Teruskan Atau Berputus Asa?

Bismillah.

Usaha, putus asa dan kejayaan itu hanya dipisahkan oleh satu garis nipis. Maka kita kita memilih untuk berusaha demi kejayaan, selamanya itu adalah jalan yang terbaik.
Usaha, putus asa dan kejayaan itu hanya dipisahkan oleh satu garis nipis. Maka kita kita memilih untuk berusaha demi kejayaan, selamanya itu adalah jalan yang terbaik.

Banyak kali rasanya dalam kehidupan ini kita berhadapan dengan situasi yang di mana kita berada dalam dua persimpangan. Adakalanya kita terasa sudah sangat tidak mampu untuk berhadapan dengan situasi tersebut atau kita sudah tiada daya untuk menghabiskan apa yang telah kita mulakan. Saya sangat pasti, kita semua pernah berada dalam situasi yang sedemikian. Sama ada mahu meneruskan langkah yang telah dimulakan. Atau mengakhirinya sebelum tamat. Dan biasanya mengakhiri sesuatu sebelum tamat itu meninggalkan luka yang dalam.

Kadang-kadang kita meragui kemampuan diri sendiri. Kita mengatakan bahawa kita takkan mampu lagi untuk sesuatu itu. Kita rasa diri kitalah yang paling lemah. Diri kitalah yang sangat tiada masa depan. Tapi ada waktu-waktu yang kita sangat yakin pada diri sendiri. Kita sangat yakin sehingga kita mengatakan bahawa dengan bantuan Allah SWT, kita pasti berjaya dengan apa sahaja yang kita sedang hadapi atau yang kita sedang lakukan. Namun sejauh mana keyakinan kita itu dalam menempuh hidup?

Pada saya, semua perasaan itu normal atau biasa. Kita semua pernah mengalaminya. Kita semua pernah melalui perasaan mahu berputus asa, takut dan tidak berdaya. Tapi apa yang membezakan kita semua? Mahu tahu? Yang membezakan setiap dari kita adalah, dia yang sejengkal sahaja lagi mahu berhenti, namun tetap meneruskan langkahnya walau beribu kali dia pernah rasa mahu berputus asa dalam hidup.

Itu bezanya, kawan.

Continue reading “Teruskan Atau Berputus Asa?”

Antara Kita Dengan Allah Dengan Manusia

Allah suruh jaga amal. Bukan membantutkan amal.
Allah suruh jaga amal. Bukan membantutkan amal.

“Zaman orang berbangga dengan keburukan, elok kita banyakkan cerita kebaikan biarpun macam masuk bakul angkat sendiri.” – Ahmad Saifuddin Amran

Ada orang kata, jangan tunjuk amal kebaikan. Nanti riyak, ujub, takabbur jadinya diri. Tapi pada pendapat saya, jika amal kebaikan itu adalah asas ‘common sense’ yang manusia kini sudah lupakan, maka perlu sekumpulan atau pun individu mempamerkan hatta sekecil kebaikan. Niatnya bukan mahu dipuji manusia ya.

Ada orang, tidak bersetuju jika seseorang itu banyak ‘bercakap’ di laman mukabuku, katanya sengaja hendak memberitahu orang lain yang dia itu baik orangnya. Tapi saya pelik, dalam masa yang sama, orang-orang yang tidak bersetuju ini, tidak akan mempunyai fikiran yang sama hebatnya apabila orang mempamerkan perbuatan buruk malah berbangga-bangga pula dengannya. Kenapa yang itu tidak dibidas pula?

Adapun perbuatan amal ibadat seperti solat atau amalan-amalan lain seperti ibadah sunat, sedekah dan yang seangkatan dengannya.. Saya setuju agar seseorang yang mengharapkan hanya kasih-sayang Allah, tidak membesar-besarkan mengenainya. Takkan menulis begini di dinding mukabukunya,

“Alhamdulillah. Baru selesai tahajjud dan solat hajat 40 rakaat.”
“Baru sahaja menunaikan solat Isyak dengan penuh khusyuk.”
“Saya ni solat penuh 5 waktu sehari ditambah solat sunat.”

Untuk yang begini, kita mungkin akan jadi seperti, “Meh?!”

Saya jadi sedar, dunia sekarang sedang memasuki fasa perbuatan kebaikan itu dianggap asing. Manakala keburukan itu suatu yang biasa. Dan orang yang menuturkan ayat atau perbuatan yang sopan dianggap KOYA semata-mata menunjuk baik. Manakala orang yang tidak berakhlak dan bermoral disanjung dan dipuja kononnya trend semasa.

Jangan hanya tahu sebarkan video, gambar atau kata-kata yang hanya membuat kita tertawa, tapi saham dosa bertambah. Tapi sebarkanlah kebaikan-kebaikan.

Saya percaya, masih ramai orang-orang yang baik yang masih wujud di atas muka bumi ini. Salah seorangnya, mungkin adalah anda.

Cerita Dalam Jiwa Manusia

Kau melihat seorang manusia itu berjalan seorang diri. Tapi tidak kau tahu dalam jiwanya, ada seribu satu kisah. Dan sebenarnya, kau juga ada.
Kau melihat seorang manusia itu berjalan seorang diri. Tapi tidak kau tahu dalam jiwanya, ada seribu satu kisah. Dan sebenarnya, kau juga ada.

Dari tadi tab browser ‘Add New Post’ ini terbiar begitu saja. Baiklah kiranya saya menuliskan sesuatu. Berbaloi juga elektrik yang diguna. Wifi yang dipakai. Dan kopi yang sedang diminum. Adalah juga suatu out put daripada tiada, kan?

Pernah tak kita terfikir jiwa kita ini sebenarnya macam mana? Atau pernah tak kita terfikir otak kita ini macam mana sebenarnya? Jiwa, menanggung dan memendam banyak rasa. Otak pula, memikirkan bukan satu atau dua perkara. Ada waktunya, saya seakan-akan mahu melihat setiap yang dirasa oleh jiwa dan difikirkan oleh otak atau minda, perjalanannya bagaimana. Dari mana dan ke mana. Boleh?

Senyum.

Sebenarnya, begitulah kita dan begitulah manusia lain yang ada di sekeliling kita. Betapa sebenarnya kita masing-masing ada cerita tersendiri. Ada cerita yang kita dengan Allah sahaja yang tahu. Ada cerita yang kita kongsikan dengan orang lain. Serta ada cerita kita yang umum diketahui oleh orang lain. Semuanya berkenaan cerita. Cerita dari dalam jiwa manusia. Ternyata jasad seorang manusia menanggung banyak kisah.

Dan kau,
apa cerita dalam jiwamu?

DIAM itu Adakalanya Kekuatan

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Ada perkara yang kita tidak perlu membuka mulut. Kerana cukup diam kita itu adalah jawapan yang benar. Credit Picture by Abhinav
Ada perkara yang kita tidak perlu membuka mulut. Kerana cukup diam kita itu adalah jawapan yang benar.
Credit Picture by Abhinav

Dunia sekarang, medan media sosial sangat luas dan bebas digunakan oleh sesiapa sahaja. Saya teringat bagaimana saya pernah terbaca dan mencoroti komen demi komen yang berbaur amarah dan hasutan mengenai satu-satu isu serta merendah-rendahkan diri orang lain. Tidak cukup dengan itu, ditambah pula dengan menyentuh isu-isu peribadi yang merupakan kelemahan dan keaiban.

Sedih untuk saya katakan bahawa seiring teknologi yang canggih dan bebas digunakan, maka sebahagian orang semakin kehilangan akhlak yang baik. Saya jadi sedar, hakikat ini adalah zaman yang sedang kita diami sekarang. Saya percaya kalian mesti setuju, bukan.

Justeru sekarang, mari kita berbalik kepada diri sendiri wahai kawan. Cuba kita bertanya kepada diri sendiri. Pernahkah kita terjebak dengan perdebatan di media sosial yang hanya membangkitkan amarah dan nafsu perdebatan yang membawa pada permusuhan? Kalau tidak pernah, alhamdulillah. Kekalkan untuk berusaha menjaga akhlak yang baik dan menjadi contoh kepada masyarakat.

Siapa pernah berhadapan dengan situasi dan orang-orang yang suka provok atau cucuk seseorang supaya bangkit kemarahannya? Saya mungkin boleh mengatakan bahawa kita semua pernah melaluinya. Iyalah, hidup di dunia ini macam-macam ada.

Mungkin juga orang pernah salah faham dengan kita. Atau mungkin kita tersilap sehingga orang menyangka yang bukan-bukan.

Continue reading “DIAM itu Adakalanya Kekuatan”