Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

Penggenggam Hujan

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Penggenggam hujan, akan terus menggenggam.

Hujan di luar semakin lebat. Ada keinginan yang timbul dalam benak.

“Nak mandi hujan.” Begitu ayat yang kunyatakan sambil memandang rakan sebilik yang sedang menghadap laptop.

Dia membuat muka, “Jangan eh. Dahlah selesema.”
Dan aku hanya tersengih.

Aku memilih untuk diam berbaring di katil yang hampir dengan tingkap. Kelihatan dengan jelas rintik-rintik hujan yang turun membasahi bumi. Benar, ada ketenangan padanya. Aku menilik diri melihat beburung beterbangan dari dahan pokok yang dihinggapi apabila hujan semakin lebat.

Semalam, sungguh aku hilang pertimbangan. Dan mungkin silapnya ada pada diriku sendiri. Aku yang banyak kekurangan, banyak cacat cela dan keburukannya. Bila difikir kembali, sakit sungguh apabila menyedari bahawa semalam itu, pelakunya adalah aku.

Emosi menguasai akal. Titik.

Dan hujan, sekali lagi mengajari diriku akan suatu perkara; Aku ingin menjadi seperti hujan. Yang hakikatnya kelebatannya adakalanya tidak disukai oleh manusia. Tetapi ramai yang tidak sedar dan berpura-pura tidak tahu bahawa, di hujung rintik hujan itu terkandung rahmat dari Allah Ta’ala.

Dan apabila hujan itu sekian lama tidak membasahi bumi, manusia pula yang akan merintih dan mencari-cari mana kehadiran hujan untuk menyejukkan suhu bumi.

Wahai orang (aku) yang hilang pertimbangan, walaupun kau bukanlah orang yang baik untuk digelar penyabar, tapi tidak rugi jika kau bersabar dari hilang pertimbangan.

What past is past.
It’s just a useless thing if you sigh-ing~ right now.

Penggenggam Hujan,
tabahlah menjadi hujan yang sekejap didambakan. Dan sekejap dilupakan.

2 Comments

  1. sea_lavender says:

    nice 😉
    erm hujan memberi rahmat pada kte…
    kdgkala kte tidak sedar tntg itu…
    namun saat memerlukan kte merintih2 inginkn hujan tu..
    moga Allah memberikan kesabaran pada kamu 🙂

    [Balas Komen]

    Ya Habibi Reply:

    Betul.
    Moga yang sama juga untuk kamu =)

    [Balas Komen]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *