Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

Motivasi

Di Daerah Kekecewaan

Assalamu’alaikum wbt.

Jangan biarkan diri kita terperangkap dalam dearah kekecewaan.
Credit Picture: by_destructivexdemon

Terbaca sedikit mengenai kekecewaan dalam buku yang ditulis oleh Nik Nur Madihah, Noktah Terjahit. Terima kasih kepada yang menghadiahkan buku tersebut. Alkisahnya mengenai daerah kekecewaan. Berdepan dengan kekecewaan bukanlah perkara yang mudah. Ibaratnya kecewa itu, kita carik-carikan sehelai kain, lalu kain yang terkoyak-koyak itu dijahit semula. Apa yang akan jadi? Kesannya masih ada di situ, jadi tidak cantik. Begitulah kiranya kesan kecewa dalam hidup.

Boleh pakai tak perumpamaan saya itu? Kalau tak boleh pakai, saya nak juga pakai! 😀

Tiada manusia yang tidak pernah kecewa. Tiada manusia yang hidupnya gembira-gembira saja. Tiada manusia yang tidak pernah diuji dengan masalah. Perlu kita tahu, seceria dan seramah serta semanis apapun wajah seseorang itu, atau seceria mana pun tulisan orang yang kita baca, itu tidak mencerminkan seratus peratus keceriaannya.

Dan daerah kekecewaan itu, adalah antara daerah yang perlu kita lalui dalam hidup ini. Daerah yang sering kali kita terasa berada dalam dunia sendiri dengan kelemahan serta penyesalan yang kita akui. Masih belum termasuk dengan tindakan kita membunuh harapan diri sendiri dengan mengatakan bahawa kekecewaan yang dialami ini, adalah kerana diri kita sendiri. Atau kerana orang lain yang cukup kejam mengecewakan.

(more…)

Kematian dan Kita

Bila orang yang dekat dengan kita meninggal dunia, setiap inci dalam rumah itu kita nampak kaitannya dengan dia. Setiap tempat baring dan tempat duduknya, caranya dan suaranya, seakan-akan masih terbayang dimata dan terngiang ditelinga.

Apatah lagi apabila lalu ‘pembaringannya’, terbayang-bayang oleh kita bagaimana keadaannya di dalam sana. Sampai satu saat, mahu saja kita bertanya adakah dia baik-baik saja? Selesakah dia? Adakah dia dilembuti oleh dua malaikat pesuruh Allah? Mahu benar kita melihat dia dengan mata kita sendiri serta mendengar suaranya dengan telinga kita ini. Sayu hati eh. Serius.

Tapi itulah, apa yang kita dapat bantu adalah sedekahkan doa, buat amal kebajikan niatkan pahalanya untuk mereka yang sudah pergi. Doakan mereka yang sedang berada sementara dialam barzakh, tidak lupa buat diri kita yang masih tidak tahu apakah nasib kita ini nanti, serta seluruh kaum muslimin dan muslimat.

Takut juga kita ni tiba-tiba mati, tapi amalan kita apapun sebesar habuk tiada. Bukannya kita boleh minta balik ke dunia walau sesaat biar merayu sampai terkeluar anak tekak dan menangis darah sampai terkeluar biji mata.

Gerun kan.
Hal selepas mati tu yang dahsyat.

Ya Allah, ampuni kami. Rahmati kami.

Keras

Iklan :
Selamat ulang tahun kewujudan yang ke-tujuh tahun, wahai blog!

Naluri seorang pemilik blog tetap akan merindukan blognya walau sering kali dia mencipta alasan yang banyak untuk lari dari rasa bersalah. Maka, kerana rasa itu jugalah yang memanggil-panggil saya untuk membuat entri baru. Saya tahu, ya perangai tipikal.

Terima kasih buat yang masih mengunjungi blog ini walaupun sudah jarang saya kemaskini dengan entri-entri terbaru. Terima juga kepada seseorang yang bertanya dan memaklumkan kepada saya tentang blog ini yang sudah tidak dapat diakses kerana saya terlupa untuk memperbaharui domain dan hosting. Terima kasih daun keladi.

Dunia ini, sudah cukup keras ke atas kita semua. Termasuk juga kekerasan dari seorang manusia kepada manusia yang lain. Pernah kita alami bagaimana rasanya untuk berdamai dengan takdir. Pernah juga kita rasainya bagaimana jiwa yang merintih dengan kelemahan diri sendiri menerima permainan kehidupan dan memaksa dengan rela diri kita untuk berjalan di landasan takdir. Pada semua itu, ada keinginan yang kuat beserta perjuangan.

Dunia sudah cukup keras kepada kita. Perlukah kita keras terhadap diri sendiri?

(more…)