Gambar 3 Hero!

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Kucing saya, hamba ALLAh. Adam namanya.

Di rumah, ada 3 ekor kucing yang sangat manja dengan manusia. Tiga-tiga jantan. Datang tidak diundang namun sangat dialu-alukan sehingga menjadi ahli keluarga.

Izinkan saya berkongsi gambar kucing-kucing itu ya.

Setiap seekor, ada nama. Dan mereka bersatu dengan nama itu. Panggila sahaja dengan nama itu, pasti langkahnya laju menuju anda. Menggeselkan badan di kaki anda. He he.

Mereka ini (kucing) sebenarnya, sangat istimewa bagi saya. Dan saya sayang mereka!

Aksi-aksi Sang Hero

Memperkenalkan, namanya Rasya!

Seekor kucing yang sangat kuat tidur. Boleh lelapkan mata dari pagi sehingga ke maghrib. Istimewanya, apabila sedang bulan puasa, Rasya seolah-olah turut berpuasa.

Bila orang berbuka, baru Rasya ‘akan’ menggeliat dan ‘merengek’ tanda nak makan. MashaALLAh!

Rasya!

Macam-macam gaya Rasya akan buat bila tidur. Salah satunya, seperti di atas!

Rasya lagi! ^^

Saya suka gambar ni. Gambar ini ditangkap di suatu pagi. Selepas saya membersihkan rumah. Tengok-tengok, Rasya sudah tersadai sebegitu rupa.

Subhanalllah! Comel sih!

Dan ini... Boboy!

Boboy, tiba-tiba muncul depan pagar rumah di petang hari. Lepas tu bagi makan. Dan selepas itu, dah melekat kat rumah dah. Jadi penghuni setia rumah Bonda dan Abah.

Rasya lagi. Manja sih!

Cumanya, Adam dan Rasya selalu jeling-jeling Boboy ni. Err. Kucing ada perasaan cemburukah?

Sekian sahaja gambar ‘mereka’ yang istimewa bagi saya.

Semoga ALLAh merahmati.

One thought on “Gambar 3 Hero!

  1. salam….
    kucing say pun cara dia tido sama ngan kucing awak yang nama adam… jantan jugak…
    nama abu hurairah…

    rindu lah kat beliau… ^^

      (Quote)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *