Cinta Ilahi dot Com Rotating Header Image

Tazkirah

Ujian : Kerana Kamu Adalah Yang Terpilih

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Because You Are The Chosen One. Keep calm and smile =')

Because You Are The Chosen One. Keep calm and smile =’)

Ada saat-saat yang indah, ialah apabila kita terkenangkan apa yang kita telah pernah lalui dan kita tersenyum terkenangkan satu persatu. Timbul penyataan dihati, tidak sangka sampai tahap itu telah selamat kita lalui. Tersenyum seorang diri. Dan mungkin juga kita tidak menyangka bahawa kita kuat melebihi dari apa yang kita sangkakan.

“Aku mampu melaluinya rupanya..” Getus hati.

Bukankah ujian kesusahan itu sementara? Dan bukankah ujian kesenangan itu juga adalah sesuatu yang tidak kekal? Jadi memang setiap satu yang kita ada pada hari ini, sememangnya tidak akan kekal. At the end, semuanya akan kembali kepada ALLAh Ta’ala.

Pernah tidak bila kita berada dalam satu situasi atau peristiwa, kita merintih-rintih sendiri, kenapa mesti ALLAh pilih kita untuk berada di situ. Atau kenapa mesti kita berada di tempat yang kita ada sekarang? Padahal jiwa kita tidak turut serta walaupun jasad tercongok di situ. Semestinya pernah rasa tidak mampu untuk melalui semuanya, kan?

Senang sahaja jawapannya, sebab kamu adalah yang terpilih.

(more…)

Kita Perlu Belajar Untuk Murahkan Senyuman

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Bukankah senyum itu lebih menceriakan? :') Credit Picture : http://kishui.deviantart.com/

Bukankah senyum itu lebih menceriakan? :’)
Credit Picture : http://kishui.deviantart.com/

Adalah sesuatu yang sangat cliche pada pandangan masyarakat khususnya di Malaysia apabila kita berbicara soal murahkan senyuman. Kerana perkara itu sudah sering menjadi topik perbualan. Di kaca televisyen contohnya, sudah ada iklan mengenai senyum, di dada-dada akhbar juga mencatatkan bahawa senyuman itu adalah sesuatu yang positif. Tidak kurang juga di corong-corong radio, senyum itu selalu disentuh dengan cara masing-masing.

Dan sebenarnya, senyuman itu juga sudah menjadi suatu tuntutan yang baik dalam Islam sehingga ada sabda Nabi mengenai senyum kita kepada orang lain itu adalah sedekah.

Bukankah apabila kita berjumpa dengan orang yang pemurah senyuman, maka kita juga turut sejuk jiwa dan mata? Kerana apa? Kerana senyuman yang kita lihat itu memberi aura positif yang dibawa oleh seseorang kepada kita. Kan?

Ada perbezaan antara tidak mahu senyum dengan mencuba untuk murahkan senyuman, sebenarnya. Namun ada juga sebenarnya dikalangan kita yang susah untuk senyum atau memang tak nak senyum. Katanya, tidak reti untuk senyum. Eh?

Kenapa ya? Segan?

(more…)

Tiada Alasan Untuk Berputus Asa

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Kenapa berputus-asa sedangkan pilihan untuk berjaya itu lebih indah? Credit picture : http://blackjack0919.deviantart.com/

Kenapa berputus-asa sedangkan pilihan untuk berjaya itu lebih indah?
Credit picture : http://blackjack0919.deviantart.com/

Kalau kita dalam sedar, ada waktunya putus asa itu akan datang menjenguk-jenguk jiwa. Biasanya putus asa itu akan menjenguk orang-orang yang mungkin sedang berusaha dalam sesuatu yang sangat diharapkannya untuk berjaya. Dan apabila yang diusahakan itu tidak berjaya, maka sekali lagi putus asa akan menjenguk jiwa. Tapi kali ini, putus asa menjenguk sambil mengetuk jiwa untuk membenarkan ia masuk.

Dan kalau kita berfikir positif, untuk apa kita berputus-asa?

Mari saya ajak kita berfikir. Kalau kita mengambil keputusan untuk berputus asa dalam hidup, kita nak lari daripada apa sebenarnya? Atau kita nak bersembunyi dari apa? Kalau kita rasa diri kita teruk sangat-sangat, dan kita berputus asa terhadap diri sendiri. Maka apa yang kita nak buktikan sebenarnya? Nak lari ke mana sebenarnya kita?

Katalah kita dah berputus asa, kita mahu apa selepas berputus asa?

(more…)