Bismillahirrahmaanirrahiim.

Ilham Itu
Ilham, adalah suatu pemberian dari ALLAh
Buat mereka yang berfikir untuk berzikir
Ianya tidak akan datang begitu sahaja
Melainkan diri ada usaha untuk mendapatkannya
Jangan sesekali tertipu dengan ketiadaan ilham
Kelak akan membunuh diri dan akal fikiran
Jiwa kan kosong dari segala isi
Yang membuatkan dirimu bermakna sebagai hamba dan manusia
Ilham, sentiasa ada berlegar di kotak fikiran
Hanya memerlukan usaha untuk mengeluarkannya
Menjadi titipan ke alam realiti
Yang akan dipersembahkan di hadapan Tuan Punya Dunia
Ilham itu sentiasa ada menemani
Koreksi diri atas kelemahan sendiri,
- Saya Laa Dia -
1050 PM
Jangan tertipu dengan diri sendiri
Yang kemahuan diseliputi nafsu duniawi





saya suka ilham…….
[Balas Komen]
ilham itu anugerah dari Allah… jangan disiakan-siakan anugerah yang telah diberi… dan jangan lupa diri…
[Balas Komen]