Cerpen : Manusia Bukan Malaikat

Credit Picture : http://static.royaltalks.com.br/
Credit Picture : http://static.royaltalks.com.br/

Malam sabtu.

“Besar juga kereta baru kau ni eh jai..” Yunz memuji kereta baru jai tiba-tiba.
“Kau dah kenapa tiba-tiba puji-puji ni? Macam baru naik kereta aku. Kereta kau lagi besar kot.” Dahi Zaini berkerut.

Yunz geleng perlahan. “Hmm aku cuma teringat ceramah ustaz kat masjid tadi. Semua harta kita di dunia ni, kita akan tinggalkan. Kecuali yang bermanfaat di jalan kebaikan.” Yunz diam seketika, “dalam kubur nanti, kalau aku mati, kau mati.. kita sorang-sorang je. So harta means nothing pun kan? Unless you used it untuk yang baik-baik je sebelum kau mati.” Yunz angguk kepala sendiri.

Tangan kanan Zaini memegang stereng sambil tangan kiri diangkat perlahan, “Sebab tu la, kereta cabuk aku ni.. Aku nak guna untuk dakwah. Moga-moga menjadi saksi dan saham aku bila jumpa dengan Allah nanti..”

Yunz jongket bahu.

Kereta Zaini sampai di perkarangan rumah.
Mereka baru sampai dari masjid selepas solat isyak.

Di meja makan, mereka makan bersama-sama makanan yang dibeli dalam perjalanan pulang tadi. “Yunz, kau tak keluar ke mana-mana ke malam ni?” Zaini bersuara. Yunz masih menyuap makanan. “Entah.. Tengoklah. Kalau aku rajin aku keluarlah..” Zaini mengangguk. “Dah kau tanya aku nak keluar ke tak ni, kau takda usrah ke? Tak pun usrah online kau tu?” Yunz bertanya tapi pandangannya masih menatap makanan di hadapannya yang berlaukkan ikan kembung dan sayur campur.

“Tak kot.. Diorang semua busy.” Zaini menjawab. “Oooooooo I see.” Balas Yunz panjang.

Jam menunjukkan pukul 9.45 malam.

Kelihatan Yunz bersiap-siap hendak keluar dan mencapai kunci kereta. “Weh, aku nak keluar ni.. Want to join me?” Tanya Yunz sambil melihat cermin sekilas.

Zaini mengalihkan pandangan dari TV Plasma ke arah Yunz, “Emang pak, bapak mahu ke mana sih?” Erkk! Tetiba pula mamat ni loghat indon. Tahulah tengah tengok cerita indonesia, tak payalah over sangat. Hahaha.

“Aku nak pi club..” Jawab Yunz selamba.

Zaini yang sedang meneguk air kelihatan terkejut, mengelap mulut dan dagunya yang basah. “Err. Club?” Tanya Zaini.

Seolah-olah mengerti dengan pertanyaan Da’i Millenium Zaini itu, Yunz tersenyum nipis sambil berkata, “Nak jumpa my old friend.. So kau nak ikut tak?” Yunz sudah geli hati. Tengoklah reaksi Zaini ni. Aku dipandangnya macam hantu pula.

“Err. Tak kot.. Kau jangan macam-macam pula kat kelab tu. Jangan buat hal wehh.” Zaini acuh tak acuh sahaja memberi pesan.

Yunz tersenyum. Kali ini senyumannya luas tetapi sinis. “Chill la. Tak semestinya orang-orang yang masuk syurga tu orang yang 24 jam dalam masjid je. Got to go. Bye.. Shalom!”

Bikin panas pula kata-kata terakhir Yunz itu. “Assalamu’alaikum la oi!” Zaini geleng kepala.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *