Peperangan Dengan Pena – Hampir Selesai

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Akan ada suatu saat, kau akan merindukan lelahnya belajar.
Akan ada suatu saat, kau akan merindukan lelahnya belajar.

Pernah ada seseorang itu, balik dari kuliah dan sesampai di bilik, duduk di kerusi. Kedua-dua lengan diletakkan di atas meja belajar. Menyedari akan hakikat peperiksaan akhir akan menjelma tidak lama lagi. Masing-masing sudah jadi hantu library

Serta merta bayangan wajah ibu dan ayah di rumah terpapar bersih di layar minda. Bayang Rasulullah SAW juga turut bermain sama. Malah, perintah Tuhan Punya Dunia menekan bahu dengan bebanan. Mengoreksi kembali perjalanan hidup sebagai seorang pelajar selama beberapa bulan itu. Adakah hanya penat lelah yang dikecapi?

Dia terus memandang kawan-kawannya. Selang beberapa minit kemudian, dia meluru masuk ke tandas. Di hadapan cermin tandas itu, dia menyaksikan kulit wajahnya perlahan-lahan bertukar menjadi merah. Airmatanya mengalir deras. Mata menjadi merah.

“Sudah amanahkah aku sebagai seorang pelajar?” Getus hati.

Selama beberapa ketika menangis, dia membasuh muka.
Menghilangkan kesan tangis. Hahaha *sengih*

Ada beberapa benda yang dipelajari dalam satu masa.

Perkara Satu – Mengenal Kawan

Bukan pertama kali melalui peperiksaan akhir bersama kawan-kawan. Namun peperiksaan kali ini lebih mengajar sesuatu. With many cases that we have to memorize, that wasn’t so easy to deal with. Ada berbelas-belas kes untuk dihafal dan difahami. Dan ada banyak subjek syariah yang perlu dihadam. Maka saat ini fungsi seorang kawan kelihatan.

Bila tertidur, dikejutkan. “Bangunlah. Jom stadi sama-sama!”
“Eh, bukan! Itu kes mengenai plaintif yang bla bla bla,” jika terlupa, diingatkan.

Dan bila seorang kawan mengeluh, hilang keyakinan seketika, “Aku takutlah. Aku takut tak dapat nak jawab. Aku takut blank nanti.. Tentang fiqh kot. Tentang dalil itu dan ini..”

Maka seorang kawan yang prihatin akan menenangkan, “Hey! Chill la. Jom stadi sama-sama. InshaAllah boleh. You just need to be relax. Keep calm and memorize all this stuff, oke? We have Allah, yes? You’ve studied as well. Don’t despair, Sis!” Angguk. Senyum.

Perkara Dua – Timbang Rasa

Musim-musim peperiksaan akhir juga adalah musim yang sangat menggugah kesabaran jiwa. Oleh kerana masing-masing dengan sasaran masing-masing dan sedang fokus ke arah itu, maka timbang rasa sesama sendiri sangat perlu sebenarnya.

Ketika bercakap.
Ketika berada di dalam bilik.
Ketika perlu tahu bilakah sesuainya untuk memasang lagu.

Ketika kena faham sendiri bahawasanya kawan itu perlu untuk bermunajat dengan doa-doa permintaannya, maka hormatilah privasi dia dengan Tuhannya. Sebolehnya, janganlah melanggar hormat kepada Tuhan. Siapa tahu, lewat doa-doa itu, doa untuk kita juga ada. Maka, bersangka baik dan mohonlah juga kepada Tuhan.

Bila diteliti, musim peperiksaan akhir juga adalah musim semua sentiasa berada pada level sensitif agaknya. Barangkali. Iyalah, masing-masing dengan sasaran yang terbenam di lubuk jiwa. Andai ada manusia lain menguji sabar, pastilah hati kecil itu akan mengecut.

Perkara Istimewanya – Semoga Kerana Allah

Segala penat lelah. Tidak cukup tidur. Dan semestinya banyak hari dalam waktu-waktu yang berlalu sehari-hari, tidak memenuhi panggilan tilam. Hanya semata-mata mahu berusaha melunaskan tanggungjawab. Perkara belajar bukan main-main, maka niat bukankah perlu sentiasa dibersihkan kotorannya? Agar tidak tersasar dari landasan.

Dan semoga segala debar, dibayar oleh-Nya dengan tawakkal dan rasa cukup.

Mencari ilmu untuk tahu. Sudah tahu, maka ilmu itu perlu diamalkan. Sudah diamalkan, maka cari jalan untuk dimanfaatkan. Dan seterusnya, lagi dan lagi misi untuk pencarian ilmu!

Kepada yang mendoakan dari jauh, terima kasih daun keladi. Dan semoga doa-doa kebaikan juga akan dikembalikan kepada anda semua. Atas penerbangan doa secara senyap, bukankah malaikat itu tidak pernah culas dalam tanggungjawabnya? Pastinya Tuan Punya Dunia juga ada ganjaran untuk anda yang pemurah. *senyum*

Terima Kasih Daun Keladi

Kepada yang sentiasa memastikan bahawa kawannya sentiasa stadi, terima kasih diucapkan. Juga kepada yang sentiasa menghabiskan bateri fon dengan cepatnya kerana asyik ber-whatsapp kerana bertukar-tukar ilmu, hanya ALLAh yang tahu bagaimana itu sangat membantu dihiasan dengan emoticon yang entah-hape-hape. Hahaha.

Dan kepada yang menghantar SMS pada waktu di sepertiga malam akan soalan-soalan yang berkaitan, ketika diri ini bangun membuka mata, merenung jam dan meraba-raba fon di sisi, tersenyum sendiri. Betapa ALLAh itu hadirkan orang-orang yang baik dalam hidup ini.

Juga kepada kamu, yang sanggup bersusah-payah tolong turun untuk menyerahkan nota-nota penting dan menunggu dengan sabar. Terima kasih diucapkan.

Oh ya, dan juga kepada yang sangat up-to-date memanfaatkan teknologi untuk stadi sama-sama di WeChat, perbincangan kita juga sangat membantu. Orang lain mungkin akan memandang kita-kita ada ketikanya tidak stadi pun, rilek-rilek saja. Padahal pada hakikatnya, dengan menekan-nekan punat itulah cara menyegarkan minda mengingat fakta.

Kadang-kala, waktu cuak untuk menjawab timbul diantara sesama, maka ada sahaja sampukan yang agak menyentap, tetapi dalam diam-diam sangat memberi semangat.

“Jangan cuak. Jangan takut. Dunia semua ni, dunia. When we have Allah, why must we afraid to anything in this world?” Kata-kata itu walaupun boleh dipertikai sesama budak undang-undang, tapi kerana mahu membiarkan semangat dari kata-kata itu masuk ke kalbu, maka keyakinan terhadap ALLAh Ta’ala makin bertambah-tambah.

Jazakumullahu khairan jazaa’.
Tinggal ada satu sahaja lagi paper. Moga ALLAh Ta’ala permudahkan.

Kepada kawan-kawan di IPT seluruh Malaysia, selamat menempuh peperiksaan akhir.
Ingatlah, bukan peperiksaan akhir itu sebenarnya tujuan kita. Ia hanya laluan. Chill, oke!

Semoga ALLAh merahmati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *