Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

Karya

Bakal Terbit : AKU CHENTA ALLAH

Bismillah.

AKU CHENTA ALLAH cover

AKU CHENTA ALLAH cover front

Setinggi-tinggi dan sebanyak-banyak serta selama-lamanya puji dan puja,
mohon rayu kecintaan kepada Allah.

Buku ke-TIGA saya bakal terbit tidak lama lagi, insya-Allah!

(Cerpen) Kasih Aroma Kopi #1

Cinta yang tidak berbalas itu bukan rugi, malah bahagia sebenarnya. Yang rugi, hanyalah dia yang buta pada cinta. Credit Picture: http://grafitup.deviantart.com/

Cinta yang tidak berbalas itu bukan rugi, malah bahagia sebenarnya. Yang rugi, hanyalah dia yang buta pada cinta.
Credit Picture: http://grafitup.deviantart.com/

Lama rasanya tidak duduk di tempat itu menghadap lautan dan menikmati haruman hanyir yang terhasil oleh hempasan ombak-ombak kecil di gigi tembok di hadapannya. Sejak dari tadi asyik menulis sesuatu pada buku jurnal sehingga tidak sedar kopi di dalam gelas plastik sudah kekeringan. Jari-jari Seri yang memegang pen untuk ditarikan menulis aksara dan diksi sesekali berhenti dan kelihatan Seri seperti berfikir.

Entah apa yang difikirkannya untuk ditulis. Beberapa lama Seri duduk di situ sehingga tidak sedar kehadiran orang lain.

Tiba-tiba satu suara menyapa, “Assalamu’alaikum! Boleh saya duduk di sini?” Seri yang tengah tekun menulis menjawab salam tanpa melihat empunya suara dan hanya berubah sedikit posisi ke sebelah kiri bagi membagi ruang di sebelah kanan kepada suara tadi. Beg sandangnya ditarik ke sisi. Terdetik juga dalam hati Seri, banyaknya kerusi panjang di tempat ini. Sini juga orang hendak duduk. Tapi itu tidak membuatkan tumpuan Seri beralih. Biarlah, lagi pula ini tempat awam.

(more…)

Mahu Dapatkan Buku SUHANA AMIRIL? Dapatkan Di Sini!

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Allah Tidak Pernah Jauh dan Kerana DIA Tuhanku

Allah Tidak Pernah Jauh dan Kerana DIA Tuhanku

Sudah lama tidak iklan buku sendiri.

Sebelum itu, selamat datang dan terima kepada para pembaca yang baru menjejakkan diri di laman blog saya ini. Kalau hendak menyelam entri-entri lama di sini, semoga ketemu sesuatu yang bermanfaat ya! Tinggalkan sebarang komen anda, kalau ada.

Senyum!

Baiklah, untuk memudahkan para sahabat pembaca yang masih belum mendapatkan buku-buku tulisan saya, anda boleh dapatkan terus dari saya. Atau pun boleh dapatkan di kedai buku-buku berdekat. Tetapi adalah lebih afdhal dan sweet sekiranya anda dapatkan dari saya sendiri. Boleh kita berkenalan sambil-sambil tu. Hihi.

Insya-Allah, pembelian dari saya akan beserta tandatangan penulis.

(more…)