Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

Luluh Hati Terhadap Kegilaan Dunia

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Kegilaan dunia; aku kehilangan kata.

Kegilaan dunia; aku kehilangan kata.

Melihat dunia yang semakin menggila dengan kekejaman dan jenayah yang ada di mana-mana, membuat saya terfikir dan kehilangan kata. Dimanakah sifat perikemanusiaan?

Satu persatu isu akan timbul dan berubah seiring timbulnya isu yang baru. Dengan pantas sesuatu isu akan menjadi panas dan menjadi bualan di bibir setiap orang pada hari ini. Namun, masih.. Jenayah kian meningkat dan meningkat.

Sifat kemanusiaan.

Di sana, masih ada orang-orang yang bangkit dengan semangat pejuang dan mempertahankan yang hak dan yang tidak gentar terhadap kematian dalam pembelaan untuk meraih keredhaan ALLAh Ta’ala. Masih ada diantara jutaan manusia, dimana tidak langsung ada gentar dihatinya untuk berhadapan dengan musuh-musuh ALLAh Ta’ala!

Maka di mana keberadaan diri kita sekarang ini?

Sebagai anak muda, anak remaja; membuat diri ini terfikir. Atas usaha apa yang telah dilakukan oleh diri ini? Itu tidak termasuk isu-isu atau kejadian yang menjadi penyakit dalam golongan remaja masa kini — usaha apa yang telah dilakukan oleh diri?

Sungguh luluh dan terluka jiwa ini melihat dunia.

Namun apa yang pasti – melihat dunia hari ini – membuatkan suatu tanggungjawab dan amanah diletakkan dengan sendirinya di bahu dan bersoal jawab dengan diri sendiri, “apa penglibatan dirimu dalam hal ini?” Entah. Cuma berharap kegilaan dunia ini tidak dirasai oleh generasi akan datang. Dapatkah? Terlalu tinggikah harapan ini?

Sedih.

Allah, apa akan aku jawab pada-Mu nanti?
Allah, apa akan aku hadapkan pada-Mu nanti?

Semoga ALLAh merahmati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *