Cerpen : Kau Sorga atau Neraka?

Credit Picture : http://www.lintas.me
Credit Picture : http://www.lintas.me

Zaini dan Yunz jalan beriringan memasuki pusat membeli-belah diantara yang terbesar di kota metropolitan ini. Langkah mereka menuju ke super market yang berada di dalam bangunan tersebut. Mata Zaini melilau melihat ramainya manusia pada malam ini. Yunz, jalan bersahaja sambil tangan kanannya memegang kunci kereta. Wajahnya selamba.

“Ramainya orang! Diorang ni tak pandai penat ke? Mall ni dari pagi sampai ke malam tak pernah lengang. Sesak betul weh!” Kata Zaini dengan nada yang sedikit tinggi tapi kedengaran bercampur rimas dan keluhan.

Yunz pandang Zaini, “Huh. Diorang pun ada tujuan juga datang mall ni. Paling cikai pun, ada yang datang dating buang masa. Tujuan juga tu. Kau apasal pula?” Yunz pandang Zaini dengan pandangan jerk.

“Takdalah. Aku pening tengok ramai sangat orang ni.. Aduh!” Balas Zaini.

“Aku tak kisah. Yang aku tahu, aku nak beli barang keperluan aku. Lepas tu blah. Apa ada hal? Kau beli jelah apa yang kau mahu. Hirau orang lain apasal? Memeningkan diri sendiri mamat ni.” Yunz geleng kepala.

Zaini menumbuk bahu Yunz, “Aduh, yelah! Cakap dengan kau ni rasa nak bagi penampar sebijik!”

Yunz terus jalan mendahului Zaini. Setelah masing-masing sudah buat bayaran untuk barang-barang yang dibeli, mereka keluar menuju ke tempat letak kereta. Yunz pandu kereta dan Zaini duduk di sebelah penumpang. Yunz berdehem.

“Jai, aku nak tanya sikit. Kau ada masalah ke?” Tanya Yunz tapi mata masih fokus dengan pemanduan.

“Err. Kau apasal tetiba? Hahaha. Takda angin takda ribut.” Zaini tersengih-sengih.

Yunz diam seketika. “Jai, aku ni bukanlah orang yang tahu sangat. Orang alim pun bukan. Antara aku dan kau, kau lebih baik dari aku. Tapi, kau tak dapat tipu aku kalau kau ada masalah. Aku kenal kau bukan sekejap, bro! Jadi housemate pun dah 6 tahun.”

“Hmm. Perempuan yang aku suka dah kahwin atas pilihan keluarga. Aku.. Aku somehow agak kecewa. A little bit murung jugalah. The fish! Aku sedih kot!” Zaini menutup kesedihan dengan menyedut minuman berkarbonat di tangannya.

“Bro, kalau dia dah jadi milik orang lain, buat apa nak dikenang lagi. Bukan jodoh kau, chillax la! Ada ramai lagi bunga di luar sana. There’s many things you can do selain bersedih dan emo tak tentu pasal. So-called ikhwah macam korang cepat sangat patah hati pasal cinta dengan awek kan?” Yunz masih selamba.

Zaini menegakkan badannya, “Amboi! Perli nampak bro? Kau nak makan kaki ke tangan?!” Zaini menunjukkan penumbuknya dekat ke muka Yunz.

Yunz senyum jerk. Zaini terasa sebal seketika. Yunz ni tak cukup muka, dengan ayat sekali pun dingin. Mereka, dua karakter yang jauh berbeza. Tapi, macam manalah boleh kekal lama jadi housemate berdua dengan Yunz ni. Mungkin sebab utamanya, Yunz baik dan mereka tiada masalah walau berbeza perwatakan. Zaini budak usrah, Yunz pula tidak pernah menunjukkan minat mahu join sekaki bulatan gembira. Zaini ada perniagaan sendiri, manakala Yunz seorang jurutera. Mereka kenal sejak dari zaman belajar lagi.

“Dahlah. Kalau kau luahkan masalah ke abang naqib kau pun, dia mesti nasihat yang sama. Tapi yelah. Kau takkan dengar nasihat aku. Sebab aku bukan budak usrah pun.” Yunz gelak. “Ah diamlah, yunz. Aku lapar ni!” Zaini memandang ke depan.

“Kau nampak tadi ramainya manusia kat shopping complex tu? Aku tetiba terfikir pasal umat Nabi Muhammad SAW. I tried to make it related with our situation. Orang ramai datang ke satu tempat yang sama, tapi tujuan yang lain-lain. It’s same with, semua orang singgah dunia.. tapi tujuan dan niat lain-lain.”

Zaini diam, dalam hati kagum juga dengan mamat ni.

Yunz menyambung, “Zaman sekarang, susahnya nak jadi seorang Islam. I’ve been asked by one of my friend today, ‘Kenapa Islam banyak cabang dan selalu saja berbalah?’ I know what’s the mean of his question, it’s something yang ada kaitan dengan jemaah-jemaah nowadays, like Sunni, Syiah, Muktazilah, Khawarij, Wahabi and so on. And he asked me if I’m a sunni or syiah or other mazhab and jemaah. My answered is, I’m a Muslim. So, back to the question about jemaah and whatever, do you have an answer?” Yunz sudah kelihatan lebih serius dengan perbincangan yang tiba-tiba dari topik Zaini kehilangan kekasih, sampai ke bab mazhab, jemaah dan fahaman.

Zaini masih diam. Mahu mendengar bicara Yunz.

“Look. I know masing-masing want to prove them right. Masing-masing mengatakan yang diorang betul. But then, in the same faith, ISLAM, why on earth perlu berbalah? Tell me, mana sebenar-benarnya manusia yang masuk syurga? It’s kinda funny you know. But I believed, agama yang Nabi bawa tu so true. So I don’t bother about orang itu dan ini kafir sebab tak sejemaah..” Yunz jongket bahu.

Zaini hembus nafas. “Bro.. Dia camni, kita tolak mana-mana fahaman atau akidah yang syirik dan bida’ah. Kita tak terima amalan yang dibuat-buat. Kita tak kafirkan orang.. Tapi kita tolak dan tentang fahaman yang macam tu. Pasal syiah, terang-terang diorang kafirkan para sahabat dan isteri Nabi. Itu kita tentang! Bahkan amalan diorang banyak bertentang dengan Islam..”

Yunz geleng kepala perlahan, tidak tahu Zaini menyedari atau tidak. “Jawapan kau longgar sangat bro. Aku harap aku dapat jawapan yang lebih dari itu…” Zaini sudah panas punggung, dalam hatinya, dia sudah kehilangan kata-kata. Tiba-tiba rasa awkward gila bila bincang tentang hal ni dengan Yunz. Dah yang Yunz ni, pehal tiba-tiba tanya soal semua ni? Dahlah perut lapar.

“Kalau orang berpegang pada satu golongan sahaja yang masuk syurga sebab satu golongan tu je akidah yang benar.. Maka I do believed that rahmat Allah mengatasi segalanya. He’s the one who decided siapa yang akan masuk syurga dan neraka. Kau rasa, Allah nak hukumkah orang-orang bukan Islam masuk neraka, which is tak pernah dengar pasal Islam sebab orang Islam sibuk dengan perdebatan siapa betul, siapa masuk syurga dan siapa masuk neraka?” Yunz memberi isyarat mahu masuk simpang ke kanan.

Zaini masih di sebelah, “Hmm. Sebenarnya aku tak dapat jawab Yunz.. Kau gila la tanya soalan camtu aku tambah lapar.”

“Hahaha. Sebab tu aku cakap tadi, there’s so many things that you can do selain dari kecewa dan murung pasal perempuan yang kau minat tu dah kahwin! Kau dapat apa kalau sedih nak mati pasal perempuan?!”

“Apa pula kaitannya? Tak semena-mena kau ni!” Zaini geleng kepala.

Mereka sampai di perkarangan restoran. Yunz meletakkan kereta di lot parking. “I’m just sayin’!” Yunz gelak tapi tak gelak.

“Aku ada soalan last.” Yunz diam dua saat. “Tempat kau.. di syurga ke neraka?”

Zaini yang baru hendak melangkah keluar, terpaku pergerakan beberapa saat. Yunz sudah berada di bonet kereta. Malam itu, Zaini menjamah hidangan makanannya dengan rasa yang tawar. Betul-betul tersentap sendiri dengan pertanyaan Yunz atau nama sebenarnya, Yunani Ahmed. Walaupun selepas keluar melangkah dari kereta, perbualan mereka sudah berkisar mengenai hal-hal yang lain, tetap saja Zaini merasakan makanan dan minumannya tawar.

Zaini tertanya-tanya, “Aku golongan syurga atau neraka?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *