Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

Unknown Post Tonight!

Bismillahirrahmaanirrahiim.
Assalamu’alaikum kawan-kawan…

Malam ni terasa ketenangan. Alhamdulillah. Tapi, dalam ketenangan itu.. Hati terusik dengan sapaan perasaan hiba. Entah apa yang ingin dikhabarkan oleh perasaan hiba tersebut. Saya cuma dapat melayaninya. Mungkin hari ini ada sesuatu yang saya terlepas pandang. Atau pun ada sesuatu suruhan ALLAh yang tidak saya laksanakan dengan sempurna. Saya manusia biasa…

Mungkin saya sedang bermain dengan perasaan sendiri. Dan ia sesuatu yang kadang kala sangat menyakitkan. Hehe. Tapi, ALLAh izinkan, saya masih waras sampai sekarang. Bermain dengan perasaan sendiri juga adalah keunikan.

Keadaan kita dalam dunia ini, sehari-hari.. Teruji sendiri dengan contoh perbuatan, contoh kalam sendiri, contoh luahan rasa dan macam-macam lagi. Adakalanya kita terlupa terhadap sesuatu yang pernah kita lafazkan sendiri. Maka benarlah, kita harus saling hormat menghormati, nasihat-menasihati, ingat-mengingatkan. Sebab kita semua memerlukan satu sama lain. Tidak lengkap rasanya kalau tiada orang lain dalam hidup kita.

Oh ya.. Setiap dari kita melalui perjalanan hidup yang berbeza. Keadaan keluarga yang berbeza, persekitaran yang berbeza, rakan-rakan yang berbeza. Dan semuanya berbeza. Yang tidak berbeza hanyalah realiti yang kita ini adalah hamba kepada ALLAh. Tanpa-NYA, siapalah kita. Jadi, tidak pantas untuk kita berkehendak orang lain juga hidup seperti kita. Atau tidak pantas kita berhasrat mengubah segalanya dengan hanya sekelip mata. Ada rasa sakit? Oh. Lumrah..

Sedih.

Buat semuanya secara perlahan-lahan. Kita semua hanya mampu berusaha menasihati. Untuk memaksa, adalah bukan hak kita. Bukankah ALLAh itu pemegang kepada hati-hati kita semua. Maka, teruskan dalam memberi nasihat.

Tinta ini hanyalah apa yang lahir dari hati seterusnya diterjemahkan oleh jari-jemari dengan ayat-ayat yang tunggang langgang. Haha.

Apapun, malam ini memang malam yang indah. Bagi saya, setiap malam adalah malam yang indah.

Apakah keindahan malam ini masih terus kekal tatkala hancurnya dunia pada satu saat ketika mana ALLAh akan menunaikan janjinya? Tidak. Semua akan musnah. Dan bersediakah kita semua untuk hari kemusnahan tersebut?

Tepuk dada, tanya iman~!

Semoga ALLAh merahmati.

One Comment

  1. zik says:

    betul setiap malam ..adalah indah…

    [Balas Komen]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *