Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

Review : Pilot Kakuno Fountain Pen

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Pilot Kakuno Fountain Pen

Pilot Kakuno Fountain Pen

Mengimbau segala kenangan kembali, apabila pulang berkunjung untuk bercuti ke Filipina, satu-satunya perkara penting yang menarik minat saya ialah Pen dan Buku. Waktu kecil, saya tidak kisah jika hanya duduk di rumah tanpa bersiar-siar makan angin di luar asalkan di tangan saya ada buku nota dan pen. Dan bila tiba masanya untuk balik ke Malaysia, saya masih ingat lagi kakak sulung saya akan bertanya, “Mahu kakak belikan apa?”

Jawapan saya, “Mahu buku diari. Buku diari yang ada kunci-kunci tu.. Dan pen sekali!”

Saya suka mencatat apa-apa sahaja di atas kertas. Orang yang paling bersabar dengan hasil contengan saya di atas buku nota yang menganduni terma-terma medik adalah abang saya (haha). Maka, untuk menghasilkan catatan demi contengan, sebuah pen berpengaruh besar. Tanpa pen, maka tiadalah namanya tulisan tangan. Melainkan taip di komputer.

Saya lari dari kebiasaan kali ini. Mahu berkongsi mengenai sebuah pen atau fountain pen yang sesuai untuk beginner dengan harga yang agak berpatutan untuk sebuah fountain pen.

Orang lain lama dah buat review. Saya baru nak buat. Tak apalah. Since tak ramai yang buat review mengenai pen ini di Malaysia dengan serius, maka sesuatu yang tak menyakitkan kalau saya buat. Buat apa yang kita suka, inshaAllah senang hati. Sengih.

Memperkenalkan, Pilot Kakuno Fountain Pen! *clap*clap*

Fountain Pen Untuk Pemula/Beginner

Sudah beberapa kali lalu di kedai pen yang ada di Sandakan ini, saya akan masuk dan melihat fountain pen yang tersusun cantik. Sesekali kalau rajin, saya akan bertanya dan melihat pen-pen yang berada di dalam kaca itu. Bertanya harga, ciptaan dari mana dan siapa penciptanya, tahun berapa. Size nib apa. Dakwat apa yang sesuai dan soalan-soalan yang seangkatan dengannya. Jangan terkejut sekiranya anda menjumpai pen yang harganya 3,4,5,6 ribu Ringgit Malaysia. Adakah? Yeap, ada! Saya tak tahulah sekiranya ada yang sanggup beli pen harga ribuan ringgit untuk sebatang pen sahaja. Tapi, semestinya ada. Kalau tiada permintaan, tiadalah wujud lagi di pasaran pen-pen yang semahal itu.

Baik, itu kisah fountain pen yang mahal. Tapi yang akan saya review ini, adalah sebatang pen yang harga mampu milik dan mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja. Dan faktor terpentingnya, sekiranya anda belum pernah menggunakan fountain pen sebagai alat menulis, maka pen ini adalah yang terbaik untuk anda belajar menulis dengannya dan belajar menulis tulisan cacing-cacing (bersambung-sambung). Sebelum itu, ada beberapa jenis pen yang ada.

1. Fountain Pen
2. Ballpoint Pen
3. Rollerball Pen

Pen yang selalu kita gunakan dari kecil sehingga melangkah ke alam kolej dan universiti sehingga ke alam pekerjaan adalah dari jenis pen Ballpoint Pen dan Rollerball Pen. Jarang-jarang sekali kita menggunakan fountain pen. Mungkin kerana di Malaysia khususnya, fountain pen hanya untuk orang-orang kaya atau orang-orang bekerjaya dan mempunyai jawatan besar? Entah. Saya kurang pasti. Mungkin juga kerana faktor harganya yang mahal.

Size F (Fine) Nib

Size F (Fine) Nib

Pilot Kakuno mengambil kesempatan untuk mencipta fountain pen yang paling termurah rasanya. Iaitu, Pilot Kakuno Fountain Pen. Kakuno dalam bahasa jepun bererti “untuk menulis”. Maka tema itulah yang diterapkan kepada pen ini. Golongan sasarnya adalah mereka yang baru belajar menulis menggunakan fountain pen untuk budak-budak sekolah, bahkan mereka yang dewasa. Cool, bukan?

Saya ada sebatang pen pilot kakuno ini yang saya beli beberapa minggu lepas daripada Ink Space atau Pen Ink Studios (https://www.facebook.com/inkspaces?fref=ts) beserta dengan sekotak dakwat Pilot Ink Blue Black yang mengandungi 12 bekas dakwat di dalamnya.

Ink mudah alih dari Pilot.

Ink mudah alih dari Pilot.

Dakwat seperti dalam gambar di atas ini, saya selalu bawa dan simpan dalam beg. Just in case sekiranya pilot kakuno saya tiba-tiba habis dakwat, maka saya dapat refill semula dakwat semudah 1 2 3. Cuma perlu pastikan kita masukkan dengan cara yang betul.

Mengandungi 12 bekas dakwat pakai buang.

Mengandungi 12 bekas dakwat pakai buang.

Tapi jika berada di rumah dan menggunakan pen pilot kakuno ini banyak waktu, saya akan gunakan Pilot Kakuno Pen Converter (CON-20) seperti dalam gambar di bawah.

Pilot Kakuno Pen Converter (CON-20)

Pilot Kakuno Pen Converter (CON-20)

Kalau anda jenis tak suka ink cartridge mudah alih, anda boleh dapatkan Ink Converter seperti di dalam gambar. Atau boleh juga dapatkan CON-50. Pada saya, saya suka kepada kedua-duanya. Dan saya pakai ikut kesesuaian keadaan atau yang mana saya selesa.

Dalam simpanan saya, ada juga dakwat dari Pelikan 4001 yang berwarna hitam.

Dakwat Hitam Pelikan 4001

Dakwat Hitam Pelikan 4001

Pretty cool, huh?

Pretty cool, huh?

Jujurnya, saya suka dengan dakwat ini. Tulisan tangan juga jadi cantik hasil dari struktur dakwat. Oh ya, dakwat juga ada macam-macam jenis. Yang murah dan yang mahal.

Senyum itu sedekah! =D

Senyum itu sedekah! =D

Simbol senyuman pada nib juga menambahkan ceria apabila kita ingin menulis. Kiranya, pandai juga Pilot bermain psikologi dengan pengguna fountain pen ini.

Ini contoh tulisan :

Contoh tulisan terhasil dari kakuno pilot fountain pen ini.

Contoh tulisan terhasil dari kakuno pilot fountain pen ini.

Tengok pada dakwat dan kualiti dakwatnya. Abaikan tulisan tangan itu!

Kesimpulannya? Saya suka pilot kakuno ini. Sangat sesuai kepada sesiapa sahaja yang baru mahu berlatih untuk memakai fountain pen, dan sangat sesuai juga kepada kanak-kanak jiwa mahu melatih mereka menggunakan fountain pen.

Berikut harga yang pernah saya beli :

1. Pilot Kakuno Red Fountain Pen (Fine Nib) – RM49.00
2. Pilot Pen Converter (CON-20) – RM12.00
3. Pilot Ink Cartridge (Black/12pcs) – RM22.50
4. Pelikan 4001 (Black) Ink Bottle – RM26.00

Boleh dapatkan di : Pen Ink Studios

Hurry up!
Grab one for yourself.

Semoga ALLAh merahmati.

3 Comments

  1. rushdan says:

    review yang bagus

    [Balas Komen]

  2. fitriah says:

    boleh terangkan kegunaan pilot pen converter tuu…tq

    [Balas Komen]

    Suhana Amiril Reply:

    Ink cartridge. Benda yang kita isikan dengan dakwat.

    [Balas Komen]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *