Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

Kompilasi Cerpen Y

Cerpen : Manusia Bukan Malaikat

Credit Picture : http://static.royaltalks.com.br/

Credit Picture : http://static.royaltalks.com.br/

Malam sabtu.

“Besar juga kereta baru kau ni eh jai..” Yunz memuji kereta baru jai tiba-tiba.
“Kau dah kenapa tiba-tiba puji-puji ni? Macam baru naik kereta aku. Kereta kau lagi besar kot.” Dahi Zaini berkerut.

Yunz geleng perlahan. “Hmm aku cuma teringat ceramah ustaz kat masjid tadi. Semua harta kita di dunia ni, kita akan tinggalkan. Kecuali yang bermanfaat di jalan kebaikan.” Yunz diam seketika, “dalam kubur nanti, kalau aku mati, kau mati.. kita sorang-sorang je. So harta means nothing pun kan? Unless you used it untuk yang baik-baik je sebelum kau mati.” Yunz angguk kepala sendiri.

Tangan kanan Zaini memegang stereng sambil tangan kiri diangkat perlahan, “Sebab tu la, kereta cabuk aku ni.. Aku nak guna untuk dakwah. Moga-moga menjadi saksi dan saham aku bila jumpa dengan Allah nanti..”

Yunz jongket bahu.

(more…)

Cerpen : Kau Sorga atau Neraka?

Credit Picture : http://www.lintas.me

Credit Picture : http://www.lintas.me

Zaini dan Yunz jalan beriringan memasuki pusat membeli-belah diantara yang terbesar di kota metropolitan ini. Langkah mereka menuju ke super market yang berada di dalam bangunan tersebut. Mata Zaini melilau melihat ramainya manusia pada malam ini. Yunz, jalan bersahaja sambil tangan kanannya memegang kunci kereta. Wajahnya selamba.

“Ramainya orang! Diorang ni tak pandai penat ke? Mall ni dari pagi sampai ke malam tak pernah lengang. Sesak betul weh!” Kata Zaini dengan nada yang sedikit tinggi tapi kedengaran bercampur rimas dan keluhan.

Yunz pandang Zaini, “Huh. Diorang pun ada tujuan juga datang mall ni. Paling cikai pun, ada yang datang dating buang masa. Tujuan juga tu. Kau apasal pula?” Yunz pandang Zaini dengan pandangan jerk.

“Takdalah. Aku pening tengok ramai sangat orang ni.. Aduh!” Balas Zaini.

“Aku tak kisah. Yang aku tahu, aku nak beli barang keperluan aku. Lepas tu blah. Apa ada hal? Kau beli jelah apa yang kau mahu. Hirau orang lain apasal? Memeningkan diri sendiri mamat ni.” Yunz geleng kepala.

(more…)