami tekanan yang amat dasyat….saya boleh dikatakan gagal kerana telah mdapat result yang agak mgecwakan…pointer saya jatuh teruk, hutang pengajian masih bertangguh, keluarga saya mgalami masalah yang agak berat….saat ni saya rasa bagaikan nk menghilangkan diri seketika…nak menyelam dalam air dan terus berenang…malunya amat sangat…sampai saya terfikir kenapa Allah S.W.T uji saya sampai begini….rasakan hidup dah berakhir…saya cuba mncari silap saya…saya dah berusha sedaya mungkin…tapi nasib masih xmenyebelahi saya…saya rasakan orang sekeliling menganggap saya seorang yang bodoh…memandang rendah kemampuan saya…tapi masihkah ada ruang kejayaan untuk saya?

    [Balas Komen]

  7. Assalamualaikum . Sahabat ku , sbalik ujian dri Allah pasti ada hikmah tersembunyi . Allah xkn mengubah nsib seseorang , jika seseorang itu tdak berusaha untk menuju kjayaan , so . You can do it . Jgn pernah bputus asa d atas usaha yg telah d lakukan . Allah maha adil . Dea menguji hamba ny mengikut kemampuan seseorang itu . So , jgn berhenti meminta yg terbaik dari Allah .

    [Balas Komen]

  8. saya dh cuba tapi still gagal.kawan saya ni dy pandai saya cuba untuk lawan dy punya markah tapi…dy kawan baik saya..dy org susah apa2 info tentang exam sya akan bagitahu…apa2 ilmu saya share dn apa2 aktiviti motivasi saya ajak dy..tapi kenapa saya gagal lagi.,.kadang2 pernah terfikir x nk dh share apa2 pun kat dy..buat pa kan dy dh pandai..saya ni.Tpi serba salah cuz dy kawan sya..Cm mana/?

    [Balas Komen]

    Suhana Amiril Reply:

    Nasihat saya, teruskan berbuat baik. Dan belajar sama-sama dengan kawan kamu. Allah Ta’ala beli kelebihan kepadanya, dan begitu juga kepada dirimu.

    Jangan berputus asa untuk kebaikan! 🙂

    [Balas Komen]

  9. Tggl smggu lgi nak exam ….tpi aq paling takut dgn mtpljaran P.A TU sbb itu adalh tiket utk ke ipt nnti …so hrp sem 1 aq dpt skor dgn cmerlang….aq pnah ggl p.a aq….tpi mmg malu dbndingkan dgn rkan2 q…yang lain….harap aq dpt perbaiki kptusan stpm aq thun ni….

    [Balas Komen]

  10. berbagai masalah yang menimpa saya tahun ini, dan tahun ini merupakan tahun yang paling down bagi saya… semakin hari semakin buruk parangai saya..nak berubah tapi hangat2 tahi ayam sahaja… ditambah lagi dengan result exam yang merah2..dekat dengan tuhan? memang jauh sangat… saya benar2 buntu dan sangat takut untuk menjalankan kehidupan ini… please tolong bantu saya yang hina ini…

    [Balas Komen]

    Suhana Amiril Reply:

    Berubah hangat-hangat tahi ayam? Biar. Teruskan buat perubahan kamu biar lambat. Jangan tinggalkan. Kamu boleh sebenarnya, cuma kamu dihimpit keadaan.

    Maka jangan biar keadaan menghimpit dirimu.

    Tiada sesiapa dapat tolong diri kita melainkan diri kita sendiri yang mahu tolong diri kita. Orang lain hanya mampu mendorong, dan yang akan melakukannya adalah diri kita. So, just do it!

    Jangan lupa untuk selalu mohon minta kekuatan daripada Allah SWT. Dia tidak pernah melupakan kita. Sabarlah, dan tabahlah.

    [Balas Komen]

  11. Assalamualaikum..
    Saya prnah rse mcm yg sye ni tk tahu ape2 dlm .. Kdang2 saya rse dipinggirkn oleh rkan2 kerana kbodohan sye..sye bkan jnis yg pndai, dikenali seorang yg pndiam bgi org yg blum btul2 knal sye. Sye rse sgt kecewa dgn diri sendiri…tolong bntu sye..

    [Balas Komen]

  12. Assalammualaikum… saya sekrang sedang diuji oleh Allah yang maha esa… di mana saya telah diuji untuk memasuki degree. Untuk kemasukan degree, saya perlukan muet band 4. Jadi saya ambil muet bulan 3 haritu. Sekarang bila dpt muet, muet saya hanyalah band 3 sahaja. Saya sedih sangat. Dengan Allah lah saya mengadu dan menangis. Doa saya untuk mendapat band 4 tidak dimakbulkan. Mungkin Allah ada perancangan lain untuk saya. Tapi saya terlalu sedih. Sampai terasa diri saya tak bermakna. InsyaAllah. Saya takkan menyerah kalah. Doakan saya ye, sebab saya betul-betul sedih. :'(

    [Balas Komen]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *