Sudah Tidak Menulis di Sini?

Bismillah.

Selagi hayat ada, mana mungkin aku berhenti menulis.
Selagi hayat ada, mana mungkin aku berhenti menulis.

Apa khabar sahabat pembaca sekalian? Saya doakan, semoga kehidupan dan hari-hari yang kalian lalui berlalu dengan aura positif dan setiap ujian tidak melemahkan perjuangan dan misi anda dalam kehidupan. Teruskan kuat dan tabah.

Saya tahu, agak lama saya tidak menulis di sini. Sudah beberapa minggu sejak kemaskini yang terakhir, ya saya sedar. Tapi itu tidak bermakna sekali-kali saya sudah berhenti menulis. Saya akan terus menulis walau apapun.

Cumanya ada nak bagitahu sesuatu. Selain blog ini, insya-Allah blog baru saya akan aktif untuk penulisan-penulisan seterusnya. Jadi, bagaimana dengan blog ini? Blog ini, insya-Allah akan terus aktif dan wujud. Saya takkan lupa, dengan blog ini segalanya bermula. Bahkan, niat yang dulunya kenapa saya buat blog ini masih segar dalam hati dan ingatan. Setiap inci azam dalam hati, masih segar dari ladang.

Untuk blog baru, boleh klik www.suhana.co

Kalau rasa-rasa rindu saya di sini, boleh ke blog baru saya. Kalau ada yang rindulah, kan. Sementara itu dipersilakan juga untuk akses artikel-artikel lama dalam blog ini sejak diwujudkan dari tahun 2010. Ya, usia blog ini sudah mencapai enam tahun alhamdulillah. Masih bertahan dan akan terus bertahan. Dan yang pentingnya, insya-Allah ada rancangan yang sedang saya rangka untuk blog Cinta Ilahi ini.

Mohon doa dari kalian, ya!

Kita, Kesedihan dan Tangisan

Bismillah.

Sepertimana perasaan gembira, maka perasaan sedih itu juga adalah anugerah dari Tuhan. Kawan, tiada salah untuk bersedih.
Sepertimana perasaan gembira, maka perasaan sedih itu juga adalah anugerah dari Tuhan. Kawan, tiada salah untuk bersedih.

Kesedihan dalam hidup itu adalah perkara biasa.

Sangat normal bila dalam hidup ini kita teruji dengan ruang masa dan waktu. Kita teruji dengan kewangan. Kita teruji dengan hubungan sesama manusia. Malah, adalah menjadi satu kemestian dalam hidup manusia teruji dengan pencapaian tentang sesuatu dalam hidup. Dipendekkan cerita, antara fakta terbesar dalam hidup manusia adalah,

MANUSIA AKAN SELALU TERUJI.

Dan dalam setiap ujian itu, banyak waktu pasti akan diiringi oleh kesedihan jiwa kita. Pernah tertanya-tanya tak, adakah kita sebenarnya perlu bersedih? Mestikah kita bersedih bila saat-saat berhadapan dengan ujian? Kenapa perlu bersedih?

HAKIKAT yang perlu kita sedar bahawa, perasaan sedih atau kesedihan itu adalah salah satu perasaan yang Allah SWT anugerahkan kepada manusia. Menjadi manusia yang bersedih apabila terasa mahu bersedih dan menangis itu, tidak salah. Mahu bersedih, maka bersedihlah. Mahu menangis, maka silakan. Tiada siapa melarang untuk bersedih dan menangis. Dan tiada hukum yang menghukum bahawa menangis itu adalah dosa.

Jadi nanti bila satu saat, kau terasa mahu menangis kerana hanya dengan cara menangis boleh melegakan sedikit hatimu, maka menangislah. Jangan tahankan, luahkanlah.

Airmata itu adalah tanda kau sedang membina kekuatan..

Bersahaja Dengan yang Namanya Kritikan

Bismillah.

critism

Kita ni manusia.

Walau positif macam mana pun kita ini orangnya, kalau ada kritikan yang sangat tajam menghina dan tidak berasas, terasa jugalah hati kecil kita. Kita akan rasa macam, eh apa hak orang itu kritik dan menghina kita? Kalau apa yang dia cakapkan itu betul, tidak mengapalah juga. Ini, hanyalah sekadar kritikan penghinaan dan mungkin kebencian.

Boleh jadi tergugahlah juga kesabaran kita yang tipis ini.

Tapi nanti dulu. Ambillah masa sejenak untuk berfikir mengenai banyak hal-hal kecil. Misalnya, berfikir tentang buat apa kita hendak tergugah dengan kritikan yang tidak membina yang kita tahu terang-terang hanya berlandaskan ketidakpuasan hati orang lain terhadap kita? Kerana saya percaya, orang yang memberi kritikan membina kepada seseorang yang lain, tidak disertai dengan rasa mahu pun pandangan kebencian.

Kritikan yang membina tidak akan memalukan seseorang yang lain dengan menyentuh perkara-perkara peribadi seseorang itu atau pun kelemahannya sebagai seorang manusia. Kritikan yang membina, adalah suatu pandangan dari seseorang kepada yang lain dengan tujuan membantu dan memberikan pendapatnya untuk memperbaiki suatu kelemahan atau pun perkara-perkara yang terlepas pandang. Dengan cara yang betul. Dan bukannya dengan cara menghina atau pun mengaibkan.

Jadi, bertenanglah dan teruskan membaca. 😀

Continue reading “Bersahaja Dengan yang Namanya Kritikan”