Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

Sahabat Baru Saya, Jojo dan Joji

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Bersendirian Tak Bermakna Keseorangan

Alhamdulillah. ALLAh masih memandang kita semua dengan pelbagai cara yang hanya diketahui oleh-Nya. Kasih-Nya melimpah ruah berhamburan di atas muka bumi. Hanyasanya, manusia yang tidak berfikir dan tidak mahu berfikir akan rahmat kasih-Nya.

Sudah lama blog ini tidak dikemaskini. Bukan sebab ketiadaan internet, bukan juga sebab tiadanya laptop. Tetapi kerana perasaan yang sedang sakit dan sedang cuba menerima cubitan daripada ALLAh SWT. Idea yang datang mencurah-curah nak menconteng di sini memang ada. Namun emosi pula menghalang jari untuk menarikan di papan kekunci. Kadang-kadang terasa menyeksa emosi dan perasaan.

Bukan senang untuk ‘menjadi patung’ atau menjadi seperti ‘budak-budak’ yang tidak terkesan oleh apa-apa kejadian. Pilu? Memang sakit.. Tapi kan, perasaan sakit itu adalah sesuatu yang unik. Indah.. Jadi, sama-samalah belajar untuk terus bertahan. Bukankah apa yang ada di dunia ini semuanya tidak kekal melainkan apa yang ALLAh telah amanahkan kepada kita?

Eh. Terlebih sudah! Saya nak kenalkan sahabat dan ahli keluarga baru saya.

Kenalkan

Nama saya Jojo

Bagi memberikan oksigen untuk otak.. Saya telah pergi ke pasar minggu untuk melihat hamster, arnab, kura-kura dan macam-macam lagi. Bila sampai kat bandar tadi, terdetik hati nak pergi tengok makhluk ALLAh semua tu. Teringin nak bela…

Burung merpati yang saya bela semua dah berjumlah 7 ekor. Kalau nak dikira termasuk yang dah mati, lebih dari 10 ekor semuanya. Banyak kan? InshaAllah.. Nanti burung-burung tu akan mendoakan kita.

Nak beli hamster, tapi belum cukup bersedia. Agak fobia sebab dah banyak kali bela hamster, mati je. Paling lama bertahan selama 6 bulan lebih. Kali terakhir bela hamster, hanya bertahan selama 4 bulan lebih. Terasa rindu dengan gelagat-gelagat hamster tu semua. InshaAllah.. Nak cari maklumat yang cukup dulu mengenai penjagaan hamster. Termasuk kura-kura ni juga..

Bila dah bela haiwan, maknanya.. Adalah amanah bagi kita untuk menjaganya dengan baik. Apabila kita beli, lalu kita mengabaikannya, maka kita dah berbuat zalim terhadap haiwan. Kat akhirat sana, pasti dipertanggungjawabkan.. MashaAllah.

Nama saya Joji

Kecil sangat kura-kura yang saya mula bela ni.. Harapnya akan bersama sama sehingga kura-kura dua ekor ni membesar. Satu kepuasan bagi saya apabila menjaga sesuatu haiwan itu dengan baik dan melihatnya aktif ke sana ke mari.

Lupa nak sebut nama… Nama kura-kura dua ekor ni adalah Jojo dan Joji. 🙂

Dalam nak buat apa-apa dalam hidup, kita hanya mengharapkan redha ALLah. Kura-kura ni walaupun kita bela dan nampak macam benda remeh aja, inshaAllah.. Tanamkan dalam hati, bela makhluk ALLAh yang bernama haiwan juga untuk mendapatkan keredhaan ALLAh.

Sampai disinilah sahajalah rasanya. Let picture tell the story..

Petang ni nak baiki dan susun atur pasu-pasu bunga, bersihkan akuarium ikan, bersihkan rumah burung merpati, dan kucing saya Rasya, dah mandikan tadi pagi sebelum jalan. Alhamdulillah.. Kalau sempat, nak tanam pokok jambu pula nanti. Wallahu’alam.

Semoga ALLAh merahmati.

One Comment

  1. persahabatan bagai kepongpong, hehe

    [Balas Komen]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *