Cerita Hari Khamis

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Si Muslimah Berbaju Putih

Hari Khamis yang memang sibuk.

Pagi-pagi sudah keluar rumah berurusan sana sini. Berharap akan selesai semua urusan menjelang tengahari. Tapi, perancangan ALLAh lebih hebat. Tengok-tengok sampai ke petang jadinya. Makan tengahari sepatutnya juga telah menjadi makan petang.

Kepada sahabat yang sabar menunggu sehingga dapat tempat letak kereta, terima kasih. Lumrahlah agaknya bila hari-hari bekerja tempat letak kereta sentiasa penuh. Tunggu dan tunggu. Saya yang jadi tidak sedap hati.

Selepas isyak, terus sahaja mati sebentar. Senyum.

Selepas ke suatu tempat, terus sahaja bertolak ke JPN. Sampai tengahari, kena tunggu 1 jam setengah sebelum pejabat itu buka. Agak-agak berapa puluh minit lagi, saya dan sahabat turun dari kereta menuju ke pejabat JPN.

Agak tertarik, geli hati, lucu melihat tingkah sekuriti atau pun Satpam – Bahasa Indonesia. Berwajah kencang dan apabila bercakap, seperti mahu tidak mahu sahaja. Sahabat saya menggeleng-geleng. Sangat berbeza manusia.

Melihat keadaan itu, saya teringat bagaimana layanan sekuriti mahu pun pekerja-pekerja kedai yang berada di Zamboanga, Filipina. Mereka sangat mesra. Hatta negara itu bukan negara Islam, itu tidak menjadi alasan untuk mereka anti dengan orang-orang yang bertudung. Layanan mereka semua sama; mesra dan murah senyuman.

Saya tahu, untuk jadi begitu, mereka memerlukan latihan. Tapi adalah lebih baik begitu berbanding dengan pekerja yang tidak mesra dan merasa diri lebih tinggi berbanding pengguna/pelanggan.

Filipina, antara perkara yang membuat saya tertarik, itulah, budi bahasa pekerja di negara itu yang kebanyakannya memang mantop.

Pekerja di Malaysia? Ada aja, inshaALLAh. Tapi tidak ramai. Betul kan?

Semasa masuk dalam lif, terbuat lawak dengan sahabat-sahabat. Sehinggakan seorang Mak Cik yang berada dalam lif itu tersenyum mendengar lawak spontan yang terkeluar meluncur dari bibir ini. Hehe.

Sampai rumah sahaja, baru terasa kepenatan. Nikmat.
MashaAllah!

—————————————

Sedikit cerita hari ini yang ditolak banyak. *sengih*

Hari ini, hari terakhir berada dalam bulan Mac. Beberapa jam aja lagi akan masuk 1 April, 2011. Semuanya memang terasa sekejap. Bulan demi bulan, tahun demi tahun. Memang tak terasa peredaran masa yang memang takkan menoleh ke belakang.

Seiring peredaran masa, semakin meningkat usia, semakin terlalu dekat pada kematian.

ALLAhuakbar.

Semoga ALLAh merahmati.

One thought on “Cerita Hari Khamis

  1. seperti pengalaman saya…
    di sebuah hospital kerajaan:
    nurse:makcik nie ubat makcik, makan 2 kali sehari faham tak…(menerangkan kepada makcik yang sekitar umur lewat 60an.)
    makcik: hanya tercengang tidak faham…dan nurse tersu berlalu..

    moral: hormatlah dengan org yg lbh sperti kite hormat mak ayah kita…

      (Quote)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *