Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

Sesat Dalam Hutan Buku

Bismillah.

Jika terus membaca, kau akan tetap seorang pembaca. Dan jika kau terus menulis, kau akan tetap jadi seorang penulis.

Jika terus membaca, kau akan tetap seorang pembaca. Dan jika kau terus menulis, kau akan tetap jadi seorang penulis.

Kala aku telanjang, Tuhan berikan serban
Kulihat masih baru, Tuhanku memilihkan
Namun Tuhan mengikat, kuatkan ikatannya
Tangan kiri-kananku, sulit melepaskannya

Sudah larut malam. Gelas yang berisikan minuman coklat hasil dari ladang lembu di Kundasang, Sabah itu masih separuh. Aku baru lepas belek-belek untuk kesekian kalinya buku yang mengandungi puisi atau syair Imam Syafi’e yang disusun oleh Dr. Imil Badi’ Ya’qub. Pemerhatianku, dalam puisi beliau banyak sekali metafora. Hiperbola tu jangan cakaplah, kan. Tapi sejujurnya, ada sesuatu yang membuatkan kau rasa tenang.

Untuk bulan ini saja, aku membeli 10 buah buku. Jumlah yang sikit bagi pembaca tegar atau pun ulat buku. Tapi terpulanglah, ikut kemampuan masing-masing. Kalau ada buku yang sangat diminati tetapi tidak mampu untuk dibeli, maka apa guna perpustakaan awam dan kad ahlinya? Sengih. Dari jumlah 10 buah buku itu, aku baru habis baca 3 buah buku. Dan sebuah lagi sedang dibaca, baru sampai pada bahagian kata pengantar.

Ya, aku adalah manusia yang baca sesebuah buku dari kulit depan sampailah ke bahagian tajuk, bab demi bab, dan kata pengantar. Mohon jangan gelak di sini.

Semakin Kubaca Semakin Rasa Rugi

Pernah kau baca sebuah buku yang best? Sebab bestnya buku itu kau semakin hendak habiskan pembacaan kau, tapi dalam masa yang sama kau ada perasaan ‘eh janganlah habis cepat sangat’. Dan end up, kau lambat-lambatkan pembacaan padahal buku itu akan habis kau baca. Cuma lambat atau cepat saja.

Silalah mengaku dan sengih sendiri kalau kau jenis macam ni.

Tetapi sebenarnya apa yang membuatkan aku rasa rugi bila habis membaca sebuah demi sebuah buku? Aku rasa rugi bukan sebab buku tu. Cuma aku rasa rugi bila aku kurang menulis. Contoh situasi, bila aku ada kesempatan dan peluang untuk menulis tapi aku tak menulis pun. Sedangkan aku tahu benar bahawa setiap penulisan itu ada perasaan dan memori yang berbeza-beza. Faham tak maksud aku?

Macam ni maksud aku..

Jika kau pernah menulis sesuatu lama dahulu, dan bila kau baca kembali tulisan-tulisan kau, kau akan dapat recall semula apa perasaan dan automatiknya memori tulisan itu akan menggamit kenangan. Walaupun hanya kau seorang saja yang tahu.

Macam dalam dunia fotografi jugalah. Selalu kita dengar bahawa sekeping gambar ada memori dan cerita tersendiri. Maka begitu juga dalam penulisan. Bezanya, yang satu tu terhasil dek ditangkap oleh sistem cahaya, yang satu lagi terhasil kerana dituliskan dengan tangan. Namun dua-dua ada persamaan; emosi, kenangan, cerita dan memori.

Sifat Membaca Tidak Datang Sendiri

Seriously tabiat membaca, atau suka membaca buku boleh dipupuk. Dengan mata dan kepala sendiri, aku ada kenal ramai individu yang sebelum ini memang bosan baca buku, tapi sekarang dah macam ulat buku jadinya. See? Sebab tabiat membaca ini bukan lahir-lahir je terus suka membaca. Mesti ada dorongan dari sekeliling, atau ada kesedaran dalam diri sendiri untuk faham dan tahu kepentingan membaca itu sebenarnya besar manfaatnya! Membaca tu boleh kata, suatu makanan untuk otak sebenarnya.

Aku masih berpegang pada kata-kata aku suatu masa dahulu; dengan membaca, kita boleh mengembara ke serata dunia. Walaupun memanglah tidak secara fizikal. Tapi dengan cara perasaan dan mental. Sekurang-kurangnya perasaan kau dah sampai dulu.

Hihi

Mahu tahu? Aku ada kenal sebuah keluarga, yang mana anak bongsu dalam keluarga itu sangatlah ulat buku. Kalau pergi mana-mana, tiada benda lain yang membuatnya tertarik seperti kanak-kanak biasa melainkan buku-buku. Budak tu tidak gemar kepada mainan. Tetapi gemar kepada buku. Mesti kita expect budak-budak yang ulat buku ni nerd, kan? Untuk anak bongsu yang aku kenal ni, nope dia bukan begitu. Dan budak tu bukan seorang yang pendiam, ya. Seorang budak yang aktif dan banyak cerita adalah!

Bayangkan satu hari tu, that kid minta kepada ibunya untuk dibelikan set mainan. Dan ibu dia terus, “Yes! Yes! Yes! Why not, dear? Yes!” Ya Tuhan, reaksi mak dia bukan main lagi. Sebab anak dia sangatlah jarang untuk minta dibelikan set mainan.

Hendak katanya,membaca itu sendiri adalah proses untuk memupuk jiwa mencintai perbuatan membaca. Dan seiring waktu, bahan-bahan bacaan yang menarik minat kita juga mungkin akan berubah. Berbahagialah kau dengan buku.

Oh ya! Kalau kau seorang pelajar universiti, dan universiti kau ada perpustakaan, manfaatkanlah keberadaan kau di sana untuk pinjam macam-macam buku untuk dibaca selain dari buku-buku akademik. Rugi sangat rasanya kalau kau malas pi perpustakaan universiti kau, lepas tu merungut takda duit beli buku. Haish! Dan ingat, jangan lupa pulangkan buku yang kau pinjam. Jangan buat harta sendiri. Itu menempah naya. Nanti kena denda, tak dapat nak daftar subjek atau tak lepas nak konvo kang!

Sayup suara hatimu
terdengar oleh tulisan jari
bagai menyanyi merdu
namun tanpa suara berbunyi

Akhir sekali, jom jadi seorang pembaca!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *