Cinta Ilahi dot Com Rotating Header Image

Umum

Karya Sulung – Allah Tidak Pernah Jauh

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Tuhan, anugerahkan kekuatan dan kesabaran kepada hamba-Mu.

Tuhan, anugerahkan kekuatan dan kesabaran kepada hamba-Mu.

Dimulai dengan sujud syukur. Memohon keampunan.
Hati tersangat gembira akan perkhabaran buku telah diterbitkan.

Allah Tidak Pernah Jauh –

Di dalamnya menyentuh mengenai kehidupan kita dari pelbagai sudut yang penuh dengan kembara, mehna dan tribulasi. Ia sesuai sebagai bahan bacaan oleh semua lapisan masyarakat khususnya golongan remaja yang masih berusaha mencantas ranting-ranting kehidupan yang adakalanya sukar difahami.

Setiap artikel ditulis dalam situasi yang berbeza-beza. Saya tulis, saya baca dan sahabat baca, mungkin lain sisi kefahaman yang kita perolehi. Walaupun begitu, saya harap ia tidaklah membebankan dan dapat membantu kita lebih mengenal serta mengerti tentang kehidupan. Buku ini lebih kepada perkongsian saya buat sahabat yang mungkin sedang bertatih dan cuba berdiri teguh di jalan-Nya.

Jika sahabat mencari ‘seorang kawan’ yang boleh dikongsikan cerita tentang kehidupan yang adakalanya tenang dan bergelojak, maka buku ini mampu menjadi ‘kawan’ terbaik yang melapangkan jiwa jika membacanya dengan penuh rasa.

Ia bersifat ringan kerana saya faham kehidupan ini tidak setiap masa perlu dibicarakan secara serius tanpa ada keringanan pada jiwa.

(more…)

Dan Demi Pena

Bismillahirrahmaanirrahiim.

bukankah pen dan penulisan itu perlu bergerak seiring agar keduanya sehaluan?

bukankah pen dan penulisan itu perlu bergerak seiring agar keduanya sehaluan?

berada di pembaringan,
idea bertubi-tubi masuk ke minda,
menarik dan meragut-ragut akal fikiran.

Turun dari atas katil,
objek pertama yang dilihat; laptop!
menujunya dengan penuh semangat,
harus menulis, harus. atau perlu aku jatuhkan ini;
hukum wajib menulis atas diri sendiri?

tarik kerusi rapatkan ke lambung,
jari-jemari menari panas sebelum beraksi.

tiba-tiba,
eh apa terjadi;
“apa sebenarnya yang aku nak tulis tadi?”

penulisan itu, ada kaitannya dengan hubungan dengan Allah.
juga atas latihan dalam menulis itu juga;
menulis dan teruslah menulis.

faham?

Orang Bertanya, Kita (Ter)Fikir

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Credit to : http://tohdaryl.deviantart.com/

Credit to : http://tohdaryl.deviantart.com/

Selalu saja, pertanyaan orang lain boleh membuat kita tefikir dan termenung sendiri. Ada waktu pula, pertanyaan demi pertanyaan untuk mendapat sokongan dan dorongan datang kepada kita tatkala kita sendiri pun sedang dihimpit oleh sesuatu.

Dan memang, kalau diambil ibrah daripada soalan-soalan orang lain itu, memang akan membuat kita mendapat sesuatu. Rasa sesuatu, “rupanya bukan kita sahaja ada soalan!”.

Walaupun, ya macam saya cakap; kadang-kadang soalan itu bukannya kerana ‘ingin tahu’, tapi kerana mahu sokongan dan dorongan. Atau boleh jadi kerana ingin ‘memberitahu’.

Saya terfikir juga.