Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

Bicara dan Memori Lalu

Bismillahirrahmaanirrahiim.
Assalamu’alaikum kawan-kawan…

Kata orang, masa dan kenangan yang berlalu tetap tidak akan dapat dilupakan. Lagi-lagi apa yang berlalu itu melibatkan sesuatu yang sangat besar dan bermakna dalam hidup seseorang.

Senyum.

Ada pula orang akan terhibur apabila sesekali memori lalu menyapa ingatan. Ada kenangan manis. Ada kenangan pahit. Namun kedua-duanya akan menjadi suatu kenangan yang indah apabila sudah lama berlalu.

Betullah kata orang, anda tidak akan pernah dapat melupakan masa lalu anda.

Mengimbas Kenangan Seketika

Beberapa jam yang lalu, duduk sendirian menulis dan mencari idea untuk menulis. Selepas itu didatangi oleh seseorang. Cerita punya cerita akhirnya masing-masing membuka memori tersendiri.

Kelakar. Masing-masing berlumba-lumba nak menceritakan kenangan masing-masing. Ternyata, mengimbas kenangan lalu itu memang menyeronokkan. Dan boleh membuat kita tersenyum sendiri. Bagi saya, teramat rugi bagi sesiapa yang hendak membenci masa lalu.

Setiap orang, berbeza cara hidup dan keadaan hidup yang ditempuhi. Masing-masing punya 1001 macam kisah yang dipendam. Dalam anda membenci masa lalu tu, cubalah mencari sedikit kebaikan di dalamnya. Mungkin kalau sesuatu itu tidak terjadi suatu masa dahulu, mana mungkin kita seperti sekarang. Tak gitu?

Memori Pahit

Setiap orang pasti ada kenangan yang pahit pernah dilaluinya. Saya juga begitu. Kadang-kadang untuk mengimbas kembali, terasa sakit ada, malu pun ada. Namun itu bukanlah alasan untuk membenci apa yang telah terjadi. Setiap sesuatu kejadian itu, pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Cepat atau lambat sahaja hikmah itu akan kelihatan. Kadang kala, hikmah itu akan ALLAh datangkan tanpa kita sedari. Cuba renungkan kembali..

Saya Mengimbas

Apabila saya banyak bercerita tadi, beliau banyak diam. Mendengar dengan khusyuk. Saya tahu, beliau merai kisah saya. Apapun, kenangan banyak terimbas ketika masih berada di sekolah. Dan mempunyai ramai kawan yang masing-masing dengan ragamnya yang tersendiri. Indah.

Yang pahit-pahit, saya akan simpan kemas dalam satu sudut memori yang khas. Yang indah-indah, saya akan pastikan sudut yang lebih luas untuknya.

Saya adalah sebagai hamba, maka saya harus menerima keputusan TUAN saya dengan seadanya. Sebab, kepadaNYA lah saya bergantung. TanpaNYA, saya akan mati.

Oh. Malam ini juga adalah memori baru. Memori yang menjadi pembongkaran kepada memori-memori yang terdahulu.

😀

Semoga ALLAH merahmati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *