Hari Ini : Barokallahu Lakuma

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Cantik kan pokok ni? Sumber : Pak Google

Anda suka lihat pokok bunga? Ada tanam pokok tak? Bagusnya.

Hari Ahad yang indah. Subhanallah! Seawal pagi ke rumah Ukhti fillah untuk menjenguk sebelum saat majlis akad nikahnya. Dah nak jadi isteri orang, hati berkata.

Semoga perkahwinan berkekalan hingga ke syurga!

Barakallahu lakuma

Moga bahagia dalam rahmat ALLAh!

Dua-dua saya kenal, dua-dua saya rapat.

Semasa datang majlis tengahari tadi, sempat mengusik si Abang,

“Abang, sampai hati nak kahwin pun tak bagitau sms ke hape. Tengok-tengok dah nikah. Tak sangka dah jadi suami orang..” dan si Abang Pengantin Lelaki hanya tergelak.

Sang Isteri hanya tersenyum. Maklum dengan perangai saya yang menyakat tanpa disangka-sangka. Hanya berani berkata macam tu pada orang yang dikenali. Sengih.

Barokallahu lakuma wabaroka ‘alaikuma waljamaah bainakuma fi khair~

Semoga ALLAh merahmati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *