Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

Peperiksaan Akhir Sedang Menziarahi

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Peperiksaan akhir yang lumrah.

Peperiksaan akhir yang lumrah.

Intro :

Atas kesunyian blog dari sebarang kemaskini, mohon salahkan kemunculan peperiksaan akhir bagi seluruh pelajar-pelajar KIPSAS. Tidak terkecuali saya sendiri.

Ehem! *batuk-batuk

Walhalnya, bukan waktu peperiksaan akhir pun memang jarang blog ini dikemaskini. Ye dak? Senyum. Eh tak, kalau bukan waktu peperiksaan akhir dan hari-hari biasa, biasanya empunya blog sibuk dengan assignment yang berlambak dan tugasan sana-sini.

(Panjangnya intro; nak salahkan urusan dunia pula dia!)

Pelajar Tahun Akhir, Semester Akhir

Peperiksaan sedang berlangsung bermula dari 20 Oktober 2014 sehingga tepat pukul 12 tengahari hari pada 5 November 2014. Yeah, that’s it! You read it right, buddy!

Tiadalah yang diharapkan, melainkan tembakan doa sahabat-sahabat pembaca blog ini, semoga saya dan kawan-kawan seperjuangan saya dipermudahkan oleh Allah SWT, berjaya dan berguna serta bermanfaat buat ummah. Semoga kebaikan kalian, Allah ganjari.

Sebagai pelajar tahun akhir dan secara langsungnya semester akhir, banyak sungguh yang boleh dirumuskan sepanjang perjalanan yang tidak terlalu sekejap dan tidak terlalu lama. Sehingga hari ini, tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa, diri sendiri masih tidak menyangka akhirnya berjaya juga sampai ke hari ini.

Tipulah bagi seorang pelajar, kalau sepanjang dia belajar tu; tak pernah rasa tension atau stress, tak pernah rasa tak dapat teruskan, atau tak pernah rasa terbeban dengan semua tugasan yang diberikan oleh para pensyarah.

Ye dak? Senyum.

Malah ada kes yang pada study week pun, boleh lagi buat adegan menangis seorang diri sebab takut dan stress pada masa yang sama. Perlahan-lahan masuk bilik mengasingkan diri daripada kawan-kawan buat seketika dan menangis puas-puas. Lepas tu keluar bilik dan berlagak seperti biasa siap boleh gelak-gelak lagi macam tiada apa-apa terjadi.

Siapalah tu, kan? (Hahaha)

Itu semua normal. Berasa lemah dan jatuh itu, lumrah hidup. Kalau jatuh, kita mesti bangun. Asal jatuh sahaja, kita mesti bangun. Jatuh itu tidak salah. Tapi yang salahnya adalah jatuh tidak bangun-bangun sesudah itu.

Tetapi perlu ingatkan selalu diri sendiri, bahawa;

Jadinya kita seperti hari ini, seperti kita yang sekarang ini, bukanlah kerana usaha kita seorang diri semata-mata. Jika difikir-fikir dan imbas kembali saat-saat yang lalu, kita sebenarnya menerima banyak pertolongan daripada ramai orang untuk memudahkan kita.

Kepada seluruh pelajar Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS), selamat menempuh peperiksaan akhir 2014! Semoga kejayaan milik semua.

ALLAh Maha Baik —
mohon pertolongan dari Dia;
dari Dia semua pertolongan.

Semoga ALLAh merahmati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *