Cinta Ilahi dot Com Rotating Header Image

Istimewa

Detik-detik Rahmat Itu Merata

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Twin Lense Reflex Camera Film

Twin Lense Reflex Camera Film

Kadang-kadang rahmat ALLAh Ta’ala yang kecil, kita terlepas pandang. Sama ada rahmat yang timbul dari kesenangan mahupun kegembiraan. Kedua-duanya adalah ujian.

Sebab itu nikmat yang kecil-kecil itu perlu kita hargai dan syukuri. Kalau nikmat yang kecil itu sudah kita jarang untuk syukuri, maka bagaimanakah nanti untuk kita mahu mensyukuri nikmat-nikmat yang besar yang lain?

Kadang-kadang manusia meminta hajat-hajat yang besar kepada ALLAh Ta’ala. Tapi terlupa bahawa hajat besarnya itu akan mudah terbina dengan menghargai apa yang ada di sekeliling. Dengan cara menghargai apa yang ada, maka boleh jadi hajat besarnya itu termakbul dan jadi kenyataan.

(more…)

Menangisi Diri

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Aku menangisi diriku, kerana aku bimbang aku belum cukup kasih terhadap golongan seangkatanku. Credit picture : http://bogdanici.deviantart.com/art/Life-within-Death-361475874

Aku menangisi diriku, kerana aku bimbang aku belum cukup kasih terhadap golongan seangkatanku.
Credit picture : http://bogdanici.deviantart.com/art/Life-within-Death-361475874

Menangisi diri;
tatkala melihat golongan seangkatan ku
masih samar penglihatan berada di pinggiran jalan
gembira dalam redha yang tercipta dalam fantasi dunia

Menangisi diri;
tatkala aku melihat manusia yang sebayaku
masih terpaku lali di atas pentas kepuraan
dengan menyangka bahawa itulah kebahagiaan

Menangisi diri;
kerana melihat apa sahaja usaha yang dilakukan oleh diri
untuk meraih bahu mereka-mereka itu
dan menunjukkan serta sama-sama berjalan seiringan

Menangisi diri;
apalah yang Allah akan tanyakan kepadaku nanti
tatkala disoal selidik tentang apa usaha terdiri
disaat kau melihat mereka berdiri dan berlari
dalam kegelapan halusinasi sendiri.

Karya Sulung – Allah Tidak Pernah Jauh

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Tuhan, anugerahkan kekuatan dan kesabaran kepada hamba-Mu.

Tuhan, anugerahkan kekuatan dan kesabaran kepada hamba-Mu.

Dimulai dengan sujud syukur. Memohon keampunan.
Hati tersangat gembira akan perkhabaran buku telah diterbitkan.

Allah Tidak Pernah Jauh –

Di dalamnya menyentuh mengenai kehidupan kita dari pelbagai sudut yang penuh dengan kembara, mehna dan tribulasi. Ia sesuai sebagai bahan bacaan oleh semua lapisan masyarakat khususnya golongan remaja yang masih berusaha mencantas ranting-ranting kehidupan yang adakalanya sukar difahami.

Setiap artikel ditulis dalam situasi yang berbeza-beza. Saya tulis, saya baca dan sahabat baca, mungkin lain sisi kefahaman yang kita perolehi. Walaupun begitu, saya harap ia tidaklah membebankan dan dapat membantu kita lebih mengenal serta mengerti tentang kehidupan. Buku ini lebih kepada perkongsian saya buat sahabat yang mungkin sedang bertatih dan cuba berdiri teguh di jalan-Nya.

Jika sahabat mencari ‘seorang kawan’ yang boleh dikongsikan cerita tentang kehidupan yang adakalanya tenang dan bergelojak, maka buku ini mampu menjadi ‘kawan’ terbaik yang melapangkan jiwa jika membacanya dengan penuh rasa.

Ia bersifat ringan kerana saya faham kehidupan ini tidak setiap masa perlu dibicarakan secara serius tanpa ada keringanan pada jiwa.

(more…)