Bismillahirrahmaanirrahiim.

Biskut yang ‘fresh’ disaluti coklat!
Hari ini saya buat biskut almond london. Nak tengok macam mana rupa biskut almond london ni, anda tengok gambar kat atas ni. Nampak sedap. InshaAllah, rasa pun sedap.
Sebelum jam menginjak ke angka 12 malam tadi, semua kerja sudah saya selesaikan. Dapur semua dah kemas. Bekas-bekas dah basuh. Dan semua biskut almond yang saya buat, sudah siap ditempatkan ke dalam bekas.
Kenapa dah lepas raya masih buat kuih/biskut~?
Sebab, saya suka hendak menjamu selera tetamu yang datang ke rumah. Ini sudah kali ketiga saya buat biskut ni. Alhamdulillah. Laku sungguh berbanding kuih/biskut lain. Bukan tetamu sahaja, orang dalam rumah pun suka makan biskut ni. Jadi, apalah salahnya jika kita hendak buat lagi. Apa yang penting, jangan lakukan pembaziran. Membazir itu amalan syaitan. Dan pembazir itu adalah sahabat syaitan.

Meneruskan proses~
Dari mana saya belajar buat biskut ni? Buku. Tidak. Saya belajar ini dari internet. Zaman sekarang sudah canggih, semuanya di hujung jari. Apa yang perlu, anda buat dan anda rasa keseronokan membuat. Jadi saya kira, baik juga jika saya kongsikan bahan-bahan/resepi ni.
Saya suka berkongsi.
Bahan-bahan Biskut Almond London
- 200 gram tepung jagung
- 300 gram tepung gandum
- 2 sudu tepung beras
- 1 sudu tepung penaik @ baking powder
- 250 gram mentega
- 125 gram gula halus
- 1 biji telur
- 1 sudu esen vanila
- 50 gram serbuk badam
- 200 kacang badam ( digoreng tanpa minyak. Kalau nak, beli. )
- 50 gram badam cincang (untuk hiasan di atasnya )
- 700 gram coklat masakan (yang ni kena agak sendirilah banyak mana )
Cara-caranya
- Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
- Masukkan telur dan esen vanila. Pukul lagi kemudian masukkan serbuk badam.
- Masukkan sedikit demi sedikit adunan (tepung jagung, tepung beras, tepung gandum, serbuk penaik. [Tepung-tepung ni kena ayak dulu. Kalau tak nak ayak pun, terpulang. Dan sila masukkan sedikit demi sedikit, okay]).
- Gaul semuanya sehingga menjadi adunan doh.
- Bentukkan adunan tadi menjadi bentuk bulat atau ikut suka bentuk apa. Dan kacang badam seperti di senarai bahan-bahan tadi, masukkan ke dalam bentuk yang anda buat. Ikut suka. Saya letak di atasnya.
- Masukkan di dalam dulang pembakar. Nak letakkan dalam mangkuk kertas dahulu, baru masukkan dalam ovan, boleh. Nak bakar tanpa mangkuk kertas pun boleh Tapi pastikan duang pembakar disapu dengan sedikit mentega agar tidak melekit.
- Bakar dalam suhu 200c, dalam masa 15 – 20 minit.
- Sementara menunggu masak. Maka, anda boleh masak coklat masakan tadi dengan cara ‘double-boiled’ (Ambil satu bekas yang sedikit besar berisi air, dan letakkan satu lagi bekas yang lebih kecil dari bekas pertama di atas air itu. Bekas kedua ni letakkan coklat di dalamnya).
- Apabila biskut sudah masak dan coklat sudah cair, maka anda boleh letakkan coklat tadi di atas biskut.
- Dan jangan lupa untuk letakkan di atas biskut yang sudah disaluti coklat tadi dengan badam cincang, untuk mencantikkan lagi biskut almond london. Siapp!

Dah siap!
Apabila coklat sudah keras, maka anda boleh makan. Nyum! Nyum! Nyum!
Sukatan bahan-bahan di atas boleh menjadi sehingga 20 – 30 biji biskut. Malah lebih lagi jika anda membentuknya dengan lebih kecil. Dan kos untuk bahan-bahan di atas dalam RM15 – RM 20 ke atas.
Jika anda pandai mencari bahan-bahan yang harganya tidak mahal, maka anda lebih jimat. Pandai-pandailah sahabat semua mencari ya. Apapun, bahan yang paling mahal saya beli ialah coklat masakan. Selain itu, semuanya setiap satu di bawah RM5.
Semoga ALLAh merahmati.





sedapnya kek armond london…. wahh sedihnya sudah pulang ke kota…
[Balas Komen]
Ya Habibi Reply:
September 18th, 2010 at 9:54 pm
Bro Zik,
Memang sedap bro. Lebih-leboh tang coklatnya. Nyum3~!
Takpa, nanti boleh balik desa lagi, kan?
[Balas Komen]
woahhh. pandai weh buat kuih rupanye. bagus3.
[Balas Komen]
Ya Habibi Reply:
September 18th, 2010 at 9:53 pm
Hehe.
Bro eyl, buat kuih sikit bolehlah. Tak pandai pun.
Btw, selamat berjuang kembali! Dah nak balik kolej kan?
Chayok~ Chayok bro! =)
[Balas Komen]
uik zik bukan kek sayang tapi kuih dah apalah huhu..
[Balas Komen]
uik zik bukan kek le tapi kuih le adehhh
[Balas Komen]
Ya Habibi Reply:
September 19th, 2010 at 3:33 pm
Hehe. Ada correction neh~ ^^,
[Balas Komen]
Sis, saya dah lama nak buat almond london nih tapi ayah suka makan tat nenas, so tiap tahun pun saya n mak dahulukan wat tat nenas..
Balik kg ni nk try wat la biskut nih
[Balas Komen]
Ya Habibi Reply:
September 21st, 2010 at 8:48 pm
Hehe. Alhamdulillah. Mak suka juga suka tat nenas.
Esok-esok dah buat, nak sikit boleh? Heh. ^^,
[Balas Komen]
kalo nk guna coklat biase coklat ape erk
[Balas Komen]