Detik-detik Rahmat Itu Merata

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Twin Lense Reflex Camera Film
Twin Lense Reflex Camera Film

Kadang-kadang rahmat ALLAh Ta’ala yang kecil, kita terlepas pandang. Sama ada rahmat yang timbul dari kesenangan mahupun kegembiraan. Kedua-duanya adalah ujian.

Sebab itu nikmat yang kecil-kecil itu perlu kita hargai dan syukuri. Kalau nikmat yang kecil itu sudah kita jarang untuk syukuri, maka bagaimanakah nanti untuk kita mahu mensyukuri nikmat-nikmat yang besar yang lain?

Kadang-kadang manusia meminta hajat-hajat yang besar kepada ALLAh Ta’ala. Tapi terlupa bahawa hajat besarnya itu akan mudah terbina dengan menghargai apa yang ada di sekeliling. Dengan cara menghargai apa yang ada, maka boleh jadi hajat besarnya itu termakbul dan jadi kenyataan.

Abah Yang Setia Berkorban

Beberapa hari lepas dengan rasminya membeli kamera film manual. Tanpa ada bateri yang digunakan, maka bolehlah tangkap gambar di mana-mana, biar benam memori pada setiap kepingan gambar. Cumanya, yang leceh ialah gambar-gambar yang diambil tidak boleh dilihat sepertimana kamera yang canggih zaman sekarang.

Dan untuk detik rahmat yang satu ini, sehingga saat ini aku masih tersenyum-senyum mendengar kata-kata Abah petang tadi. Kehabisan film, Abah volunter diri untuk belikan film. Maka petang tadi beliau membawa kamera kenit tersebut, katanya senang nak bagi tengok orang kedai. Sesampainya di rumah, Mama panggil cakap kamera dah pasang film. Aku yang berada di atas meluru turun ke bawah dengan muka bersinar-sinar (haha), dengan serta merta mencapai kamera kenit tersebut lalu keluar rumah untuk menangkap sudut-sudut yang menarik hati. Abah tengok aja, dan sempat tangkap gambar aku dan adik bongsu.

Tadi lepas maghrib, sembang-sembang dengan Abah. Pelbagai topik dalam satu-satu masa. Sehinggalah ke topik kamera antik, kamera dulu-dulu; kamera yang flash besar teramat dan menyakitkan mata. Sampai satu saat Abah cakap, “Abah tak percaya kamera kecik tu boleh tangkap gambar sampai Abah nampak hasilnya!”

Aku tergelak serta merta.

Result Final Exam Lepas

Detik ini, membuatkan aku terus sujud syukur.
Betapa ALLAh Ta’ala itu Sangat Pemurah kepada aku.

Selesai memeriksa keputusan peperiksaan akhir sem lepas, alhamdulillahi ‘alaa kulli hal. Semuanya baik-baik saja. Ada peningkatan. Segala puji-pujian bagi Tuan Punya Dunia.

Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang semua work hard untuk belajar sama-sama. Dari face to face sehingga belajar hanya menggunakan medium teknologi yang ada sekarang. Aplikasi dalam telefon pintar dimanfaatkan sepenuhnya untuk berkongsi ilmu. Tabaarakallah.

Dan juga kepada yang tidak penat mendoakan dalam diam, menerbangkan doa-doa dari kejauhan.. Semoga ALLAh Ta’ala membalas kebaikan kalian dengan sebaik-sebaik ganjaran.

Untuk sem lepas, sangat manis setiap kenangan.

Abang Besar Bercuti Sekarang

Sebelah malamnya, AB sampai. Sekarang beliau sedang cuti semester. Sangat jarang boleh kumpul kesemua adik-beradik, tambahan semua dah besar, masing-masing ada komitmen masing-masing. Sebab itu, bila semua dapat berkumpul dan mengabadikan kenangan bersama-sama, terasa bertuahnya.

Cuma yang berempat ini sahajalah dapat berkumpul buat masa ini.

Ada waktu, kalau sangat bertuah– setahun sekali dalam beberapa minggu dapatlah bersua.
Kalau tidak, 2-4 tahun baru boleh bersua muka.

Kadang-kadang terasa, banyaknya waktu aku terlepas dengan adik-beradik aku — masa sedih mereka, aku di mana? Masa tangis mereka, tiada aku untuk menyimpankan bahu. Masa hari bahagia dan gembira mereka, aku terlepas berkongsi saat-saat itu.

Tapi untuk nikmat ada keluarga ini, sangat aku syukuri.
Tapi untuk nikmat ada keluarga ini, semoga redha Allah menyelimuti.

*hanyalah catatan istimewa
*sebuah catatan penghargaan detik rahmat Allah

Semoga ALLAh merahmati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *