Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

Wahai Muslimat

Bismillahirrahmaanirrahiim

Wanita itu, lebih indah dari bunga. Malah, jauh lebih berharga dari permata.

Wahai Muslimat

Wahai Muslimat,
Tahukah engkau, dirimu ditangisi oleh pemimpin agung
Mengalir airmata, basah persalinan Akhiril Anbiya

Apabila ditanya,
Wahai Pemimpin yang Mahsyur,
Kenapa sampai begitu sekali ditangisi wanita?

Jawabnya sayu,
Kerana wanita penuh mengisi ruang neraka
Menahan pedih seksaan ALLAh

Wahai Muslimat,
Tidakkah engkau membaca sirah?
Maruahmu direndahkan dan dipijak sehancurnya
Oleh Kaum Adam Quraisy
Yang hanya menganggap dirimu
Sebagai pembawa nasib yang malang

Lalu datanglah Si Pemimpin Mahsyur
Membela kaummu yang sangat tertindas
Dengan ajaran Islam yang mulia

Wahai Muslimat,
Yang senipis rambut akalnya
Syaitan musuhmu yang nyata
Nafsu liar musuhmu yang halus lagi licik

Rendahkanlah diri dan hatimu
Tutuplah aurat dan jagalah suaramu
Jaga pergaulan dan pergerakan lidahmu
Seandainya berlebihan dari yang sepatutnya
Sudah pasti engkau tidak ingin mendapat
Kemurkaan Sang Khaliq

Lindungi seluruh tubuhmu
Jangan biarkan lelaki rakus menatap tubuhmu
Simpan buat Kekasih Halal yang disediakan untukmu

Bukan satu penderaan
Tapi satu kemuliaan

Wahai Muslimat,
Yang dimuliakan Pemimpin Mahsyur
Yang diangkat darjat Islam yang Syumul
Kembalilah ke jalan yang terbentang benar
Mari mencuba menjadi seperti Rabiatul Adawiyah

Kerana solehahnya dirimu
Maka bidadari di syurga turut cemburu padamu

Wahai Muslimat,
Kembalilah.. Jangan engkau benarkan dirimu
Melimpasi pintu neraka yang pedih
Kerana neraka itu, bukan bahan mainan
Melainkan satu ancaman bagi mereka yang berfikir

Ayuh!
Jadilah engkau Wanita Solehah
Yang dicemburui Bidadari Syurga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *