Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

Imbasan : Tsunami Membinasakan

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Mesej dari ALLAh~

Tsunami Membinasakan

Hidup manusia sebelum kedatangannya
Indah bagi semua insan
Bergembira dengan keluarga
Ada juga yang bergembira dengan maksiat

Masa itu, semua manusia lalai
Lalai dengan urusan duniawi yang tiada kesudahan
Mencari kebahagiaan duniawi
Tanpa memikirkan Ilahi

Dan tibalah waktunya kedatangan ombak yang diperintahkan Allah
Hadirnya cukup kuat membawa pesannya dari-NYA

Di kala kepekatan malam
Disinari dengan cahaya bulan
Dihiasi dengan keindahan bintang

Tiada siapapun merasai kegegaran kehadiranmu

Tsunami! Kau binasakan semua insan
Hadirmu tidak diundang
Layananmu tidak didambakan
Kepada keluarga dan sanak saudara

Manusia merintih dengan arus pembinasaanmu
Manusia menangis dengan perbuatanmu
Kau membersihkan kemaksiatan
Yang bertempat dijiwa insan

Hadirmu meragut jutaan nyawa
Anak-anak kecil turut bersama
Ibu dan bapa kehilangan arah
Mencari anak yang telah tiada

Kau meragut lebih banyak nyawa
Kau tinggalkan sedikit jiwa
Buat pengajaran kepada mereka
Bahawa Allah itu telah murka

Allah murka. Allah murka. Allah murka

Kau membawa perintah-NYA
Untuk membersihkan negeri hina
Dengan keganasan ombakmu
Dengan kesengsaraan hempasanmu

Kau membawa perintah Tuhan
Amanah yang tidak boleh dilembutkan

Akhirnya semuya jiwa pasrah
Dengan balasan dan kehendak Ilahi
Meniti hari dengan azam dihati
Untuk bertaubat dengan taubat sejati

Duduk mengimbas kenangan tahun yang sudah,
– Saya Laa Dia –

0625 AM
Mengharap belas kasih-Nya
Buat diri yang lemah tidak berdaya

p/s : Nukilan yang dibuat semasa di sekolah menengah rendah. Pada awal tahun 2005. Terjumpa kembali disebalik timbunan fail-fail. InshaALLAh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *