Indah Bersama Gema Ramadhan

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Alhamdulillah. Masih berada dalam bulan ogos untuk beberapa detik sahaja lagi. Selepas itu kita akan masuk bulan September dan bulan-bulan seterusnya jika ALLAh masih mengizinkan.

Salam kemerdekaan buat sahabat semua. Semoga merdeka dari lahiriah sehinggalah batiniah. Jangan merdeka hanya yang terlihat sahaja, tetapi pemikiran pula semakin dijajah. Aish!

Sudah. Merdeka!

Semalam, diberi kesempatan oleh ALLAh bersama mengikuti program Gema Ramadhan anjuran Nisa dan Unit Amal. Subhanallah. Segala perasaan, hanya ALLAH yang Maha Tahu.

Anda pernah lihat akhawat bertudung labuh, berpurdah.. Lelaki pula berkopiah pergi menyusupkan diri di keramaian orang mengedarkan risalah dakwah? Macam pelik bukan? Di tengah malam, orang bersuka ria, tetiba datang sekumpulan akhawat dan ikhwan layaknya seperti dari jabatan agama.

Orang ramai pula pandang semacam semasa mengedarkan risalah. Tak mengapa. Cuba hadiahkan senyuman. Ada juga yang masih cool membalas senyuman kembali. Namun ada juga yang muka masam mencuka menerima risalah kemerdekaan. Ibarat si para pengedar itu merosakkan mood mereka untuk menyambut kemerdekaan. Haha.

Yang menggelikan hati, ada pula dua orang adik terkejut hendak lari bila melihat saya dan sahabat datang untuk mengedarkan risalah. Kenangan menggelikan hati.

Tiba-tiba teringat hadis Nabi mengenai al-Ghuraba’ dan lagu al-Ghuraba’.

Perasaan mula-mula, semestinya bercampur baur. Tetapi set dalam hati, kalau mad’u tu nak marah-marah, sindir-sindir, hadiahkan senyuman aja deh. Begitu juga dengan kawan-kawan yang lain. Dengar kata sampai ada yang terketaq lutut. Hehe. Alhamdulillah. Semua berjalan lancar..

Kenangan dan pengalaman.

Terima Kasih kepada Unit Amal dan Nisa’.

Keindahan Pertemuan

Oh ya. ALLAH hadiahkan juga pertemuan dengan seseorang yang hanya saya kenali melalui blog. Saya menjadi silent reader dalam blog beliau sebenarnya. Suka untuk membaca dan melihat pengalaman seorang guru yang berkelana di bumi yang jauh dari tempat kelahiran. Banyak dugaan.

Moga ALLAH tabahkan Ukhti Musliha dalam perjuangannya.

Sejujurnya, hati terasa sangat gembira pula. Tapi control macho sikitlah. Selalu jeling-jeling beliau dari jauh, itu pun kalau beliau perasanlah. Haha. Lucu benar saya rasa. Perasaan mengatakan saya kenal seorang Ukhti tu. Dan hati pula mengatakan, saya dekat dengan seseorang yang saya kenal melalui alam maya.

Subhanallah. Indah perancangan ALLAH ni, kan? ALLAH sangat manis!

Apabila hendak berangkat pulang, baru ada keberanian sikit untuk bertemu dan bertanya dengan beliau sendiri. Dan sempat hadiahkan sebuah buku kepada beliau. Oh ya, kisah tentang buku itu. Entah mengapa semalam saya catatkan sesuatu di muka depan buku tersebut. Laksana ingin hadiahkan kepada orang pula deh! Rupanya ALLAh aturkan buku tu nak hadiahkan buat Ukhti Musliha. Moga bermanfaat.

Apapun, sehari bersama dalam kalangan orang yang baik-baik sangat manis dan mendamaikan perasaan. Lagi-lagi bernaungkan rumah ALLAH SWT. Indah perasaan itu. Bohot-bohot syukriya ya ALLAh!

Kawan-kawan, menyayangi orang yang baik-baik itu baik. Mendapat berkat dari amal kebaikannya. Merindui orang yang baik-baik itu juga baik. Boleh mengingatkan kita kepada ALLAh lantaran kebaikannya dalam dirinya.

Dan mendoakan orang lain itu juga baik. Kerana setiap doa yang ikhlas dari saudara terhadap saudaranya yang lain, maka malaikat akan mendoakan juga kebaikan yang serupa untuknya. Wallahu’alam.

Semoga ALLAh merahmati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *