Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

Saya dan Bazar Ramadhan

Bismillahirrahmaanirrahiim.
Assalamu’alaikum kawan-kawan…

Sudah masuk 8 ramadhan. Kawan-kawan semua macam mana? Sudah pasang gear 5? Ke gear 6? Moga sudah pecut semuanya.

Bazar ramadhan memang sangat sinonim dengan bulan puasa ( yelah. kalau tak. taklah namanya bazar ramadhan). Kat sana, terdapat pelbagai makanan yang sedap-sedap. Andai pergi sana sekadar mencuci mata, percayalah. Jarang yang berjaya keluar dari bazar ramadhan tanpa ada sesuatu ditangannya. Tak percaya? Cubalah!

Berbanding buka puasa kat luar, saya lebih suka berbuka kat rumah. Tetapi kalau ada iftar bersama rakan-rakan, memang pergilah. Berbanding membeli belah makanan kat bazar tu, saya lebih suka berbuka dengan apa yang ada kat rumah (orang takda duit, miskin!).

Saya tak berapa suka pergi bazar. Dan setakat ni, memang tak pernah pergi pun. Sebab,

1. Setiap kali rasa nak membeli kat bazar, rasa macam membazir je. “Berbuka dengan ala kadar jelah. Telan je air kosong ke air manisan kat rumah tu,” bicara hatiku. Dan boleh dikatakan saya kedekut untuk membeli juadah. Hehe.

2. Bila masuk bazar tu, mesti kelihatan banyak jenis kuih-muih, makanan, minuman dan yang sama waktu dengannya. Maka, tidak kurang juga aroma makanan tu semua. Bila dah bercampur baur, nak tengok siapa punya aroma paling sedap, maka aroma jadi lain macam. Maka saya akan kepeningan dengan pelbagai aroma tersebut. (‘=.=)

3. Pergeselan antara lelaki dan perempuan akan berlaku. Terlanggar bahu sana, terlanggar lengan sini. Bagi yang pandai nak menyelit tanpa tersentuh, alhamdulillah. Anda tahu menjaga batasan aurat. Tetapi kebanyakan yang saya lihat, pergeselan tetap akan berlaku. Dan ini bagi saya amat menjengkelkan. Yelah, mungkin pertama tidak sengaja, kali kedua juga tidak sengaja, kali ketiga juga tidak sengaja, dan seterusnya. Jadi, nak tanya apa perasaan anda semua? Tiada sensitivitikah~? Oleh itu, berhati-hati. Berhati-hati juga, sebab sebelum ni ada kes lelaki meraba perempuan. Nasiblah..

4. Kalau nak mencuci mata juga, pergilah bazar. Nah, -1 sensitiviti.

5. Terakhir sekali, kurang senang hendak ke sana sebab, kebiasaannya akan terbeli makanan mengikut telunjuk mata ( err! telunjuk mata? ) Akhir sekali, yang dibeli tak habis dimakan. Kat situ, berlaku pembaziran. Isk. Sungguh tak baik. Ianya amat menjengkelkan.

6. Saya seorang yang agak cerewet. 😀 Dan makanan yang saya beli, saya akan periksa terlebih dahulu. Hep! Ini sangat penting untuk semua orang, lebih-lebih yang Islam. Mencari yang halal itu adalah fardhu, dan yang halal itu meliputi soal kebersihan. Jadi, pastikan makanan yang anda beli itu bersih ya kawan-kawan.

Pernah adik membelikan martabak daging. Lepas tu saya tanya macam mana abang tu buat? Tanya punya tanya, abang tu jual kat situ dan memecahkan telur kat situ juga, yang fresh diambil dari kotak. Err, dan saya was-was kalau telur tersebut belum dibasuh. (‘=.=) Tapi bersangka baik. Abang tu dah basuh dari rumah agaknya.

Entri ini bukanlah bererti saya anti dengan bazar ramadhan tu. Haha. Cuma itu adalah kelemahan dari diri saya sendiri yang memang macam itulah. Mungkin akan pergi, tapi bukan dalam masa terdekat. Nafsu belum meronta nak makan yang ada class sikit. Hehe.

10 Comments

  1. Thoha says:

    salam. saya setiap hari pergi bazar ramadhan..banyak gak duit melayang setiap kali pergi bazar ni..

    [Balas Komen]

    Ya Habibi Reply:

    Wa’alaikumussalam..

    Kan? Kena bawa duit sikitlah. Hehe.

    [Balas Komen]

  2. AMiRU says:

    Hmm.. aku kalo pergi bazaar ramadhan, kena bawa duit sikit.. Kadang2 asal ada duit dlm poket, nak aje membeli.. Ish ish ish

    [Balas Komen]

    Ya Habibi Reply:

    Bro Amir,

    kekadang rambang mata nak pilih nak makang yang mana satu.
    kalau boleh nak rasa semua sekali. hehe.
    Tips yang bagus, bawak duit sikit. 😀

    [Balas Komen]

    AMiRU Reply:

    Make sure kawan xde duit untuk dipinjamkan. Kalo x nanti pinjam duit kawan pulak. Hahah

    [Balas Komen]

  3. zik says:

    nak buat macam ne berniaga… dugaan… mata…

    [Balas Komen]

    Ya Habibi Reply:

    Sabar Akhi Zik..

    Jangan tutup mata sudah, sebab bro sedang meniaga. Hehe.

    Dugaan dibulan ramadhan neh~

    [Balas Komen]

  4. ariffah9 says:

    saya pandai menyelit tanpa tersentuh! hehe.. 🙂

    p/s: saya pun xsuka sgt tp kdg trpksa ikut kakak sndiri jgk..hehe

    [Balas Komen]

  5. wah, bazar ramadhan, pasti seru 🙂

    [Balas Komen]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *