Ikhlas Itu Yang Mendamaikan

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Ikhlas yang diam itu lebih berharga dari kegembiraan yang penuh kepuraan.

Hari sebelumnya.

Saya baru keluar dari bilik tutorial yang terakhir pada hari tu. Tidak terus balik ke maskan, saya singgah di raudhatul kuliyyah. Duduk sendiri, untuk beberapa minit, saya kira. Penat jangan dikira, memang agak kepenatan. Jadi hari itu memang lesu.

Tiba-tiba jadi terfikir, dalam kepenatan tu, mana keseronokan untuk mendapatkan setiap ilmu baru? Kenapa rasa itu terasa semakin hilang dalam jiwa? Mana keikhlasan yang mendamaikan jiwa? Keluhan akhirnya dilepaskan.

Mana keseronokan yang dipasang kerana ALLAh Ta’ala?
Ke mana hilang semua itu?

Keesokannya.

Kuliah pertama bermula 8.30 pagi. Saya mengambil tempat duduk dihadapan, itu amalan yang cuba dipertahankan. Dan seperti biasa, Ustaz Nadzri akan memulakan kuliah dengan tazkirah pasal ilmu berkat. Sehinggalah sampai satu bab, beliau menyentuh tentang keikhlasan dalam menuntut ilmu.

Mata beliau dan saya bertemu. Okie, baik! Saya mengalah.
Beliau memang pandai ‘membaca’ apa yang terpendam dalam jiwa ini.

Saya Mahu Sangat

Hati yang ikhlas itu, hakikatnya hati yang bersih. Dan hati begitu, saya mahu sangat. Terasa damai dan tenang apabila membuat apa jua sesuatu, cuba diikhlaskan kerana ALLAh Ta’ala. Hanya Dia! Kerana apabila dipaksikan sesuatu perbuatan itu kerana Dia, tiada lagi perkiraan dan kebimbangan saya terhadap manusia-manusia lain. Kerana saya tahu, kalau saya buat lillahi Ta’ala, saya hanya perlu bimbang dengan pandangan Dia.

Dia, ALLAh, Tuhan saya!

Saya cuba aplikasikan erti keikhlasan itu dalam kehidupan saya.
Dalam sudut apa pun!

Seperti yang Ustaz sentuh dalam kuliah. Kalau kita ada ilmu, kita kongsikan ilmu kita. Dengan cara begitu, membuat kita merasa bahagia. Sebab kita yakin ilmu itu ada manfaatnya. Begitu juga kita kita tidak tahu mengenai sesuatu ilmu, lalu kita dengan ikhlas merendah diri memohon diberitahukan tentang ilmu tersebut, “Saya memohon jasa baik sedekah ilmu daripada awak..”

MashaAllah. Hebat orang yang ikhlas ini, rupanya!

Jika kita berubah menjadi lebih baik dalam memperbaiki diri, kita nak orang lain juga menjadi lebih baik dari diri kita sendiri. Kita mahu kebaikan yang lebih untuknya. Bukan kerana kita ada kepentingan peribadi atau sesuatu yang terselindung di sebalik batu, tapi sebab kita sayang dia. Kita mahu sama-sama menjadi baik, biar sama-sama dapat keredhaan ALLAh Ta’ala.

Biar syurga itu, menanti kedatangan kita dan dia bersama-sama!

Saya mahu mencari hati yang begitu.
Saya cemburu.

Hati yang ikhlas itu, selalu tenang dan lapang.
Damai diam bersama redha Dia.

Saya menginginkan hati yang begitu. Cemburu rasanya.

Semoga ALLAh merahamti.

2 thoughts on “Ikhlas Itu Yang Mendamaikan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *