
Dunia dan Masa
Setiap saat anda mati dan kembali
“Dunia ini hanya seketika” sabda Nabi
khayalan kita ibarat anak panah
yang dipanahkan oleh orang Yang Maha Gagah
Sebagaimana anak panah tetap melayang di udara
sentiasa ia menuju sasarannya
kita pun menuju matlamat kita
kembali kepada Yang Maha Esa
Setiap saat dunia diperbaharui
kita tak sedar ianya bertukar ganti
Hari demi hari
saat demi saat tanpa henti
Kerana terlalu pantas, ia kelihatan berterusan
umpama puntung api dihayun-pusingkan dengan tangan
Masa dan waktu adalah kejadian
disebabkan oleh cepatnya tindakan Tuhan