Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

Kamu Saudara Jiwaku

Bismillah.

Saya buka entri pertama di tahun 2012 ini dengan kisah saya sedang merindui saudara jiwa saya, sahabat saya yang jauh nun di sana. Ya, rindu. Saat ini. Sangat.

Dirinya sedang berada dalam fasa imtihan.
Wahai sahabat yang baik hati lagi budiman, sila doakan beliau.

Saya pernah berikan bait kata di bawah ini kepada beliau.
Dan saya mahu abadikannya dalam blog ini. Saja, kenangan.

Kepada saudara jiwaku ^^

Saudara Jiwaku

Sahabat yang kucinta,

Walau aku pernah menyakitimu
walau kau pernah menyakitiku
itu tidak bermakna kita adalah musuh

Aku tersakitimu bukan kerana
aku benci padamu
Aku tahu kau tersakitiku bukan kerana
kau benci padaku

Walau payah seperti apapun
badai yang melanda ukhuwah
aku tidak akan pernah mahu
meninggalkanmu
dan aku berharap kau tidak berpaling
pergi meninggalkan diriku

Kerana..

Aku tetap mahu berjumpa denganmu
di Syurga ALLAh
Aku tetap mahu berjiran denganmu
di Jannah-Nya!

Hei kamu, sahabat! Saya sayang kamu ^^

One Comment

  1. Nisa' says:

    Assalamualaikum wbt., masha’Allah, pandai awak buat sajak (or maybe it’s called something else. I can’t even differentiate between puisi, sajak, etc.)

    [Balas Komen]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *