Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

Bekerja Di Dunia Untuk Akhirat

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Bekerja untuk hidup, atau hidup untuk bekerja?

Entri kali ini, saya suka hendak bercerita mengenai pengalaman menemankan seorang sahabat saya yang menghadiri temuduga, atau dalam erti kata lain, mencari kerja. Ternyata, mencari kerja ini bukan mudah ya? Memerlukan kesungguhan dan kesabaran ke sana ke mari jika mencari kerja di banyak tempat. Penat? Memanglah.

Alhamdulillah, dengan jasa baik ‘kereta sorong’, kami mudah untuk bergerak.

Banyak cerita dan pengalaman hidup yang dikongsikan. Kepenatan, namun dihiasi dengan senyuman dan gurau senda, membuatkan masing-masing terlupa akan perasaan penat yang bercampur baur.

Saya terlihat dan terfikir sesuatu. Begitu juga dengan halnya kita menuju akhirat.

Manusia Perlu Bekerja Untuk Mendapatkan Bekalan

Ada dua benda yang dilakukan manusia di dunia ini untuk membuat hidup selesa. (i) Bekerja untuk keselesaan hidup di dunia. (ii) Bekerja untuk mendapatkan keselesaan hidup di akhirat.

Manusia tidak akan boleh mendapatkan bekalan tanpa bergerak ke arah itu.

Pekerjaan dan kebaikan di akhirat tidak dapat dipisahkan. Kerana bekerja itu juga satu ibadat yang ALLAh telah tetapkan buat seluruh kaum Muslim. Jika baik niat dan kerja manusia, maka ia merupakan satu ibadah yang akan menjadi ganjarannya untuk ditebus di akhirat kelak. Jika buruk pekerjaannya, maka ia juga akan menjadi ganjaran yang akan dikenakan balasan di akhirat kelak.

Maka kehidupan seorang Muslim ; melakukan segala pekerjaan/amal ibadah yang membolehkan kita mendapatkan ganjaran untuk ditebus di akhirat kelak dan dipersembahkan kepada Tuan Punya Dunia. Baik amalan kita, maka baiklah tempat kita. Buruk amalan kita, maka buruklah tempat kita.

Tempat yang baik dan tempat yang buruk, pilihan di tangan anda!

Kesungguhan dan Kesabaran Amat Diperlukan

Sahabat saya itu, punya cita-cita yang besar. Semoga ALLAh mempermudahkan urusan baginya. Ujian, tidak akan diberikan melebihi kemampuan hamba ALLAh.

Kita ini sedang menuju akhirat. Perjalanan kita panjang. Ya, kita tahu itu. Tapi, kita tidak tahu bilakah tarikh dan ketika kita untuk ‘bersara’ dari ‘bekerja’. Dan simpanan serta pencen yang kita dapat sementara menanti hari yang dijanjikan, adalah hasil usaha kita sepanjang kita bekerja sebelum bersara.

Anda faham? Bagus. Silakan senyum.

Kehidupan yang bagus dan selesa tidak akan dapat dikecapi tanpa bersusah-susah dahulu. Maka, begitu juga kehidupan menuju akhirat. Memerlukan kita menangis, bersedih, tersisih bersendiri, dan macam-macam lagi dugaan yang kita tidak dapat bayangkan pun.

Lumrah alam, memerlukan kepuasan, kesenangan dan keselesaan harus dipertaruhkan!

Jangan mudah dihinggapi penyakit dunia. Walaupun terlanjur dihinggapi, apa yang penting adalah usaha kita untuk menghindari dari penyakit-penyakit tersebut.

Ya, sahabat. BERUSAHA!

Teringat kata seorang kawan,

“Pesal selalu sebut berusaha, usaha ni?”

Saya senyum. Yalah. Hakikatnya kita di dunia memang sedang berusaha.

Anda seorang Muslim? Jika benar, maka setiap kali ditimpa ujian yang sangat berat, anda perlu berusaha untuk berdiri dan berlari semula. Muslim yang kuat, tidak kalah dengan seberapa banyak kali kegagalan dalam hidup. Kerana kegagalan itu adalah kejayaan yang ditangguhkan. Jalan di depan masih panjang dan cerah.

Go Muslim Go!

Semoga ALLAh merahmati.

5 Comments

  1. Ali ridha says:

    bekerja membawa tanggung jawab besar.

    [Balas Komen]

  2. ariffah9 says:

    go..and never give up. 🙂

    p/s:syukran kak dtg kunjung ke blog sy yg xsbrapa.

    [Balas Komen]

  3. mohd jaafarudin says:

    assalamualaikum sahabat,

    saya mohon izin mengambil dari apa yang ditulis disini. bagi tujuan menyampaikan ceramah.

    sekian, wassalam.

    [Balas Komen]

    Ya Habibi Reply:

    Wa’alaikumussalam wbt.
    Dipersilakan dengan penuh hormat. Moga bermanfaat.

    🙂

    [Balas Komen]

  4. Raja Romlah says:

    Assalamualaikum. Mohon kongsi apa yang ditulis.

    [Balas Komen]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *