Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

Cerpen : Percaya Seorang Sahabat #1

Percaya itu dengan hati. Hati yang tidak sangsi. Credit Picture : http://blackjack0919.deviantart.com/

Percaya itu dengan hati. Hati yang tidak sangsi.
Credit Picture : http://blackjack0919.deviantart.com/

Fathin membuka pintu bilik. Kelihatan Yana yang merupakan rakan sebilik Fathin sedang duduk di meja stadi. Sibuk benar gamaknya. Fathin membuka kasut dan meletakkan pada rak kasut di luar bilik dan masuk seiring salam.

“Assalamu’alaikum..” Ucap Fathin dengan penat.
“Wa’alaikumussalam..” Yana menoleh. Tersenyum.

Fathin meletakkan beg sandang berjenama Nike di kerusi meja stadi. Lalu menuju ke arah katil dan duduk di hujung katil sambil memutar-mutarkan kepala beliau. Lenguh.

“Fathin.. You okey?” Sapa Yana dengan ceria.

Yana ini seorang yang ceria dan rajin. Boleh dikatakan budak ni ulat buku. Tengok pada rak buku beliau, penuh dengan buku sehingga tidak cukup ruang. Yana juga seorang pelajar cemerlang. Mahasiswi yang sentiasa mendapat dekan setiap semester. Tapi orangnya tetap merendah diri dan berbudi pekerti. Untung siapa bakal suami Yana ni. Err, tetiba.

“Okey, Yana.. Cuma penat sangat hari ni. Kelas sampai pukul 11 je tadi. Sibuk dengan program tu, meeeting ini. Kena kerah lagi datang program jabatan syariah. Lepas tu discuss dengan budak-budak kelas tentang program kitorang. Kan bagus kalau mana-mana perjumpaan tu tertib. Tak meleret dengan perkara berbangkit yang tiada kaitan pun. Hmm!”

Yana tersenyum. “Hihi. Biasalah tu. Nama pun pelajar kan. Ha, budak law lagi. Korang kan memang selalu sibuk? Eh maghrib jom jemaah ke masjid, Thin?”

Fathin bingkas duduk, “Yelah. Paling busy.. Paling banyak buat pengumuman. Sakit telinga dengar speaker announcement tu tak pandai diam. Huhu. Okey, jom! Tapi nak mandi dulu. Penat sangat urat-urat tubuh saya ni ha! Hahaha.”

Yana menggeleng-geleng. Fathin tersengih seperti kerang busuk. “Yana, jadi-jadilah tu kalau nak buat kerja pun. Rehatlah sebentar bersama kopi anda yang dah sejuk tu. Chill la, esok kan hari sabtu!” Yana jelir lidah, tergelak. Aih budak dekan ni, nakal jugak!

Tiba-tiba terimbas kembali oleh minda Fathin tentang perkara tadi. Dia melambai ke arah Syuhada, sahabatnya itu. Syuhada nampak Fathin, tapi buat-buat tidak nampak. Fathin pelik. Tapi mulanya, Fathin rasa dia penat sangat kot. Tapi kelakuan Syuhada yang buat-buat tidak nampak dirinya, agak pelik disitu. Tambahan pula, Syuhada dalam seminggu sudah tidak membalas SMS Fathin. Biasanya Syuhada tidak berkelakuan macam tu.

“Hmmm. Ada yang tak kena ni.”

Fathin tiba-tiba tersedar dari lamunannya bila speaker di blok kediaman itu bersuara lagi. Hailah bebudak ni, kot ye pun nak buat pengumuman. Dah nak dekat maghrib dah ni. Waktu orang nak tenangkan hati dan fikiran. Tidak hairanlah di blok kediaman lelaki, sudah banyak kali kes wayar speaker itu diputuskan. Sebab kelantangan suara-suara speaker tersebut memang menguji keimanan. Seperkara sahaja, dua tiga empat kali hendak diumumkan.

Haish!

Fathin dan Yana serta beberapa orang kawan jalan bersama-sama sekembali dari solat Isyak di masjid KIPSAS. Cadangnya, mereka mahu menuju ke kafe untuk membeli makan malam. “Ah, mesti sesak lagi kafe waktu sekarang ni. Kalau tidak kerana lapar, tidakku mahu bersesak-sesak di sana!” monolog Fathin yang penuh drama.

Sekembali dari kafe, Fathin dan Yana makan bersama-sama. Makan tu, bukan fokus makan sahaja. Sambil berborak-borak pula. Berapa jamlah nasi tersebut akan habis disuapkan. Usai makan, Fathin menerima sms daripada Syuhada. Sahabatnya itu menyatakan mahu berjumpa di luar kolej kediaman, ada hal mahu dibincangkan sebenarnya.

“Okey, this is weird and awkward!” Getus hati Fathin.

Fathin turun berjumpa dengan Syuhada seorang diri. Jam tangan di tangan kanannya sudah menunjukkan pukul 10. Pukul 11, adalah waktu seluruh pelajar muslimat wajib balik ke blok masing-masing dan pagar blok akan dikunci. Kelihatan Syuhada sedang duduk di tempat duduk bawah pokok ala-ala pokok sakura tersebut. Fathin memberi salam dan berlagak seperti biasa selalunya. Syuhada menyahut salam, tapi kelakuannya sangat berbeza.

Fathin tersenyum ceria, “kenapa Syuhada? Kata ada hal nak bincang? Awak okey ke? Ce cakap. Awak buat saya curious la. Huhu!” Fathin memegang bahu Syuhada.

Syuhada tepis. Dengan kasar pula tu. Aih, tersinggung teman ni ha!

“Saya tak sangka awak macam ni, Fathin. Awak berkawan dengan orang yang tak patut dan menyalahi fitrah awak sebagai seorang manusia. Saya betul-betul tak sangka. Awak tu pelajar jabatan syariah kot! Awak tak belajar ke semua tu adalah dosa? Awak ada masalah identiti ke sampai tergamak buat benda tu semua? Tak malu dengan Tuhan?!”

Sebaik mendengar kata-kata Syuhada dan pertanyaan yang maha banyak tu, Fathin terasa darah sudah mula naik ke muka. Tiba-tiba muka Fathin terasa panas. Dadanya berdegup kencang sekencang orang yang lari 4×100 meter. Kalau iya pun nak bagi soalan, tak perlulah bertalu-talu. Macam mana nak jawabnya. Nak jawab yang mana satu?

Fathin terasa sangat penat. Penat jasad, penat emosi. Dengan apa yang Syuhada cakapkan lagi tadi. Memang Fathin sudah terbayang-bayang katil yang memanggilnya untuk tidur.

Fathin menarik nafas dalam-dalam. Dan menghembuskannya perlahan-lahan. Terasa nafasnya yang keluar dari lubang hidungnya itu juga panas. Sepanas muka dan hatinya.

“Syuhada, saya tak tahu pokok pangkal yang awak cerita ni. Kenapa tiba-tiba? Saya tak mampu nak bincang atau pun jelaskan sekarang. I’ll see you tomorrow..”

Fathin sempat memberi salam sebelum beredar begitu sahaja. Syuhada gigit bibir. Geram dengan kelakuan Fathin yang pergi begitu sahaja. Arghh! Fathin ni kisah tak kisah saja dengan pertanyaan berapi dirinya tadi. Dia pula sakit hati. Bikin panas!

Fathin masuk bilik, masuk ke bilik air untuk cuci kaki dan muka. Setelah menepekkan tona dan krim malam produk kecantikan Safi Rania Gold tersebut, Fathin menarik selimut dan tidur. Dia berniat untuk bangun solat tahajud dan tidak memikirkan kata-kata Syuhada walaupun bahang wajahnya masih terasa dan degup jantungnya belum reda.

“Selamat
malam
dunia..” bisik Fathin perlahan.

bersambung…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *