nota pagi 29 ramadhan 1435H

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Duduk di sini. Ditemani sendiri. =)
Duduk di sini. Ditemani sendiri. =)

Hari yang ke-29 dalam bulan ramadhan pada tahun 2014 ini.

“Dan tidaklah kehidupan di dunia ini melainkan senda-gurau dan permainan belaka dan sesungguhnya perumahan akhirat adalah kehidupan yang sebenarnya, jikalau mereka mengetahui.” (Surah al-Ankabut: 64)

Duduk di ruangan ini sambil sesekali melemparkan pandangan ke jalanraya yang sibuk dengan selang-seli kenderaan. Sesekali juga menaip dan berhenti dan mata menyapa langit yang dalam keadaan baik-baik sahaja menghirup ilham barangkali.

Teringatkan satu ketika dahulu; pagi yang baik-baik sahaja waktu itu. Pasang kasut sukan. Earphone dimasukkan ke dalam tudung sehingga menemui telinga. Dengan volume yang terkuat sehingga bunyi-bunyi luar tidak tertangkap oleh pendengaran.

Lari dengan penuh semangat. Sebenarya lebih kepada geram. Geram terhadap diri sendiri kerana berada dalam situasi kehidupan pada saat itu. Tiada siapa yang dapat disalahkan. Mahu menyalahkan orang sekeliling, tiada gunanya. Mahu menyalah Allah, walaupun pada waktu diri bukanlah baik, tapi tidak berani untuk terniat sedemikian. Maka, pilihan yang ada, adalah geram terhadap diri sendiri. Ya, diri sendiri.

Atau ayat yang mungkin lebih tepat adalah, menyalahkan diri sendiri.

Pernah tertanya-tanya tak? Kenapa perjalanan hidup kita di dunia ini dalam pencapaian apa sekalipun terasa lambat berbanding orang lain? Maka kita mulai mengingat-ingat kembali peristiwa terdahulu dan mencari-cari sebab untuk dipersalahkan? Akhirnya kita akan sedar bahawa tiada siapa yang dapat kita salahkan melainkan diri kita sendiri. Dan kita masih juga mencari alasan lain untuk dipersalahkan sehingga jiwa kita tidak berdamai dengannya.

Dan pekara itu akan berlarutan hari demi hari.

Disebalik kekerasan, kedinginan terhadap dunia, kekuatan dan ketidakpercayaan terhadap manusia sekeliling yang asing, ada satu peristiwa yang sangat-sangat membekas dihati. Dan peristiwa itu sangat benar-benar buat saya rasa bersyukur dengan banyak perkara. Namun perkara yang paling dalam sekali dihati ialah —

Allah Ta’ala berikan peluang untuk pandai membaca kalam-Nya. Allah Ta’ala berikan kehidupan ini untuk mengenal Dia dan ciptaan-Nya. Allah Ta’ala beri makan minum yang cukup. Allah Ta’ala berikan rumah tempat untuk berteduh.

Setiap manusia pernah melalui tempoh-tempoh yang sangat tenggelam dalam hidupnya. Dan tempoh itu akan sentiasa diingati sampai ke tua. Namun, seseorang yang paling bijak adalah seseorang yang tidak akan pernah kembali jatuh ke dalam tempoh tenggelam yang pernah dialaminya. Kita sentiasa belajar dengan masa lampau.

Dan saya, pagi ini, hari ini, masih tetap seorang hamba yang masih sedang berusaha dalam hidup untuk menjadi seseorang yang berguna kepada penciptaan Allah Ta’ala akan manusia dimuka bumi ini. Masih lagi berusaha dengan keras untuk menjadi seorang hamba yang hanya melihat redha Tuhannya sebagai kehidupannya. Masih belajar, masih.

Tolehlah ke belakang sesekali, ingatkan dirimu tentang siapa dirimu yang dulu. Dan kau akan dapat satu alat yang nanti akan menolakmu ke depan untuk menjadi lebih baik.

Dunia, adalah kehidupan yang indah. Namun tidaklah kekal. Tiada yang bererti. Senda gurau didalamnya hanyalah dusta melainkan kita hidup kerana Allah.

Pagi ini, pagi terakhir sebelum berakhirnya ramadhan.
Belum ada jaminan untuk bertemu di selepas 11 bulan akan datang.

Semoga ALLAh merahmati.

One thought on “nota pagi 29 ramadhan 1435H

  1. Rather they avail options like renting villas and hotel apartments.
    The demand for Personal tracker devices is increasing due
    to sophistication of devices and improvement in technology.
    Many flights with business class seats also offer exotic dishes that
    passengers can relish during their Journey.

      (Quote)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *