Allah Tidak Pernah Jauh – Tentang Secebis Rasa

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Allah Tidak Pernah Jauh -- Sesekali.
Allah Tidak Pernah Jauh — Sesekali.

Buku Allah Tidak Pernah Jauh, karya sulung saya.
Genre– Motivasi Islamik.

Hari itu semasa pergi PBAKL 2013 di PWTC, semasa duduk di meja penulis bersama penulis-penulis senior KB, saya tertarik dengan seorang pakcik yang membelek-belek buku yang berada di hadapan kami. Akhirnya beliau memegang buku yang bertajuk ‘Allah Tidak Pernah Jauh’. Maka saya jawab dan jelaskan kepadanya.

Satu persoalannya, “Sesuai tak dibaca untuk golongan remaja?”

Saya senyum, saya bersahaja menjawab, “InshaAllah pakcik, sesuai sangat. Kalau ibu bapa nak baca pun boleh. Boleh sama-sama fahami jiwa remaja zaman sekarang ni macam mana.”

Beliau angguk dan mengambil buku karya saya yang picisan itu sambil tersenyum dan beliau menuju ke arah kaunter lalu beliau ditenggelami dengan jasad-jasad manusia asbab kesesakan manusia. Memang rakyat Malaysia ulat buku. Eh?

Saya tertanya-tanya sendiri, mengapa wajah pakcik itu nampak bersinar-sinar bila bertanya soalan, “Sesuai tak dibaca untuk golongan remaja?” Seakan-akan dia sangat berharap buku itu nanti dibaca dan diambil manfaat oleh si pembacanya. Saya mengagak, buku itu mungkin dibeli untuk anaknya, atau cucunya barangkali.

Kepada pakcik tersebut, semoga buku itu bermanfaat.
Kalau tidak banyak, sikit pun saya sangat berharap.

Dan–
kepada pembeli-pembeli buku yang baik hati menyapa saya, terima kasih juga berjuta-juta lemon untuk anda. Saya menghargainya.

— ada yang mengaku beliau baca je blog saya, dan selalu singgah page ini, tapi tak pernah komen apa-apa.
— ada yang mengaku beliau pernah minta izin copy artikel di blog saya untuk diedarkan sebagai bahan kepada adik-adik usrah.
— ada yang mengambil gambar bersama-sama, malu-malu bila saya memegang bahunya dan tersenyum sipu.

Buku ini, tidak menjanjikan apa-apa yang ajaib.
Tapi apa yang boleh saya katakan mengenai buku ini ialah–

walau berapa kalipun kamu merasa kamu berseorangan ketika diuji
oleh Allah Ta’ala, maka kamu tidak bersendirian.

walau berapa kalipun kamu merasa sakit ketika terpaksa
mengharungi langkah-langkah hijrah, maka itulah pengorbanan.

walau berapa kalipun kita bertaubat dan tersasar dari landasan
masih ada sinar untuk kembali kepada Tuhan.

Semoga ALLAh merahmati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *