Cerita Ceriti Ceritu

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Tapak tangan monyet ini, serius lembut disentuh =)

Berjalan dan berjalan.

Lagi banyak berjalan apabila ada sesuatu mengganggu ketenteraman hati. Dan gangguan itu, terdiri dari bermacam-macam perkara. Asbab dari diri sendiri, persekitaran dan hubungan sesama manusia.

Dalam berjalan, ada nafas kesedaran.

Ini dia, yang punya tapak tangan yang lembut.

Melihat kehidupan lain selain kehiduoan manusia, adakalanya kita yang melihat ini terfikir dan terhisab diri. Kadang-kadang yang merendahkan darjat dan maruah seseorang itu bukanlah orang lain, tapi diri sendiri.

Menafikan dengan hati salah sendiri, kadang-kadang. Yes?

Melihat telatah beruang ni, memang comel. Bila dipanggil-panggil, dia mendongak. Datang menuju ke arah si pemanggil. Tunduk, duduk dan sekali lagi mendongak. Seolah-olah memberi peluang kepada pelawat untuk menyenangkan hati.

Manusia, boleh jadi rendah martabatnya dari haiwan yang tidak punya akal.
Boleh jadi sehina-hinanya!

Berfikir. Berjalan. Berfikir.
Hadam dalam hati. Lumat dalam kehidupan.

Semoga ALLAh merahmati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *