Berzikirlah Wahai Diri

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Zikir tanda kerendahan hati. Sumber Gambar : Pak Google

Berzikir itu menenangkan hati. Kan?

Orang yang rendah hatinya, pasti bibirnya sentiasa bergerak menyebut nama-nama ALLAh. Tidak kiralah ketika brjalan, duduk, baring dan terbang (adakah?). Dan kesan dari zikir itu akan terlihat pada kehidupan seseorang manusia, kan.

Setiap Muslim yang berzikir, ALLAh sentiasa berada dalam kehidupan mereka. Mengingati ALLAh hakikatnya menjadikan hati menjadi tenang dan damai. Tidak percaya?

Berzikir dan berzikir.

Berzikir Dalam Berdiam

Dulu, masa saya masih kecil. Saya selalu tengok almarhumah Mak Cik saya yang mulutnya terkumat-kamit seperti membaca sesuatu. Dan ditangannya pula ada tasbih. Kadang-kadang kosong tangan itu tanpa tasbih sambil digerakkan mengikut tingkatan garisan jari.

Kadang-kadang semasa membuat kerja-kerja dapur pun, mulut beliau terkumat-kamit berzikir. Semoga ALLAh merahmati dan menempatkan beliau di tempat orang-orang yang ALLAh kasihi.

Zikir. Hakikatnya bukanlah suatu perbuatan yang memerlukan tenaga yang banyak untuk dilakukan. Berzikir secara lisan itu tidak memerlukan anda banyak bergerak. Cukup sekadar berzikir mengalunkan nama-nama ALLAh dengan penghayatan dan pengertian.

Zikir dalam diam? Macam mana tu?
Zikir yang anda selalu sebutkan dalam hati. Walau anda pergi ke mana sekalipun.

Melihat alam ini juga sudah cukup membuatkan kita selalu berzikir kepada ALLAh SWT. Kehijauan, langit yang kebiruan, laut yang terbentang luas, pergantian siang dan malam serta proses kejadian manusia. MashaALLAh. Sangat banyak tanda ALLah itu berkuasa.

======

Saya mahu menjadi hamba ALLAh yang lidah, hati dan seluruh anggota badannya basah dengan zikrullah. Yang sentiasa membetulkan niat dan langkah hanya kerana ALLAh SWT.

Semoga almarhumah Mak Cik saya, Siti Aminah, tenang di sana.*rindu*

Zikrullah. Zikrullah. Zikrullah.

Semoga ALLAh merahmati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *