Tahniah, Abah!

Bismillahirrahmaanirrahiim.

[Ihsan dari Pak Google]

Antara banyak-banyak orang yang saya tak nak dekati adalah orang yang semasa merokok. Sungguh saya tak dapat tahan apabila bersebelahan dengan perokok. Seakan-akan hidung saya nak tersumbat. Terasa seksa memaksa hidung untuk bernafas dan menghidu asap rokok.

Saya tidak membenci si penghisap rokok. Tetapi agak sedikit tak senang dengan perbuatannya yang merokok itu. Dan, Abah saya salah seorang perokok.

Dulu, berkali-kali saya cakap dengan Abah, dalam nada lembut, gurauan, usikan.. Mengatakan bahawa merokok itu tidak baik untuk kesihatan dan di sisi agama. Kerana, ia memudaratkan kesihatan dalam jangka masa yang lama. Iya, saya bergurau.. Tetapi sebenarnya saya benar-benar maksudkannya.

“Abah.. Merokok tu tak baik. Orang yang merokok tu macam tak sayang anak isteri. Hah! Ingatlah orang yang tersayang wahai Abah..,” saya bergurau dengan Abah, dan Abah juga turu tersenyum.

Dan jawapan beliau,

“Alaa.. Merokok nda merokok ka, sama jak. Mati juga akhirnya, kan?”

Dan bermulalah sesi debat ala parlimen antara kami. Lucu juga bila teringatkan balik. Abah tidak mengalah, begitu juga saya. Sehinggakan, saya sering mengadu pada Mak supaya pujuk dan pujuk Abah untuk berhenti merokok. Tapi, seringkali mak merajuk-rajuk sayang kat Abah disebabkan jawapan setia Abah.

Dan hari ini, berapa minggu kebelakangan ini. Abah saya telah melakukan sesuatu yang menggembirakan saya, dan ia sesuatu yang istimewa bagi saya. Dan saya terasa bahagia.

Tahniah kepada Abah saya, Md. Yusop bin Amir.

Kenapa saya ucapkan tahniah? Kerana beliau telah berjaya menghentikan tabiat merokok tu. Dalam kiraan saya, hari ini genaplah seminggu beliau tidak menghisap rokok. Dan sekali lagi ingin saya katakan, saya amat gembira.

Dalam perubahan Abah untuk melawan nafsunya merokok, saya terlihat satu pengajaran yang agak biasa bagi semua orang. Oh ya, untuk pengetahuan.. Abah telah merokok sejak berpuluh tahun rasanya. Rasanya tabiat Abah merokok itu sejak zaman kanak-kanak kakak sulung saya lagi. Kakak sulung saya sudah hendak menjangkau 30-an, lihatlah betapa lamanya. Kalau sebelum kelahiran kakak sulung saya, bagaimana? Lamanya!

Pengajaran yang saya lihat.. Memang tidak mudah untuk meninggalkan tabiat merokok ini. Tetapi dengan azam dan kesungguhan serta mengingati orang yang disayangi, inshaAllah ia suatu pendorong untuk berubah. Saya cuba meletakkan diri saya kat posisi Abah, tentu sukar sekali bagi beliau. Tapi, alhamdulillah.

Well done, Abah!

Semoga ALLAh merahmati Abah di dunia dan akhirat.

2 thoughts on “Tahniah, Abah!

  1. moral of the story, jika orang2 tersayang di sekeliling kita tidak mahu mendengar nasihat kita pada 1 1 ketika..jgnlah berputus asa…bak kerak nasi, direndam air, lama2 lembut la tue..hehe

    salam singgah dari saya 🙂

      (Quote)

  2. Yep bro. Betul! 😀

    Kena nasihat dan nasihat lagi. Tak boleh paksa, cuma boleh nasihat aja.

    Thank you ziarah kembali.

      (Quote)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *