Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

Karya Sulung – Allah Tidak Pernah Jauh

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Tuhan, anugerahkan kekuatan dan kesabaran kepada hamba-Mu.

Tuhan, anugerahkan kekuatan dan kesabaran kepada hamba-Mu.

Dimulai dengan sujud syukur. Memohon keampunan.
Hati tersangat gembira akan perkhabaran buku telah diterbitkan.

Allah Tidak Pernah Jauh —

Di dalamnya menyentuh mengenai kehidupan kita dari pelbagai sudut yang penuh dengan kembara, mehna dan tribulasi. Ia sesuai sebagai bahan bacaan oleh semua lapisan masyarakat khususnya golongan remaja yang masih berusaha mencantas ranting-ranting kehidupan yang adakalanya sukar difahami.

Setiap artikel ditulis dalam situasi yang berbeza-beza. Saya tulis, saya baca dan sahabat baca, mungkin lain sisi kefahaman yang kita perolehi. Walaupun begitu, saya harap ia tidaklah membebankan dan dapat membantu kita lebih mengenal serta mengerti tentang kehidupan. Buku ini lebih kepada perkongsian saya buat sahabat yang mungkin sedang bertatih dan cuba berdiri teguh di jalan-Nya.

Jika sahabat mencari ‘seorang kawan’ yang boleh dikongsikan cerita tentang kehidupan yang adakalanya tenang dan bergelojak, maka buku ini mampu menjadi ‘kawan’ terbaik yang melapangkan jiwa jika membacanya dengan penuh rasa.

Ia bersifat ringan kerana saya faham kehidupan ini tidak setiap masa perlu dibicarakan secara serius tanpa ada keringanan pada jiwa.

(Hajat) Amanah Padanya

Besarlah hajat yang dibawa oleh Buku Allah Tidak Pernah Jauh ini untuk kita merenung diri dan mengajak kepada kebaikan dalam mengharungi kehidupan. Harapannya agar kita tidak mudah terjatuh apabila Dia datangkan ujian.

Agar kita lebih redha dan tegu dalam keyakinan terhadap-Nya apabila jiwa terusik dengan lambaian jahiliyyah. Diharapkan juga agar semua itu nanti menjadi suatu kebaikan yang akan dipandang oleh-Nya di dunia sampai akhirat.

Semoga buku ini membawa kebaikan dan Dia mencatatnya sebagai amalan yang baik dan bermanfaat. Tinggi sangat doa dan harapan saya, semoga ALLAH Ta’ala menerima dan merahmati kita di dunia dan akhirat.

Semoga ALLAh merahmati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *