Bermulanya Langkah Baru

Dengan lafaz…

Lafaz syukur saya panjatkan ke hadrat ILAHI kerana masih memberi peluang kepada saya untuk merasai nikmat IMAN dan ISLAM dalam kehidupan saya dan hakikatnya saya masih cuba dan mencuba untuk merasainya. Syukur juga ALLAH SWT mengurniakan insan-insan yang pelbagai ragam dan semestinya mereka semua mempunyai keistimewaan masing-masing. Dan lafaz syukur sekali lagi dilafazkan kerana telah mengurniakan beberapa orang sahabat yang lebih rapat yang sering mengingatkan tentang kehidupan di akhirat kelak.

Tidak lupa, kesyukuran buat selama-lamanya kerana dikurniakan Mak dan Abah dalam kehidupan saya ini. Tanpa perantaraan Allah melalui mereka, tidak mampu untuk saya melihat dunia beserta keindahan yang ALLAH SWT ciptakan untuk direnungi oleh orang-orang beriman.

Website Kasih Ilahi. Mari Memburu Mardhatillah.

Hampir saya tidak percaya akan kewujudannya.

Benar. Tahun sebelum ini teringin untuk mempunyai website sendiri. Dengan membeli rumah dan tapaknya. Tetapi tidak mempunyai dana dan memang saya sendiri merasa susah untuk mengendalikannya dengan pelbagai setup dan lain-lain.

Jadi semalam segala-galanya telah bermula. Tidaklah mampu website ini terbina tanpa bantuan Akh Tarmizi juga. Sangat-sangat berterima kasih kepada beliau. Sahabat semua boleh melawat website beliau di sini,

—> Muhammad Tarmizi Dot Com

Website ini masih dalam proses pembangunan. InshaAllah, perkongsian akan dilampirkan. Diharap kewujudan website yang wujud ini yang telah diamanahkan kepada saya, akan memberi manfaat kepada semua.

Website ini lebih kepada sebuah laman sesawang peribadi yang berkongsi segala pengalaman dan perkongsian serta mungkin tazkirah untuk memuhasabah diri sendiri. Tetapi untuk pengetahuan kalian, website ini bukanlah website dakwah seperti pendakwah-pendakwah terkenal. Website ini hanya bersifat peribadi yang akan berkembang hari demi hari. InshaAllah.

Untuk pengetahuan juga, saya mempunyai dua buah blog yang agak dan tidak aktif. Dan salah satu darinya bertemakan Kasih Ilahi, yakni hampir sama maknanya dengan website yang baru ini. Alhamdulillah. Saya punya sebab dan kisah sendiri kenapa memilihnya.

Cinta Ilahi.

Mari Memburu Mardhatillah.

Aku sayang ALLAh. Aku rindu ALLAH. Aku cinta ALLAH.

Wujudnya website ini, semoga saya dapat kongsikan sesuatu yang bermanfaat. Saya bukan siapa-siapa. Tetapi saya hamba ALLAH. Hamba kepada Tuan Punya Dunia. Dengan harapan, semoga saya berjaya dalam hidup dan sentiasa istiqamah mengerjakan suruhan ALLAH SWT. Serta menjadi seorang Musleem yang membawa nama baik serta saranan Islam.

Perkongsian dari kalian juga, saya alu-alukan. Terima Kasih.

Semoga ALLAH merahmati.

2 thoughts on “Bermulanya Langkah Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *