Another Best Day Of My Life

Assalamu’alaikum w.b.t

Credit Picture: Google
Credit Picture: Google

Selamat pagi! Hai, semua.

Saya sebenarnya sedang gembira. Insya-Allah, hari ini saya akan selesaikan urusan-urusan yang berkaitan. Dan bila saya dah selesaikan satu perkara ini, saya perlu pulun lagi untuk perkara lain. Saya harap hari ini semua berjalan lancar.

Apapun yang jadi, hari ini kena selesai!

Saya tidak tidur semalaman. And I think I want to get a sleep for a few hours, atleast until 10AM and so. Just to gain my energy back. And guess what? I stay up all night without coffee. How cool is that? I think that is cool as I will get coffees for myself today.

Saya tidak tahu perjalanan tahun 2016 ini akan jadi macam mana. Tapi saya harap apapun yang terjadi, saya tetap kuat untuk lalui. Positif sahajalah. Dan saya mengharapkan yang sama untuk kamu, kamu dan kamu. Teruskan, okey!

Kenapa nak tidur dulu baru sambung, baru nak selesaikan? Erm, sebab. Mata saya sekarang bila hadap benda tu, satu pun tak jadi apa dah. Tapi update blog ni tak jadi macam itu pula. Saya pun tak tahu kenapa. Hahaha. Semangat sikit kot.

Oh, hari ini hari Isnin! Semoga yang bekerja terus semangat bekerja. Yang belajar, semakin semangat belajar. Yang kerja sendiri, semakin tersusun pekerjaan. Yang penting, jalani hari kita semua dengan tenang dan banyakkan senyuman!

See ya!

Khabar Buat Cinta Belahan Jiwa

Credit Picture : Google
Credit Picture : Google

Hujan membasahi bumi. Terkeluar suara kecilku dengan kata-kata ‘yes!’ yang sepatutnya perlu ku lontarkan ‘Allahumma shoyyiban nafi’an’ terlebih dahulu. Hanya kerana membayangkan tidurku akan diulit kesejukan malam ini.

Ya, my bad. I know.

Engkau tahu? Aku memikirkan masa depanku, dan termasuklah masa depan dengan dengan dirimu. Batasannya hanyalah sebuah angan-angan yang tidak berbayar. Aku tidak rugi jika tidak tercapai. Angan-angan itu percuma.

Continue reading “Khabar Buat Cinta Belahan Jiwa”

Apresiasi : CintaIlahi Hidup Kembali!

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Credit Picture : http://blog.funeralone.com/
Credit Picture : http://blog.funeralone.com/

Lebih kurang seminggu atau dua minggu yang lepas, saya sepatutnya memperbaharui sewa tahunan untuk laman blog cintailahi.com ini. Tapi saya terlupa. Dan tahu-tahu saja sudah tidak boleh diakses. Urmm well, something that never happened before.

Dan pada hari tersebut, saya membuka peluang kepada sesiapa sahaja mahu berkongsi kebaikan untuk menyambung hayat blog ini, yang mana jaminannya pada saya, bahawasanya saya akan terus menulis dan berusaha menulis yang baik-baik sahaja sesuai dengan tema; Menulis kerana Cinta (membuah cinta). Akhirnya, ada beberapa orang sent me a messages in personal untuk turut sama menyumbang. And me just like,

“Oh God.. Please bless their life for their kindness!”

And here it is! Weblog atau blog ini sudah kembali berfungsi. Terima kasih. Jazakumullahu khair untuk sumbangan. And part yang paling mengharukan sekali which is, mereka ini tidak mahu disebutkan nama mereka. Cukup saya dan mereka sahaja yang tahu. Allah, sungguhlah. Orang-orang yang hatinya mahu berusaha kerana Allah, biar Allah sahaja yang tahu amalnya. Tidak mahu diketahui oleh orang ramai, apatah lagi disebut-sebut.

Jadi, saya akan terus menulis di sini. Dan inshaAllah akan terus menghasilkan karya. Oh ya, sahabat semua.. Jangan lupa dapatkan karya kedua saya, ya!

Buku yang berjudul ‘Kerana Dia Tuhanku!’.

Cinta Ilahi,
tidak diragui.

Semoga ALLAh merahmati.